Thursday, June 13, 2013

Burger Bakar Abang Burn, Seksyen 7, Shah Alam


Dah lama rasanya kami Crew Jom Makan-makan (JMM) tak perkena burger kan? Kali ni kami berpeluang merasa burger yang agak terkenal iaitu

Burger Bakar Abang Burn
PG 23,
Jalan Plumbum U7/U,
Seksyen 7, 
Shah Alam,
Selangor
Masa Operasi adalah 5 petang ke 12.30pagi
Twitter : @AbangBurn

Klik untuk pembesaran
Cerita dia kawan baik kami tiba-tiba berhajat nak belanja. Kami ni pantang diajak kawan-kawan. Tanpa segan silu kami terima dengan tapak tangan yang terbuka.

Crew JMM sampai lebih kurang pukul 8.00malam. Masa ni tak ramai orang sangat. Memang plan macam tu. Takdelah kalut-kalut nak cari tempat kosong kan. Datang, order, makan dan lepak. Memang power crew JMM rancang.
Tak ramai lagi.
Kami sempatlah usha menu-menu yang ada kat situ.





Lepas kami usha-usha tu, crew JMM kali ini memilih untuk mencuba Supremo Cheesy Beef dan Burn Cheese Lamb. Dan kami tambah MeatBall Abang Burn 2. Fuhh memang layan nafsu betul crew JMM masa itu.

Kat sini korang kena layan diri, so order terus kat kaunter dan bayar. Korang kena bagitau awal-awal la kat mana meja korang nak duduk kan. Yang bestnya kat sini, korang cume perlu tunggu paling lama 15 minit sahaja. Takdela azab sangat kan? Terbaiklah Abang Burn ni.

Lepas 15 minit crew JMM tunggu. Hasilnya kami dapat apa yang kami order.

Contoh nombor meja

Burn Cheese Lamb spesial yang dorang silap bagi.

MeatBall Abang Burn

Supremo Cheesy Beef yang silap bagi

Supremo Cheesy Beef yang sebetulnya.
Kesalahan kecil macam ni sepatutnya kalau boleh elakkan. Nasib baik kawan baik kami tu dah pernah makan, so dia tahu yang dapat burger yang silap. Kalau yang tak tahu macam mana? Yang tak boleh makan kambing termakan kambing. So, please take note ye.


Air kat sini harga RM1.00. Korang boleh pilih air yang disediakan

Yang pemurah tapi segan-segan pula. Benci tau.
Mantap kan?

Alhamdullilah!

Fuhh!!
Lepas hampir sejam crew JMM menjamu selera kat situ, lepas bertepuk tampar, komen mengomen. Crew JMM berpuas hati. Sampai ke kepala la naik rasa burger yang korang makan tu. Power tak power burger ni. Bukan sahaja perut korang tapi kepala pun boleh rasa kan. Cuma bab patty burger tu sahaja.

Bahagian rotinya kami tak berapa puas hati. Mungkin kerana roti nya telah dipanaskan terlalu awal kerana kami dapat yang dah sejuk. So, agak kurang sikitlah nak perabis tang roti tu.

Meatball memang mantap walaupun kami tengok meatball dia takde langsung bentuk ball. Lebih kepada MeatMainBuatAsalkanBolehMakan sahaja. Haha, itu tak penting yang penting sedap kan? Cuma mungkin yang tak berapa layan pedas boleh rasa sos blackpaper dia yang agak kuat.Kami agak sahaja, korang yang tentukan. 

Kesimpulannya, korang patut cuba tempat ni. Pantas, power, sejuk dan mantap.

Selamat menjamu selera dari kami Crew Jom Makan-makan.

Sumber gambar lain: Google Images

Sunday, June 9, 2013

The Humble Chef Truck


Pernah tak korang rasa yang mana selera makan korang dah tak tahu nak isi apa lagi? Salah seorang crew Jom Makan-makan kami telah melalui peristiwa itu. Beliau merasakan terlalu boring untuk makan masakan melayu, mamak, maggi, roti dan apa lagi yang korang boleh fikir sebagai makan rutin masyarakat kita hari ini.

Pernah tak korang rasa korang teringin sangat nak makan makanan italian KOT. Ala-ala spagheti ke pasta ke tapi tidak tahu apa yang korang boleh makan? kerana korang rasa korang ada zero knowledge about makanan tu? Ataupun korang terlalu takut untuk mencuba kerana risaukan harganya yang terlalu mahal? Ataupun juga korang risau perut korang tak boleh terima makanan itu?

Kini ada penyelesaiannya. Di mana? (Ayat macam nak jual MLM tu)
The Humble Chef Truck,
Jalan Damanseri,
Pusat Bandar Damansara
50490 Kuala Lumpur.
Klik untuk pembesaran
Pada mulanya crew JMM langsung tidak pernah dengar tentang Truck ini sehinggalah diajak oleh salah seorang teman baik crew JMM itu. Kami sangat pantang untuk tidak pergi jika terdengar tempat-tempat menarik seperti ini.

