Monday, July 23, 2012

Kangkung Goreng Belacan

Hari ni terasa nak makan kangkung goreng belacan pulak. Sedap jugak tapi masin sikit. Tak boleh nak agak bulan puasa ni..hehe

bahan-bahan :
kangkung
sedikit belacan
ikan bilis
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit serbuk ikan bilis
garam sebagai perasa

cara-cara :

bawang putih, bawang merah, ikan bilis, erbuk ikan bilis dan belacan ditumbuk hampir lumat. Kemudian, tumis bahan-bahan tersebut hingga naik bau. Selepas itu, masukkan batang kangkung, ikuti dengan daunnya. Perasakan dengan sedikit garam. Tunggu sehingga kangkung layu dan siap untuk dihidangkan.


TADAAAAAAAAAAAAA: inilah hasilnya.

Kangkung goreng belacan

selamt mencuba. Garam jangan tabur banyak sangat, masin...

PUDING TELUR

Kalau aku ada kat rumah mak ayah, memang hobi aku buat puding ni. Family aku suka makan puding ni sebab sedap katanya.

bahan-bahan :
5 biji telur ayam
1 tin susu cair
sedikit air
esen vanila
pengukus
1 cawan gula ( sedikit gula diambil untuk dijadikan gula hangus)

cara-cara :

Mula-mula sekali korang kena buat gula hangus dulu. Cuma perlu masak gula tu sampai jadi warna keemasan. Kemudian, ketepikan gula hangus. Dalam acuan yang lain pula, campurkan susu cair, air, telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati. Tuangkan bahan-bahan yang dikacau tadi ke dalam acuan gula hangus dan kukus selama 1/2 jam macam tu. Siap untuk dihidang.

puding yang perlu dikukus

Puding yang telah siap dikukus

inilah hasilnya!

selamat mencuba!

Sunday, July 22, 2012

DURIAN

Untung sangat bila balik kampung musim durian.Asyik makan durian je.. Aku ni penggemar durian. Walaupun sakit tekak, aku masih boleh makan durian yang ayah aku kutip dari kebun sendiri. Ayahla yang bajakan pokok durian ni, sebab tu la sedap. Aku suka durian!

Kat rumah ni, nampak aku je suka makan durian. Yang lain kurang sikit. Aku boleh habiskan sebiji durian yang sedap. Durian kat bawah ni aku makan dengan Kak long aku yang juga penggemar durian.

durian ni aku tak tau name tapi sedap 
yang seulas macam ni kesukaan aku.

Nasi goreng kampung

Hari kedua puasa.. semalam terasa nak sahur nasi goreng kampung. Nasi goreng kampung letak kangkung kan? Pagi semalam, pegi la beli kangkung. Ni cara aku masak nasi goreng kampung. Kat bawah ni bahan-bahan dan cara-caranya.

bahan-bahan:
nasi putih ( 1 mangkuk)
ikan bilis yang digoreng
sedikit sos tiram
kangkung
garam
1 biji bawang merah yang ditumbuk bersama cili padi( ikut pedas yang korang suka)
1 biji telur
minyak untuk menumis

cara-caranya:

1. tumis bawang merah yang ditumbuk bersama cili padi sehingga naik bau.
2. kemudian, masukkan sos tiram dan kangkung. Tunggu sehingga layu.
3. masukkan nasi putih dan gaul rata. perasakan nasi dengan garam.
4. Pecahkan telur dan kacau.
5. akhir sekali, tabur ikan bilis dan kacau rata dan siap.

nasi goreng kampung

Nasi Lemak Depan Shell, SS15 Subang Jaya

Click Untuk Pembesaran. 
Ambil korang, panjang kan tajuk kali ini?haha. Ok, sehari sebelum puasa iaitu pada jumaat yang lepas, aku sempat singgah ke satu gerai yang menjual nasi lemak. Orang kata breakfast for the last before puasa. Haha. Jadah aku ngarut kali ni.

Gerai nasi lemak ini diusahakan oleh sepasang suami isteri yang kadangkala dibantu oleh anak mereka barangkali. Buka pada setiap hari pada waktu pagi sahaja.

Cakap banyak takmo, aku ambil apa yang dikatakan nasi lemak sebenar iaitu nasi lemak, timun, kacang, sambal dan telur rebus. Ya, itu adalah nasi lemak sebenar. Bukannya ada ayam goreng ke, sosej ke, telur mata ke apa semua. Bukan sama sekali.

Aku dikenakan RM2.50 untuk sajian yang dipilih. Mungkin ada yang akan kata mahal. Jangan risau kerana kuantiti yang diberi sangat-sangat banyak. Jadi, jika korang rasa nak sikit, boleh minta kurang dan harga pun akan dikurangkan.


