Wednesday, June 27, 2012

Sri Geylang, PKNS, Shah Alam




Hai korang semua! Kali ini tempat yang menjadi pilihan kami untuk Jom Makan-Makan adalah Sri Geylang.



Sri Geylang ni betul-betul terletak di tingkat 1, bangunan PKNS pusat bandar Shah Alam. So, bagi mereka yang berada di sekitar Shah Alam ni bolehlah datang menyerbu kedai ini untuk mencuba hidangan yang terdapat di sini.

Menu kat kedai ni ada kat belakang tu..hehe


Di bawah ini adalah menu makanan yang menjadi pilihan kami



Milo Ais sebagai penghilang dahaga selepas penat  pusing dalam PKNS


Nasi Lemak Telur + Paru 



Soto Ayam yang sedap


Krew JMM sedang menjamu selera


Hidangan yang telah kami habiskan..hehe  


 Pelanggan yang sedang menikmati hidangan mereka


Keadaan kedai.



Kedai ini Ok, makanan pun sedap tapi hidangan soto tidak lengkap tanpa bergedil dan soto ayam aku tadi takde bergedil. Kata tuan empunya kedai, begedil dah habis. Agak kecewa la sebab tak cukup bahan. Tapi makanan still OK. Untuk nasi lemak dia, memang sangat sedap, paru dia pun lembut je. Harga untuk kesemua dikenakan sebanyak RM 10.60.. 

SELAMAT MENCUBA!
















Monday, June 25, 2012

D'One Steak, Seksyen 7, Shah Alam


Penulis asal : Hajar Osman
Edited by : skulluv



Hai korang! Kali ini kami sempat terjah ke sebuah restoran yang bernama D'One Steak di Seksyen 7 lama, Shah Alam.

Kenapa tempat ini menjadi pilihan kami? Sebab kami nak mencuba western food di sini..Jom kita tengok makanan yang ada di sini apakah yang menjadi kami? Jom baca!

Ini adalah di antara menu yang disajikan di D'One steak.
Menu

Menu

Menu

Menu

Menu

Menu

Menu

Menu
Nampaknya crew JMM sedang menunggu makanan mereka dengan penuh senyuman di muka. =)





Korang semua cuma perlu order sahaja makanan yang korang suka dan yang dibawah ini pula adalah makanan yang menjadi pilihan kami di sini.

Burger Daging

Nampak menarik kan? Presentation pun agak cantik

Itu jela yang ada


Chicken Chop

Nampak cantik kan? Rasa belum tahu lagi tau.


Crew JMM memilih air Carrot susu, mangga dan fresh orange sebagai pencuci gigi. Haha

Carrot Susu
Mangga
Fresh Orange
Salah seorang crew JMM cuba update blog JMM guna opera mini beliau

Burger tak SEDAP!

Sedap jugak!

Air pun sedap. Tu boleh licin baik punya


dari segi presentation, cantik dan ok. Layanan pun Ok. Makanan Ok tapi salah seorang crew cakap sos blackpepper tak pekat. Yang makan burger pula cakap burger tak sedap.

Walaupun mereka berdua kurang suka tapi makan habis jugak.hihi. Jangan marah. Aku tak suka sangat coleslow kat sini sebab kurang rasa. Yang lain-lain tu Ok. Air mango kat sini memang sedap dan berbaloi dengan apa yang korang bayar. Air-air buah yang lain pun ok. Korang patut cuba! Harga pulak berpatutan dengan yang korang bayar. Lupa nak bagitau yang dekat sini ada wi-fi tau. Bolehla korang online percuma.. 

Sekian saja dari kami kali ini..Nanti kami try tempat lain pula. SELAMAT MENCUBA! =)

Nota kaki : Penulis merupakan salah seorang crew JMM yang tidak suka menulis. Beliau selalunya dikerahkan oleh penulis JMM  yang lain untuk mengambil gambar ketika di lokasi. Jika anda merasakan beliau ada perlu diperbaiki silalah komen di ruang komen.hehe. Dan jika anda juga berminat menulis di blog ini, pun komen di ruang komen. TQ


Saturday, June 23, 2012

Subway, Seksyen 7, Shah Alam


Penulis asal : Hajar Osman
Edited by : skulluv
pilihan kami

Kali ini Crew JMM terjah pula restoran Subway, pusat komersial, seksyen 7, Shah Alam. Kenapa di sini? Adakah anda tahu yang mana makan sandwich ini bagus? Sebab tu la.hehe. Saban hari aku diminta oleh crew lain untuk mencuba restoran ini tetapi aku tolak mentah-mentah. Kerana apa? Aku ingat Subway ini hanyalah menyediakan sandwich yang kecik-kecik roti putih tu, lagi-lagi aku bukanlah peminat sandwich sangat pun. Lagipun takkan asyik nak makan kat mamak je kan? Bukan sedap sangat pun makanan mamak tu. 


Matlamat Subway adalah menawarkan produk berkualiti yang direka sendiri oleh pelanggan mengikut citarasa masing-masing. Aku rasa lebih kurang macam tu la. Sandwich Subway adalah mengikut kemahuan pelanggan lah. Dan kerana itulah Subway menggunakan tagline seperti di bawah ( Aku rasa la). 