Apa yang specialnya di sini?

Pernah korang makan atas lebuhraya tak bertol atau highway kebanyakkan orang Malaysia kata? Tolak RNR Sungai Buloh, mesti tak pernah kan? Kat sini korang boleh menikmati kehebatan masyarakat Malaysia membawa kereta sambil makan. Pasti menyelerakan kan?

Oklah, kalau takde yang tu, menu-menu yang ada kat sini pun sangat menarik.
Korang boleh tengok menu kat situ murah-murah kan? Spaghetti tu semuanya hanyalah RM5.00 sahaja. Bagitahu kami mana nak cari? Kalau ada kami serbu tapi pastikan sedap lah. Kalau kami rasa yang kami buat lebih sedap, takut tersumpah-sumpah pula di situ. Tuhan tak suka.

So, hari tu kami telah memilih beberapa hidangan yang disediakan.


Di atas ini ialah Lamb Omelette. Portionnya takdelah terlalu besar dan apa yang korang dapat rasa ialah sesuatu yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Kerana kami crew JMM sampai sekarang masih tidak dapat teka apakah bahan yang digunakan untuk mendapatkan rasa yang diberi. Lain daripada yang lain. Lazat.


Seterusnya kami memilih Seafood Oglio dan Chicken Carbonara. Korang harus ingat kedua-dua ini harga hanyalah RM5.00. Dan ianya sangat-sangat sedap kata teman baik crew JMM. Lebih-lebih lagi udang yang diletakkan. Fresh.

Cuma dinasihatkan kepada yang pemakan-pemakan yang kuat makan di luar sana, janganlah malu-malu nak makan lebih dari satu. Tak rugi pun dan kalau korang tak makan lebih, korang akan rasa lapar gila bila tengah malam kelak.

Kami juga sempat mengorder Pita Lamb dan Chicken tetapi oleh kerana waktu hujan, tak dapat nak ambil gambar untuk tatapan korang. Maaf. Apa yang kami boleh katakan inti dalam pita itu sama sahaja apa yang diletakkan dalam omelette yang kami makan sebelum itu. Sedap.

Tiga kata dari kami crew JMM kepada the Humble Chef ialah Lazat, Fresh dan Sedap.

Lepas ni, kalau korang rasa-rasa tak tahu nak pergi mana dah. Silalah ke truck ini. Anda pasti tidak menyesal. Mereka kini juga ada kedai sendiri di Bukit Damansara. Selamat mencari.

Sumber gambar lain : Google Images

Monday, June 3, 2013

Nasi Kukus E'D Hari Jumaat, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya SS15


Nasi kukus. Apakah itu nasi kukus? Aku pun tak tahu nak terangkan apa itu nasi kukus tapi aku tahu ramai peminat-peminat Jom Makan-makan (ada peminat ke?Kah3!) yang gemarkan nasi kukus. Setelah lama kami bertapa, akhirnya kami ketemu satu lagi tempat yang sesuai untuk dipaparkan di blog kami yang humble ini. Di mana?

Ya, di E'D Nasi Kukus, pasar jumaat, perkarangan Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya SS15 pada hari jumaat. Hari lain kami tidak tahu. Boleh try tanya kat sini.

Click untuk besarkan. Kedudukan di A
Boleh rujuk peta di atas kepada yang tak tahu mana hal masjid itu. Dalam masa yang sama korang bolehlah tunaikan solat jumaat di situ untuk lelaki.

Apa yang ditawarkan di sini? Nasi kukus bersama lauk Ayam goreng berempah. Ayam tu korang boleh pilih, either ayam biasa ataupun ayam kampung. Harga bagi ayam biasa RM6.00 manakala untuk ayam kampung pula tidak dapat kami pastikan. Mungkin RM8.00.

Korang boleh tengok sendiri yang mana kami kena beratur untuk membeli nasi kukus ini walaupun pada hari itu adalah hari cuti (Hari Wesak). Memang mantap.




Nasi dan ayam itu semua memang digoreng masa itu jugak. So, korang mesti makan yang panas-panas punya. Fuhh, berasap lidah.



Korang tengok sendiri la, berpeluh crew JMM makan. Nasib baik ada air tebu, kalau tak kami rasa crew kami tak dapat nak tunaikan solat jumaat ketika itu. Terima kasih air tebu seringgit.


Bukan kami nak bang-bang boom korang la kan, tengok bertapa sedapnya nasi kukus ni sampai tinggal tulang je kami makan. Sedap, panas, mantap! Semua cukup rasa.

Korang kalau suka dengan nasi kukus, memang ini salah satu tempat wajib korang cuba untuk memuaskan nafsu makan nasi kukus korang tu. Selamat mencuba ye.

Owh, by the way Abang Hai-O kita pun makan kat sini.

Korang bila lagi kan?

Sumber sesetengah gambar : FB Nasi Kukus E'D. Yang lain kami ambil sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...