Biasa telur rebus tu bagi sebijik terus, takde potong-potong. Amacam?Menarik kan? Pada aku, nasi lemak memang cukup lemak, sambal dia yang aku suka kerana ada rasa something yang lain daripada sambal nasi lemak yang lain.

Gerai ni pun memang sentiasa ramai pelanggan. Cuma yang tak bestnya, kadang-kadang mereka tak buka tanpa sebab tertentu.

Silalah ke sana untuk merasainya sendiri.

p/s : Bulan Ramdahan diorang tutup sebulan.hehe

Saturday, July 21, 2012

Nasi Lemak Jaja Cafe

Sambungan dari entry Jaja Cafe sebelum ini.


Sebelum ini kami ada persembahkan anda masakan panas Jaja Cafe pada waktu malam? Baru-baru ini, crew Jom Makan-makan sempat singgah untuk mencuba Nasi Lemak panas mereka pula. Ya, kat sini pun ada nasi lemak jugak. Terbaik bukan?

Jaja Cafe ada menyediakan pelbagai jenis lauk yang boleh dimakan bersama nasi lemak tersebut. Antaranya ialah telur mata, daging goreng, rendang daging, ayam goreng, ikan keli goreng, puyuh goreng dan lain-lain barangkali. Apa yang menariknya, kesemua lauk tersebut akan dimasak hanya apabila diminta oleh pelanggan mereka. Makan panas-panas baru sedap bukan?

Crew JMM memilih puyuh goreng, daging goreng dan paru goreng sebagai pilihan santapan kali ini.

Nasi Lemak panas bersama daging dan paru goreng
Nasi Lemak panas bersama puyuh goreng
Nampak menarik bukan?



Bersama-sama Milo ais dan Horlick ais, kami dikenakan sebanyak RM15.60 sahaja. Agak mahal tapi memang puas hati. Paru dan daging sedap. Puyuh mantap. Air mantap.

Jangan lupa singgah Jaja Cafe untuk menikmati keenakaan nasi lemak panas mereka.

Selamat Berpuasa


Saya mewakili Crew Jom Makan-makan mengucapkan selamat berpuasa kepada eaters di mana-mana anda berada. Semoga anda dapat berpuasa penuh walaupun apa jua kerja yang anda lakukan.

Walaupun di bulan puasa, kami cuba mengupdatekan post-post terbaru untuk anda. Mungkin ada yang terlupa dimasukkan ataupun untuk our great journey yang akan datang.

Terima kasih kerana menyokong kami.

Puasa jangan tak puasa. Niat sebulan terus.

Yazid Burger (YB burger)

Logo
Lot 2, G-S4, Pusat Perniagaan Anjung 7. Belakang Universiti Selangor (UNISEL).
Waktu operasi dari 11.00 pagi hingga 11.00 malam.

Kedudukan Yazid Burger
Anda minat burger? Burger makanan ruji anda? Tidak pernah cukup dengan satu burger biasa? Kini kami persembahkan kepada anda sebuah kedai burger yang menyediakan burger luar biasa. Memang mantap der untuk anda-anda yang tak pernah cukup dengan satu burger. Untuk yang konon-konon sharing is caring pun boleh makan burger ni dengan girlfriend ataupun kawan-kawan anda.

Diriwayatkan YB burger ini dibuka oleh dua orang adik beradik di Ipoh pada tahun 1998 lagi. Mereka telah berpindah randah sehinggalah ke tempat sekarang ini.

Sorry boss ambil gambar tanpa tanya. Untuk promosi jugak.hehe
Khabar-khabar mengenai burger ini telah lama menusuk ke dalam telinga crew Jom Makan-makan. Sebelum ini kami seperti tidak berapa minat untuk mencuba burger ini sehinggalah crew JMM mencuba Kak Nora Nasi Kukus tempoh hari. Kedua-dua kedai ini berada di bawah satu bumbung medan selera yang sama.

Setelah beberapa kali datang untuk mencuba, kami berpeluang mencuba akhirnya. Itupun beratur hampir setengah untuk membuat order sahaja. Belum menunggu burger nya lagi.


"Lama lagi ke ni?" Keluh hati kami.
Untuk order, anda diberi pilihan jenis berat burger, kemudian jenis roti burger. Tambahan cheese dan sos boleh dibuat juga jika berminat tapi kena tambah bayarannya jugala.hehe. Memang ramai pada kebiasaan waktunya, ada yang pernah kata tunggu sehingga 3jam untuk mendapatkan burger. Entah betul atau tidak.

