Tuesday, November 22, 2011

Burger Ayam Goreng

Anyone minat burger? Ikutkan ramai yang suka burger kan? Tak kisah la makan untuk kenyangkan perut atau untuk mengalas perut mahupun ketika menghilangkan bosan. Kalau perasan, burger kat Malaysia negara yang amat makmur sejahtera ini, burger kebanyakkannya dijual serupa je. Jadi apa yang membezakan setiap gerai atau kedai tersebut? Tukang masak, harga, kuantiti sayur, sos, mayonis, keju or lain2.kan? Tapi tadi ketika Kriuk baru balik dari menambah lemak di dalam badan bersama Mrs.Kriuk dan Housemate iaitu Iz dan Lah, Kriuk ada ternampak satu gerai burger yang menjual Burger Ayam Goreng. Ok, dalam hati, sangat menarik sebab lain dari kedai dan murah sikit berbanding di restoran-restoran menjual makanan segera yang mencekik-cekik pelanggan namun disukai oleh pelanggan beliau.

Burger Ayam Goreng Istemewa
 Kalau korang perasan dalam banner kat atas tu, terdapat contoh burger tersebut kan? Semasa dalam tempoh pembuatan burger tersebut dan tempoh Kriuk makan burger tersebut, boleh dikatakan burger tersebut menyerupai gambar tersebut dalam 90% yang mana lebih bagus daripada restoran-restoran menjual makan segera yang mencekik-cekik pelanggan namun disukai pelanggan.

Tokey dan Pinky sedang sediakan Burger
Abang Pink check botol sos
Tapi sepanjang pembebelan Kriuk dalam post ini, mungkin ada yang terfikir "kena bayar ke Kriuk ni, sampai   puji je dari tadi kan?". Betul tak?hehe..Kalau ada yang terfikir, tolong ubah fikiran anda dengan melihat

Empuk Rotinya

Cantiknya burger ini

So, camna?betulkan kriuk kata?hehe.apa?kriuk tipu?ok.fine..not 90% but still nampak ada sayur, bawang, sos, burger ayam goreng, mayo dan lain-lain seperti di banner.kan?hehe

Rasa camna pulak kata seorang pembaca. Di sini, kerana hari ini terdapat promosi pembukaan gerai ini (Kriuk agak) beli 1burger ayam goreng percuma 1burger ayam goreng. Di sini, Kriuk telah mendapat pendapat daripada orang yang sangat arif mengenai makanan iaitu Kriuk dan Mrs.Kriuk (ok.perasan). Dan Kami telah bersetuju mengatakan Burger ini tip top, tak rugi try, tak try sangat rugi dan pelbagai pujian dikeluarkan oleh Mrs.Kriuk yang sangat cerewet untuk memilih makanan.

Kriuk membebel je dari tadi, tapi tempat bukan nak bagitahu.ok2..Lokasi Gerai tersebut ialah Simpang masuk dari Pusat Komersial seksyen 7, shah alam ke Stesen Minyak seksyen 7, pusat komersial shah alam.tak tahu?anda bukan dari Shah Alam atau tak pernah sampai Shah Alam?atau anak mak?apa?budak lagi?jangan risau, tak  susah pun cari tempat ini.dengan melihat

Merah.Click pada gambar untuk pembesaran
Ok r, takde guna kalau kriuk tulis panjang-panjang tapi tak try. Korang pergi jela rasa. Serius tak menyesal.
Terima Kasih.


Nota kaki : setelah menceritakan kepada housemate, beliau membeli burger tersebut. Malangnya tiada promosi seperti Mrs.Kriuk. Jadi sila abaikan bab promosi tersebut.

Sunday, November 20, 2011

Jawatan Kosong - Pelayan Restoran.


Kami Krouk dan Kriuk ingin mencari rakan penulis bagi menambahkan lagi input-input dan intipati serta pati sirap ros untuk memantapkan lagi penulisan di blog Jom Makan-Makan ini. Terbuka kepada tukang-tukang makan, tukang paw makanan, si mangsa paw-an, tukang sponser makan besar dan tukang-tukang yang berkaitan dengan makan. Tidak tertakluk kepada gender- lelaki mahupon wanita. Semua boleh memohon, macam memohon PTPTN. Tiada had umur minima, janji kamu boleh mengulas topik yang kamu ingin ulas dengan pengulasan yang berulas. Ayat gampang apa ini.

Sebarang pertanyaan atau permohonan boleh la dibuat dengan mengkomen di bawah.

