Thursday, May 17, 2012

Papa John's Pizza - Berjaya Times Square

Bila bercakap tentang Pizza, perkara pertama yang muncul mungkin Italy, tak pun Vespa. Ini adalah kerana mengikut sejarah, Pizza berasal dari negara Italy. Tetapi mengikut Wikipedia, pizza berasal dari negara Greece. Walau dari mana sekalipun asalnya pizza, kini, seluruh dunia hampir mengenali pizza berbanding nasi lemak.

Begitu juga dengan di Malaysia. Terdapat 5 outlet pizza, iaitu Pizza Hut, Domino Pizza, Papa Johns Pizza, Jom Pizza dan Sure pizza. Ini tidak termasuk dengan pizza yang dikeluarkan oleh Makcik Kiah Bakerry, Makcik Senah Bread Housing dan juga pizza Tesco Choice. Walaupun terdapat pelbagai jenama pizza di pasaran, pizza itu tetap mengekalkan ciri pizza iaitu dengan bahagian crust dan topping. Variasi pizza dibezakan dengan design dua bahagian tersebut.

Minggu sudah saya bersama rakan sempat mencuba Papa Johns Pizza di Berjaya Times Square. Pemilihan Papa Johns Pizza adalah berikutan saya belum pernah lagi mencuba pizza dari outlet tersebut. Seperti biasa setelah menempah seat untuk tiga orang, oh ya, rakan saya bersama wife beliau yang merupakan rakan saya juga. Macam keling lah pulak saya menulis ini. Lalu kami sepakat mencuba pakej bagi 2 set pizza bersaiz 9 inchi yang disertakan sekali dengan breadstick, potatoes wedges, sweet and spicy chicken wings dan air minuman. Setelah sebeberapa ketika.

pizza yang pertama 9" Super Papa Beef.
Merupakan pizza kelas klasik - Original Papa Johns pizza. 
Topping terdiri daripada - Tasty Pepperoni, Italian sausage, Succulent chicken roll, Slices of mushroom, Onion, Green pepper dan juga Black olives. 

Pizza yang kedua 9" BBQ Chick Beef.
Pizza kelas spesiality Papa Johns 
Topping terdiri daripada - Tendered grill chicken, Beef bits, kombinasi Zesty onion bersama Sweet and tangy BBQ source. 

Spicy Chicken Wings
Kegemaran penulis - Wedges
Air minuman
Penulis bersama rakan dan aweknya.
Selesai makan
Jika diikutkan dengan citarasa penulis, BBQ chicken beef adalah lebih sedap walaupun toppingya tidak semeriah original. Mungkin kombinasi ayam serta daging yang menambat selera orang Malaysia. Selain daripada pizza, Papa John juga menyediakan hidangan seperti pasta, baked pasta dan baked rice.

Secara kesimpulanya Papa Johns menawarkan varieti pizza yang pelbagai dan berbeza berbanding Pizza Hut. Sekali sekala boleh juga singgah ke Papa John bila dah selalu sangat dengan Pizza Hut. Harga adalah memuaskan dengan hidangna yang disediakan.Decoration restoran juga menarik dan selesa. Jika inginkan kelainan dan mahukan environment santai, bolehla datang ke Papa Johns Pizza.

website Papa Johns Pizza.



6 comments:

  1. Magnificent goods from you, man. I've understand your stuff previous to and you're just too excellent.
    I actually like what you've acquired here, certainly like what you are saying and the way in which you say it. You make it entertaining and you still take care of to keep it wise. I can't wait to read
    far more from you. This is actually a tremendous web site.
    Look into my blog post - Western Australia

    ReplyDelete
  2. papa john xbest...rase kesemua pizanya agak sama...xde variety....perbezaan setiap piza cuma ade tambahan satu ke 2 jenis ingredient je...pizza hut still d best..

    ReplyDelete
  3. errr.. pendapat masing2.. terima kasih ye.

    :)

    ReplyDelete
  4. tgk gambar pn dh terliur..

    blogwalking sini.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...