Thursday, August 30, 2012

Restoran Arabian Mendy.

Bersemperna dengan bulan Syawal yang diberkati, adalah lebih baik kita semua menghadirkan diri ke restoran arab yang diberi nama restoran Arabian Mendy. Achewahh, ayat mula dia. Untuk pengetahuan umum, Restoren Arabian Mendy dahulunya adalah tapak bagi Radix Pizza House. Disebabkan orang Sungai Petani tak beberapa nak western, jadi Radix Pizza House terpaksa bungkuih kedai. Dengan lantangya Mendy yakni pemilik restoren arab telah membida lot kedai tersebut, kemudian berjaya membuka kedai Restoran Arab Mendy dengan hasil usaha titik peluhnya sendiri. Amboi, banyak sangat auta ni. 

Restoran Arab Mendy menyediakan pelbagai variati makanan arab untuk pelanggan. Dari nasi arab, sampailah ke kebab arab yang dibuat di Malaysia lah kan. Aku dengan member setaman permainan semalam sempat juga singgah untuk menerai restoren arab ni. Mulanya nak amik kebab, tapi pi pukul 10, tokey kebab dah tutup, jadi terpaksalah amik nasi arab berlauk ayam. 

Nasi Arab Mendy, lauk ayam. RM9.00

Kuah/sup pakej sekali dengan nasi

Sambal apa entah, macam sambal belacan.

Air buah keret susu. RM 4.00

Setelah dilantak. 

Keadaan meja setelah dilantak. Air masih kukuh berdiri

Environment di nasi arabian mendy

Ulasan: 
First sekali, aku heran ada ke nama tok arab mendy? Awat dia boh nama mendy. Lain kali taruk la nama Restoren Nasi Arabian Saidina Ikhwanul Muslimin Ya Maulana ke. Kan sedap dan arabian nama tu. 

Sekon, the makanan there is sedap, nasi lembut, ayam lembut juga dan sedap. Tapi entah membe aku cakap dulu depa pergi, kuantiti nasi dia banyak gila babi macam nasi bukit nuh. Tapi kali ni awat nampak macam sikit jer kuantiti dia. Mungkin kami datang lewat, kedai pon nak katop. Kiranya tinggal saki baki nasi jerlah. kot. 

Terd, the air buah is sedap. Aku mintak air keret susu. And the keret is rasa keret asli, dan the susu is there. tak macam tupai yang menupai air buahnya dibuat dari kordial sahaja. 

Last, the environment is need to be upgrade sikit. Deco tu kasi banyak sikit. Barulah ada feeling-feeling arab ye dak masa makan tu. 

The servis is bagus dan pantas, although hantaq satu menu jer untuk tiga kastemer yang datang makan.

Pengskalaan yang diberi adalah 7/10. Sekian wassalam. 

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya


Kami daripada Crew Jom Makan-makan mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada yang pernah mengenali diri crew Jom Makan-makan. Kami juga ingin meminta maaf kerana pada bulan ini tidak banyak entry yang dipersembahkan. Masing-masing busy melayani jemputan berbuka. Diharap pada masa akan datang, kami dapat elakkan.

Sekali lagi crew Jom Makan-makan meminta maaf. Semoga raya anda tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.

Makan esok, jangan lupa beringat. Kalau boleh jangan gelojoh sangat. Mulakan dengan bismillah.


Monday, August 13, 2012

5000 Pageviews


Terima kasih diucapkan kepada yang mengikuti blog ini dari pageview yang pertama sehingga ke 5000 ini yang mengambil masa hampir setahun mengikut kalendar Islam. Sebab apa kalendar Islam? Sebab blog ini ditubuhkan pada tahun lepas ketika bulan syawal. Haha.

Daripada berdua kini kami bertiga. Daripada zero to hero. Maybe. Haha.

Semoga kami dapat memberi info-info yang menarik pada masa hadapan kepada anda. Insyallah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...