Friday, November 18, 2011

Uptown Muhibbah Seksyen 24

Semalam kriuk dan krouk sahaja berjalan-jalan ke uptown untuk mencari kelainan dalam menikmati makan malam. sungguh puitis ayat aku. disebabkan lama kami tak lepak dan bergebang-gebang sampai bimbang, krouk pergi melawat kriuk di kediaman nya di flat seksyen tujuh. disebabkan makanan dan kedai makanan dikiri kanan kawassan seksyen tujuh dah boring diterokai, sebulat sura comitee members mencadangkan untuk makan di uptown.

Sampai jer di uptown, pusing-pusing cari croc siam yang tiada saiz mahupon begpack din yang juga tidak diketemui, kami berdua melabuhkan punggung di gerai makan apa nama entah. tapi interior dia nampak agak bersih. krouk pesan mee bandung semperna dengan perlawanan indonesia menentang malaysia, manakala kriuk tetap dengan pendirian nya malaysia akan menang dengan mengorder nasi goreng ladna.

Gambarajahnya adalah seperti berikut:

bahagian dapur nampak agak bersih dan meyakinkan

nasi goreng ladna

mee bandung

pencuci mulut, kriuk belanja. sejuk dan tak sedap.

Overall: sedap mee bandung, harga okay. next time boleh datang lagi.



Thursday, November 17, 2011

Restoran Wong Solo

Sempena dengan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menentang Indonesia di Sukan Sea, Mr.Kriuk telah memilih untuk mempersembahkan Jeng.jeng.jeng.jeeennngg.



RESTORAN WONG SOLO
No.8G & 10G,
Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor.

sebelum ke sini, pelbagai cerita Mr.kriuk dengar daripada Mrs.Kriuk tentang Nasi Ayam Penyet di restoran ini, tambah kalau korang ingat Kriuk n Krouk ada nak cuba restoran ini tapi penuh jadi Kriuk n Krouk pergi ke Restoran Ikan Bakar Bubu sebelum ini kan.

Jadi memandangkan Mr.Kriuk dapat bonus dari uncle, Mr.Kriuk lantas membuat keputusan untuk mempelawa Mrs.Kriuk ke restoran ini..Setelah cucuk duit, Mr.Kriuk pun sampai ke restoran ini.

Kelihatan satu couple menikmati makanan di restoran ini berlatarkan Restoran Ikan Bakar Bubu ketika sampai.
Setelah duduk di atas kerusi, Mr.Kriuk didatangi pelayan yang agak so-so tahap bahasa MALAYSIA beliau, mungkin beliau pelayan import daripada Indonesia. Menu diberikan.
Menu 1

Menu 2

Menu 3

Menu 4
Kriuk datang masa petang alah nak ke maghrib, jadi restoran belum betul-betul full. Ada la beberapa meja yang tak de orang lagi. Dari segi kebersihan, Kriuk kadang-kadang terpikir gak kenapa meja mesti melekit?anyone?






Setelah beberapa lama (tak lama pun), menu yang dipesan sampai.

Limau Panas (tu sudu besar)

Air Buah Mangga 

Bersama Air Kosong
Cuba korang bayangkan, masa kriuk tengok menu untuk order, apa yang kriuk perasan ialah harga macam terlampau mahal walaupun untuk sekadar air. Tetapi bila air sampai, Kriuk paham. Yela, korang bayang jela Limau panas kriuk bagi dalam gelas besar macam siap pakej sudu makan biasa.huhu. Tapi air kat sini memang betul pailang rasa dia. Sedap. Jujur dari seorang yang cerewet tentang air.

Kemudian.... Main event pun sampai iaitu Nasi Ayam Penyet Wong Solo. Kriuk macam terkilan pulak sebab Mrs Kriuk pun ambil menu yang sama, jadi tak dapat rasa menu lain.hehe.. Insyallah jika ada rezeki, Kriuk nak try menu yang lain jugak.

Nasi Ayam Penyet 1

Nasi Ayam Penyet 2

2 Nasi Ayam Penyet


Kalau korang ingat, Kriuk pernah bagi resepi nasi ayam penyet sebelum ni tapi macam tak sama je..haha anyway, apa yang menarik kat sini kepada peminat makanan yang pedas, sila la cabar diri anda untuk memakan sambal nasi ayam penyet ni. Kenapa?kriuk pun menyerah kalah tuu..pedas dia macam *#@%
tau tak...haha

Kriuk bajet power boleh tahan.haha

Tak dipandang
Kelihatan Mrs.Kriuk sedang mencuba di situ.


