Monday, August 1, 2016

Tips Untuk Orang Ada Gout.


Copy paste dari sini.

Cerita dari kawan yg mengalami sakit GO OUT..

Saya berpengalaman 20 tahun mengidap gaut. Saya tak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh dibengkokkan.

Saudara saya beri kapsul Gout dari Amerika..! Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah SWT saya ditemukan dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya yang umur 90 tahun kelihatan lebih tua darinya.

Dia tanya saya, "Sakit apa ya..?"

Saya jawab, "Gout Pak..!"

"Cuba cari sebiji nanas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar dan tambah 3 biji buah keras. Jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus..!" Katanya.

"Berapa kali minumnya..?" Tanya saya lagi.

"Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali..!" Katanya menegaskan.

Saya buat sebagaimana yang diajarkan. Gout saya dah hilang sama sekali. Sembuh sepenuhnya Alhamdulillah..!

Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout saya dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nenas yang masak
- Lobak putih 250gm
- 3 biji Buah Keras.

Selamat mencuba.

Wednesday, November 12, 2014

Resepi : Poli Ubi

Dah lama kami tak kongsikan apa-apa di sini. Jadi sempena musim hujan yang akan tiba, kami rasa ini salah satu yang sesuai untuk korang buat.

Apa yang korang perlu ada?

1. Ubi Kayu
Tips untuk korang, cari masa musim hujan. Sangat murah.

2. Kelapa muda yang dah diparut
Kalau boleh ambil yang putih-putih je.

3. Daun Pisang

4. Air

5. Garam

6. Daun pandan

7. Gula melaka


8. Kerajinan dan ketabahan dalam hati

So, bila korang dah ada semua bahan-bahan kat atas.
Korang ikut cara ni pulak.

1. Buang kulit ubi kayu.


Pastikan korang buang kulit dia betul-betul. Kalau yang tak berapa reti akan buang satu kulit je, Ubi kayu ni ada dua kulit, satu yang biasa satu yang tebal.

2. Kisar ubi kayu tu. (Betul ke perkataan kisar ni? Kami tak ingat perkataan yang betul)

Kalau boleh yang tengah-tengah isi dia buang. 

3. Habis je kisar ubi kayu tu, korang letak atas daun pisang. Tak perlu besar sangat dan jangan terlalu kecik sangat.



Pastikan daun pisang tak berapa rapuh. Tips dari mama kami, kalau rapuh, layur atas api panas sekejap.

4. Tutup dan ikat daun pisang.

Yang ni kena minta tolong mama kami, kami tak berapa reti. Thanks mama.

5. Ulang sampai ubi kayu yang dah dikisar tu habis.


6. Dalam masa yang sama korang dah boleh panaskan air. 

Yang ni just untuk pastikan tak bazir masa korang je.

7. Masukkan ubi kayu yang dah diletakkan dalam daun pisang tu ke dalam air yang dipanaskan tadi.

8. Rebus selama sekurang-kurangnya 30 minit.


9. Dalam masa yang sama jugak, selagi lagi korang dah boleh start panaskan gula melaka dalam air. Letak daun pandan dalam tu sekali, bagi ada bau wangi-wangi sikit.
Kepekatan gula melaka ni terpulang atas minat masing-masing. 

10. Lepas setengah jam, cuba ambil satu dan korang tengok dah masak ke belum.

Kalau dah, boleh angkat semua. Kalau belum, korang ikat dan letak balik. Nak tau masak ke tak, sekurang-kurangnya benda ni kena terapung.

11. Korang bukak daun pisang tu dan potong ubi tu menjadi bentuk dadu. Lepas tu letak atas kelapa. Sebelum terlupa, garam diletakkan dalam kelapa yang dah diparut tu.
Saiz potongan korang tu ikut suka hati. Cuma kalau besar sangat mungkin tak best masa makan nanti.

