Thursday, October 10, 2013

Resepi : Pengat Pisang

Pernah tak korang boring-boring tak tahu nak buat apa? Korang bujang? Korang nak lepak-lepak tengok cerita kat tv tapi nak memasukkan sesuatu ke dalam mulut tapi takde apa-apa? Kedai pula jauh? dan yang paling penting korang suka memasak?

Kalau tempohari kami bagi resepi kek batik, kali kami nak bagi resepi pengat pisang pula kali ini.

Bahan-bahan :

1. Pisang yang dipotong ikut suka korang ( paling penting)
2. Santan pilihan korang
3. Gula Melaka
4. Biji sagu yang direndamkan terlebih dahulu

5. Boleh juga kalau nak letak daun pandan. Kami tak letak sebab kami bujang. Rumah flat takde tanah nak tanam daun pandan. (Padahal lupa beli)

Cara-cara :

1. Panaskan santan yang telah dicampur air mengikut selera.
Abaikan meja dan kawasan dapur kami.
2. Masukkan gula melaka.
Camni boleh.

Camni pun boleh.
3. Lepas gula melaka dah cair dan sebati dengan santan, masukkan pisang yang dipotong-potong tadi.
4. Jangan lupa juga biji sagu tadi.
5. Biar sehingga mendidih. Korang tentukan sendiri macammana mendidih tu.
6. Makan ikut sesukahati korang.

10 comments:

  1. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 61
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. wah.. semudah abc je step dia yea.. heee.. daun pandan xyah bubuh ke?

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah..

    Sudilah kiranya follow sya at http://themagicgarden.blogspot.com


    ReplyDelete
  4. Ni bukan resipi..cara2 nak buat je XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. resipi tu pe ye?tolong tunjuk ajar kami ye..hehe

      Delete
  5. pisang kene pisang da masak ke? hahaha.. tanya sb pisang ni da 4 hari, xmasak2 hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. rasanya kena yang masak. sabar sikit je lagi tu.masak la pisang nanti.hehe

      Delete
  6. Lorrrr senang jerr...igt susah sangat. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...