 Anda akan diberi nombor seperti di atas setelah membuat penempahan burger dan tunggu sehingga burger itu sampai. Jangan risau jika burger itu tidak sampai kerana diorang takkan lari punya. Tunggu je, jangan marah-marah ye. Sabar itu separuh daripada iman. Ingat ye kawan-kawan. Ok, aku ke laut.


Sementara menunggu burger kami sampai, kami memilih air mangga dan air durian belanda untuk membasahkan tekak kami. Nampaknya bisnes air seperti terlalu bagus sehingga mereka seperti tidak cukup kaki dan tangan melayan pelanggan yang datang. Bagusla. Teruskan rekod baik itu.

Kedai minuman
Ada kata-kata belakang mengatakan burger itu terlalu lama tunggu, mungkin kami bernasib baik, crew JMM tidak perlu menunggu terlalu lama sehingga berjam-jam untuk mendapatkan sebuah burger. Crew JMM menunggu lebih kurang 20minit sahaja.

Anda semua boleh layankan gambar-gambar di bawah untuk merasai apa yang kami rasa.










Licin habaq ang.
 Amacam? tergugat tak iman korang semua? Hehe.

Walaupun bagaimana hebatnya burger ini, masih ada kekurangnya. Pattynya sudah sejuk, rotinya tidak dipanaskan terlebih dahulu, sos terlalu kurang. Patutla ada yang pernah kata seperti tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. To YB burger owner, please take note. Hehe.

Kami dikenakan RM21.00 untuk burger seberat 500g termasuk satu chesse. Anda nilai sendiri berbaloi ataupun tidak.

Kepada peminat-peminat burger, jangan lupa singgah di YB burger.

Thursday, July 19, 2012

Hajjah Mona Asam Pedas Melaka

Melaka darul Iman memang terkenal dengan masakan pedas. memandangkan aku tengah bersurey kem kat sini, jadi aku dengan geng-geng serumah pergi try masakan asam pedas. Destinasi kali ini adalah di 


Hajjah Mona Asam Pedas
No. 6, Taman Kota Laksamana75200 Melaka
M: +6012 601 3672 / +6012 601 3676

GPS:

2.191731,102.243737

Opening Hours:

5 p.m. – 5 a.m.
Closed on Sundays


Walaupun dah 2 kali aku berservey kem kat sini, tapi kali ketiga ni baru terbuka hati nak makan asam pedas. Sebabnya setiap kali mak aku masak asam pedas, rasa macam tak best jer. Jadi tak adalah keinginan nak makan tu. Tapi kali ini aku gagahi juga merasa asam pedas melaka ni. Ayat awat macam gampang.

First time aku try asam pedas originally made in melaka. Woww. Sedap habaq hang. Ternyata telahan aku pasal asam pedas sebelum-sebelum ni salah. Dengan kuah asam nyer yang pedas-pedas masam, likat baik punya. Gua hirup sampai licin kuah dia. Haha

Kat sini memang menu best dia asam pedas. Setelah digoogle pon, agak banyak review pasal kedai ni. Kira femes jugaklah. Type of asam pedas adalah seperti Ikan Pari, Ikan Jenahak (kepala), Tetel masak asam, Ikan kembung dan lain-lain. Harga untuk Pari RM4.50 seketul. Tak termasuk nasi.



Asam pedas pari. Sedap habaq hang.

Nasi dengan telur masin. RM1.00

Tetel asam pedas (daging) macam gulai daging masak kawah pun ada.

Overall, sedap. harga berpatutan. Environment kedai standard warong-warong. Cakap banyak tak mau, bek hampa p terai. 



Wednesday, July 18, 2012

JUNGFRAU BURGER


Siapa suka makan burger? Nak bagitau korang ni, dekat Seksyen 7 shah alam ada satu lori yang menjual burger yang diberi nama JUNGFRAU BURGER. Tryla makan burger kat situ. Tak susah pun nak cari lori ni.

Jungfrau burger ni berhampiran dengan Kedai nasi lemak cinta sayang, sec 7 , shah alam

tag burger ni " Simply der BEST.."
EPIC MEALS : Menu yang tersedia

abang burger yang sedang sibuk menyediakan burger pelanggan
burger ayam yang menjadi pilihan aku

Harga burger ayam RM3.OO. Murahkan?

macam chipsmore la...dah habis..hehe
Paty ayam ni terasa berjus,sedap! aku suka. mayonis dan sos pun tak kedekut. Ada sos blackpepper lagi tau. Berbaloi la bayar harga RM3.00. Aku suka la burger ni. Korang kalau lalu dekat nasi lemak cinta sayang seksyen 7 shah alam, jangan lupa singgah kat lori abang ni beli burger. Tunggu pun tak lama. Ok la. Yang penting adalah rasa burger yang sedap.