12. Gaul bagi ubi dan kelapa menjadi seperti dalam gambar kat bawah

13. Ambil sedikit dan letak di atas pinggan. Kemudian ambil sedikit gula melaka yang korang dah cairkan tadi dan letakkan di atas poli ubi tadi.

14. Siap.

Selamat menjamu selera.

Owh, kami tak bagitau kenapa kena ada kerajinan dan ketabahan hati kan?

Kerajinan tu sebab kalau korang malas, jangan harap korang akan buat benda ni semua. Lagi-lagi kalau korang ni nak buat sensorang.

Ketabahan hati tu pulak sebab nak buat kuih ni agak memakan masa kalau buat sensorang. Kami sendiri buat benda ni dari 1.00 petang sampai 4.30 petang baru boleh makan.

Diambil dari sini.

Thursday, October 10, 2013

Resepi : Pengat Pisang

Pernah tak korang boring-boring tak tahu nak buat apa? Korang bujang? Korang nak lepak-lepak tengok cerita kat tv tapi nak memasukkan sesuatu ke dalam mulut tapi takde apa-apa? Kedai pula jauh? dan yang paling penting korang suka memasak?

Kalau tempohari kami bagi resepi kek batik, kali kami nak bagi resepi pengat pisang pula kali ini.

Bahan-bahan :

1. Pisang yang dipotong ikut suka korang ( paling penting)
2. Santan pilihan korang
3. Gula Melaka
4. Biji sagu yang direndamkan terlebih dahulu

5. Boleh juga kalau nak letak daun pandan. Kami tak letak sebab kami bujang. Rumah flat takde tanah nak tanam daun pandan. (Padahal lupa beli)

Cara-cara :

1. Panaskan santan yang telah dicampur air mengikut selera.
Abaikan meja dan kawasan dapur kami.
2. Masukkan gula melaka.
Camni boleh.

Camni pun boleh.
3. Lepas gula melaka dah cair dan sebati dengan santan, masukkan pisang yang dipotong-potong tadi.
4. Jangan lupa juga biji sagu tadi.
5. Biar sehingga mendidih. Korang tentukan sendiri macammana mendidih tu.
6. Makan ikut sesukahati korang.

Thursday, July 18, 2013

Pak Li Kopitiam, Seksyen 7, Shah Alam

Crew Jom Makan-makan (JMM) suka melepak sambil makan. Tidak, Crew JMM bukan melepak yang tak berfaedah. Lepak-lepak, makan-makan dan sembang bisnes sikit-sikit. Cewah. Poyo.

Untuk kepada yang mana-mana suka melepak tu, Crew JMM nak cadangkan korang boleh cuba kat mana-mana outlet Pak Li Kopitiam. Semalam Crew JMM berpeluang berbuka di salah sebuah outlet kopitiam ini iaitu di Seksyen 7, Shah Alam.

Kat mana?

Click untuk pembesaran
42, Jalan Kristal K7/7
Sekyen 7, 40000 Shah Alam
Tel : +603-5511 3608
Facebook : Pak Li Kopitiam

Business hours:
Sun to Thu - 8 am to 1.30 am
Fri, Sat & PH eve - 8 am to 2.30 am

Kat sini menu yang disediakan rasanya sama je seperti mana-mana kopitiam seluruh Malaysia. Nasi Lemak, nasi goreng, roti bakar, telur separuh masak, kopi putih, milo, teh ais, laksa dan lain-lain. Okay, kami tak tahu kopitiam lain ada tak. Korang boleh click sini kalau nak tengok menu yang lebih jelas.

Kami dan beberapa rakan kami memilih untuk mencuba beberapa jenis Nasi lemak.
Nasi Lemak Rendang Ayam
Nasi Lemak Ayam Berempah
dan Nasi Lemak Spesial (maaf tak sempat ambil gambar). Nasi lemak spesial  ini dikatakan terdapat kari ayam dan udang.