Percubaan memasukkan sesudu nasi
Setelah beberapa minit, saat dan detik.

Pinggan Kriuk yang makan macam setan lapar

Pinggan Mrs.Kriuk yang sungguh ayu ketika makan

Ayaq yang besar pun habis sebab pedas.hahaha
OK.Perut dah kenyang, hati dah puas.abis tak reti-reti nak bayar ke?hehe..

Nampak tak harga?rasanya macam RM36.40 kan?or lebih actually?
So, for those food, Kriuk mengeluarkan perbelanjaan sedemikian. Pada pendapat korang yang humble. Berbaloi tak?hehe..SEKALI SEKALA boleh la..

Ketika Malam.
Jadi, pada yang tak kisah mengeluarkan perbelanjaan yang lebih janganla segan untuk ke Restoran Wong Solo. Semoga segala makanan yang dimakan menjadi sumber-sumber zat yang diperlukan sebelum menjadi bahan buangan.Terima Kasih...

Saturday, November 5, 2011

Tempat:Ikan Bakar Bubu




No 59,
Jalan Plumbum p7/p,
Pusat Komersial Seksyen 7,
Shah Alam, Selangor.

Para pelakon : Kriuk and Mrs, Krouk, pelayan restoran, pelanggan, orang lalu lalang dan tuan kedai kot.

Situasi dimana pada suatu ketika kami baru balik dari berjalan-jalan di bandar Shah Alam, perut tiba-tiba lapar jadi kami membuat keputusan untuk makan.yela kalo lapar takkan tidur pulak kan.

Krouk pada mulanya mengidam Mcd di mana beliau sangat menyukai kentang katanya. Tiba-tiba selepas solat maghrib di Sacc Mall, mungkin selepas mendapat hidayah beliau mengubah fikiran dengan mengatakan Mcd selalu sangat dah, lagipun lapar nasi. Jadi kami membuat keputusan untuk bergerak ke arah Restoran Wong Sol di pusat komersial seksyen 7 yang baru. Tibanya kami di sana, hampa dan pasrah melihat restoran tersebut penuh dengan umat manusia yang sedang menjamu selera dengan penuh selera dan mungkin memikirkan harga yang akan dibayar setelah selesai menjamu selera.

Restoran misteri yang belum penuh.
Jalan di mana restoran tersebut berada.


Memandangkan restoran tersebut penuh, dalam kepeningan kami terlihat sebuah restoran baru yang masih kosong. Lantas kami berjalan ke arah restoran tersebut dan ternyata sememangnya restoran tersebut masih terdapat kekosongan. Jadi setelah memilih sebuah meja di sebalik tiang, kami duduk. Dengan sabarnya kami menunggu pelayan mengambil pesanan dari kami.

Abang pelayan
Beliau menghulurkan menu kepada kami untuk memilih juadah yang ingin dijamu.

Muka surat 1

Muka surat 2

Muka surat 3

Muka surat 4
Setelah penat memikirkan, kami telah memilih dua jenis ikan bakar iaitu ikan pari dan ikan siakap bersama ulam-ulaman (Mr Kriuk suka ulam), telur dadar dan pucuk paku masak. Nasi putih diorder 3set kerana kami bertiga.

Makanan yang diorder telah sampai.



Ikan Siakap Bakar

Ikan Pari Bakar

bersama yang lain
Apa yang boleh dikomen, kuah ikan bakar tu pada kriuk okla berbanding kuah di restoran sekinchan ikan bakar.

Bukti 1: pinggan Mr.Krouk licin

Bukti 2: pinggan licin tapi Mr.Krouk masih menghisap-hisap jari.

Bukti 3 : Mr.Krouk mencari-cari ikan bakar yang berlebihan untuk diratah.

Bukti 4: Licin.

Bukti 6 : Licin.


Yang ni tak boleh kata apa la, Mrs. Kriuk kalau makan memang selalu  camni.

LICIN

LICIN

Ulam tak laku sebab kedai ni sangat kedekut untuk menyediakan  sambal.

Keadaan restoran.

Masyarakat yang lalu lalang.


Pelanggan yang ingin menjamu selera bersama seisi keluarga.

Mr.Krouk senyum kegirangan kerana puas makan di sini...

Konklusinya restoran ini, boleh banyak memperbaiki apa yang kurang seperti ulam, air, layanan. Pada kriuk jangan la terlalu mementingkan keuntungan kerana apabila pelanggan puas, duit mesti akan masa punya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...