Tadi abang kat kedai tu cakap esok (18/07/2012) hari last untuk bulan ini berniaga kat situ. Pada bulan ramadhan, mereka akan beroperasi di Subang jaya. Menurut mereka, selepas aidilfitri, gerai ini akan dibuka semula di seksyen 7 shah alam. Gerai ini beroperasi seawal jam 7 petang. Lekas-lekas lah dapatkan burger kat sini.. 

Jangan lupa singgah ye..=)

TAT NASI AYAM


Kepada peminat-peminat nasi ayam, mai sini aku nak habaq.. kat seksyen 23 shah alam ada satu kedai nasi ayam yang sedap. Nama kedai ni TAT NASI AYAM. Rugi ang tak cuba. 

Ni sejarah TAT NASI AYAM Shah alam :

TAT NASI AYAM Shah alam ni adalah francais ke-11. Banyak dah tu. Francais shah alam ni di buka secara rasmi pada 24 jun 2011. Pengusaha asal adalah orang melayu yang bersal dari kedah yang telah mengusahakan perniagaan ni sejak 8 tahun yang lalu. Restoran TAT NASI AYAM ni merupakan restoran bajet sebab harga yang tak mahal sangat, standard la kata orang.

Ni alamat aku nak bagi. Jangan lupa cari kedai ni ye.. Bawak kawan-kawan,keluarga,kekasih dan semua mai makan nasi ayam kat sini ye. Jangan malu nak cuba,rugi tau......

Alamat kedai :
Jalan Pelabur B 23/B, (Seksyen 23), Shah Alam, Selangor, 40380

Dari tepi jalan, korang dah boleh nampak signboard ni
menu utama
pilihan minuman

pilihan makanan


Disini bukan sekadar menjual nasi ayam saja, tengok kat atas tu.. PASEMBOR&SAYUR PANAS pun ada dijual kat sini.

Tak lupa kepada peminat-peminat satay Setia dan Rawang Burger Bakar, korang juga boleh mendapatkan makanan kegemaran korang disini. Otak-otak dan sata pon ada dijual disini tau. Bila korang datang, memang banyak pilihan makanan untuk korang. Pilih je nak makan apa, kat sini ada. Senang kan kalau macam ni? Ini adalah antara menu-menu khusus yang ada :


Nasi Ayam RM4.50


Char Kuey Teow RM4.50



Mee/Bihun/Kuey Teow Sup RM4.00



Laksa Utara RM4.50

Sate Ayam/Daging/Perut/Kambing RM0.60-RM1.00

Otak2 RM0.70/pcs

Western Chic. Chop RM5.50

Lamb Chop RM8.50


Gerai satay setia
abang tu tengah bakar satay untuk pelanggan. Satay dia memang sedap. Cubalah!

Gerai Rawang Burger Bakar

Milo Ais
Teh Ais
Teh O Ais

Hidangan Nasi Ayam bersama Sup yang sedap

Hidangan ayam untuk nasi ayam. Walaupun presentation ayam tak cantik tapi sedap.

Hidangan ayam kami
Satay ayam yang berharga RM0.60 secucuk dan Nasi impit RM1.00 sebungkus

Masa ni satay daging dah habis, jadi kami order satay ayam dengan nasi impit. Satay ayam kat sini memang sedap.Ayamnya memang terasa ayam. Sedaplah! Rasa pun cukup rasa. Gerai satay ni dibuka waktu petang sampai malam. Jangan cari waktu tengahari, takde tau. Mesti cuba. Satay daging berharga Rm0.70 kalau tak silap.

Kuah kacang yang dimakan bersama satay dan nasi impit
Rawang burger bakar. Roti yang dibakar garing. Sedap



Nasi goreng ayam. Sedap jugak



Sotong kangkung yang berharga RM6.00 ( pinggan kecil)
Sata yang berharga RM2.00 secucuk.



Nasi goreng yang dimakan bersama burger

Tangan yang nak menghabiskan Satay yang sedap..


Nasi ayam yang telah dilicinkan
Kepada peminat nasi ayam, silalah mencuba hidangan nasi ayam disini. Tak rugi korang semua cuba. Aku ada bawak family aku terutama mak yang cerewet tentang makanan datang sini dan mak aku tak komen tak sedap. ( Diwariskan kepada aku pulak).Maknanya sedapla makanan kat sini. Habis pula mak aku makan. Hehe. 

Selamat mencuba tau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...