Roti sandwich kat SUBWAY ni pula sedap sebabnya roti ni dibuat dan dibakar setiap hari di restoran. Dalam erti kata lain, SEGAR la, bukan yang semalan atau kelmarin punya ( maklumat yang  aku baca kat Homepage Subway ). Sayur-sayuran pulak memang segar dan banyak ( yang ini aku dan crew JMM tengok dengan mata sendiri, tak tipu tau).


Jadi, korang bolehlah pilih sayur-sayuran yang korang suka dan tak suka. Macam aku yang kurang menggemari sayur-sayuran ni, amat sedikitla sayur yang dipilih. Agak rugi la kan?

Di bawah ini adalah cara-cara nak order sandwich kat Subway. Senang sangat dan jangan takut. Order je apa-apa yang korang suka. Tak payah nak buat muka segan sangat kat situ. Nak makan kan? Tak peduli apa orang nak kata, korang makan aje apa yang korang suka. Asalkan menjaga kesihatan, cukuplah. =)


Menu pun ada kat bawah.. Siap ada cara nak order makanan lagi tu. Tak susah la, cuma tunggu korang pilih dan order sahaja. Pilihan menu yang ada kat  Subway ini boleh membantu membuat keputusan memilih makanan yang lazat.hehe.



Cara mengorder


Menu

Inilah hasilnya. Selamat menjamu selera.=)


Inilah sandwich pilihan aku iaitu Roasted Chicken.hehe. Nampak cantik kan? Sebab aku tak ambil banyak sayur. Sayur yang dipilih cuma sayur yang berkenan di hati dan agak-agak boleh dikunyah dengan gigi dan dapat ditelan.. Korang juga boleh pilih sos sendiri. Aku dan crew JMM pilih sos yang sama iaitu Thousand island, sos cili dan mayonis.


Yang ini pula pilihan crew JMM yang lain. Nama hidangan ini Roast beef. Boleh tahan juga rasanya. Beliau pilih kesemua jenis sayur yang ada. Jadi, nampak agak berserabut masa hidangan ini. hehe.
        
Tengokla dia tu. Berselera sangat dapat makan sandwich roast beef dia..haha








Setelah dicuba, hasilnya pada amat memuaskan walaupun makan sandwich sahaja. haha.

Kepada semua , jangan lupa mencuba.. Tak salah pun kalau kita mencuba... Selamat menjamu selera...=)

Note : Penulis merupakan salah seorang crew JMM yang tidak suka menulis. Beliau selalunya dikerahkan oleh penulis JMM untuk mengambil gambar ketika di lokasi.

Tuesday, June 19, 2012

Burger Bakar Power

Depan Bintang Sidewalk Cafe,
Pusat Komersial Seksyen 7,
Shah Alam,
Selangor.


Lebih kurang area-area situ. Cari pusing-pusing.
Pihak crew Jom Makan-makan mempunyai kegilaan dalam burger. Ini berpunca daripada sebuah sitcom dari Amerika yang tak henti-henti menonjolkan burger mereka yang nampak gah di mata kami. Jadi kami mempunyai ingin mencari burger yang gah di mata kami buatan tempatan. Jika anda ada tempat-tempat burger yang gah sila emailkan kepada kami.


Burger hari ini yang ingin ditonjolkan ialah Burger Bakar Power. Aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni kegilaan kepada perkatan BAKAR semakin menjadi-jadi kepada pembuat burger. Sana sini, bakar, bakar bakar. Ok, takpe. Itu bukan menjadi masalah kepada kami. Yang penting rasanya. 


Di Burger Bakar POWER ini, mereka menyediakan beberapa jenis set. Ada ayam, daging, ada cheese atau tiada. Set penuh atau tidak. Itu semua terpulang pada citarasa masing-masing. Oleh kerana kami suka back to basic, crew JMM telah memilih set penuh Burger Bakar POWER Ayam. Nama tu aku suka-suka letak, tak tahu betul tak.

Set tersebut ada burger bakar ayam, sosej, air gas 1cawan. Pada asalnya, kami telah memilih adanya cheese tetapi malangnya cheese telah habis atas kecelaruan pihak Burger Bakar POWER. Mungkin ini boleh diperbaiki lagi pada masa hadapan.

Abang bakar burger.
Keadaan Burger Bakar POWER
Menu
Di penghujung pembakaran patty pilihan masing-masing, korang akan ditanya samada inginkan half-cooked or full-cooked. Bezanya dikhabarkan jika memilih full-cooked daging tersebut amatlah melekat. Tak tahula kerana kami memilih half-cooked yang mana katanya lebih lembut.

Air gas pilihan penulis
Burger Bakar POWER Ayam 1
Burger Bakar POWER Ayam 2
Kami cuba, kami rasa, kami makan, kami gigit, kami telah. Apa kami rasa? Roti ok. Patty ayam tu ok juga kerana pilihan kami half-cooked agaknya. Sayur ok. Sosej pun ok. Sos cili dan mayonis pun ok. Di sini cuma SOS BBQ sahaja yang memang langsung tak menepati citarasa kami langsung. Mungkin boleh diperbaiki lagi kerana memang ketika kami makan, rasanya sangat-sangat-sangat teramat pelik.

Overall, Burger Bakar POWER ini ok. Penjual pun steady, cool, rock, humble (korang taruk aje yang baik-baik). Sangat boleh dicuba kalau anda peminat burger lagi-lagi yang DIBAKAR.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...