Kami juga memesan 
Golden Fried Rice (Nasi goreng emas)
Minuman dan pencuci mulut pula
Cendol
 Dikatakan salah satu menu yang menjadi kegilaan orang ramai di sini.
Jus Epal
White Coffee
Dah dapat semua tu, apa lagi kan?
Khabar angin mengatakan ini kembar Faizal Tahir.
Penuh sopan.
Abang ni bagitahu yang dianya ialahLah V.E. Kebenaran diragui.
Nampak lahap je.

Izzad ( Bukan nama sebenar) aka abang kacak bin pakcik hensem.
  Enak menjamu selera.
Amboi, malu-malu pulak. Makan jela woi.
Komen kami?

Tentang layanan (service) memang mantap. Korang tak perlu tunggu terlalu lama walaupun terdapat ramai umat manusia yang sedang berada di kopitiam ini. 

Rasa dia? Sedap, power dan lain la daripada kedai-kedai atau kopitiam-kopitiam lain. Lagipun menu yang popular kat sini memang antaranya ialah nasi lemak mereka. Korang jangan lupa cuba bila datang kopitiam ni.



Kami rekemen kat korang kalau nak datang tu, pastikan korang betul-betul rasa nak makan. Nanti membazir.

Untuk 4 orang makan. korang boleh tengok kat bawah berapa kami kena.
Nak kata mahal atau tidak, pada kami agak mahal jika dibandingkan dengan kedai makan melayu yang biasa tetapi apabila dibandingkan dengan kopitiam harga ini lebih kurang je. Standard la orang kita kata.

Makan-makan juga, puasa kalau boleh jangan tinggal ye.

Selamat mencuba.

Tuesday, July 16, 2013

Resepi : Kek Batik


Bulan Ramadhan kembali lagi. Kami pasti ramai yang suka mencari pelbagai jenis kuih di bulan ini kan? Dalam masa yang sama ramai juga yang suka berjimat seperti salah seorang crew kami ini. Tidak salah pun untuk berjimat, tuhan pun suka, kita pun suka.

Jadi bagaimana kalau nak makan kuih gitu? Cadangan kami, korang boleh try buat Kek Batik. Tak silap aku slogan kek ini ialah JIMAT dan MUDAH. Korang tak perlukan bahan yang banyak dan masa yang panjang untuk buat kek ini.

Resepi ini diambil daripada MasterChef yang juga tidak dapat kami siarkan namanya.

Jadi, apa yang korang perlukan?

Bahan-bahan:

1) Biskut Merie perisa original yang dipatahkan mengikut suka. Tetapi kalau boleh jangan sampai hancur.

2) 250gram Mentega.

3) 250gram susu pekat.

4) 400 gram serbuk milo/coklat.
5) Esen vanilla (tapi kami tak letak).

Cara-cara:

1)Panaskan kesemua mentega sehingga cair.

2) Lepas mentega cair. korang masukkan kesemua susu pekat dan kacau sehingga sebati.
3) Dah sebati? Masukkan pula serbuk milo/coklat dan kacau sehingga sebati.
4) Pastikan campuran tadi tidak berketul-ketul.

5) Korang biarkan sehingga mendidih. Dalam masa yang sama, campuran tadi akan menjadi pekat.

6) Lepas itu, korang masukkan biskut merie.

7) Ratakan sehingga kesemua biskut terkena adunan/campuran mila/coklat tadi.
8) Kemudian, korang letakkan campuran kesemua bahan-bahan tadi ke dalam talam.
9) Letak dalam peti ais untuk keraskannya.
10) Lepas keras, korang boleh dah bawak keluar dan potong mengikut saiz yang suka.

Macammana? Senang je kan? Kesemua bahan-bahan di atas tidak akan lebih daripada RM20.00. Korang boleh makan banyak kali. Nak lagi best kalau korang boleh kongsi-kongsi dengan rakan-rakan korang.

 Apa lagi korang mahu?

Selamat mencuba pada bulan ini. Bulan lain pun boleh cuba juga ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...