Thursday, July 18, 2013

Pak Li Kopitiam, Seksyen 7, Shah Alam

Crew Jom Makan-makan (JMM) suka melepak sambil makan. Tidak, Crew JMM bukan melepak yang tak berfaedah. Lepak-lepak, makan-makan dan sembang bisnes sikit-sikit. Cewah. Poyo.

Untuk kepada yang mana-mana suka melepak tu, Crew JMM nak cadangkan korang boleh cuba kat mana-mana outlet Pak Li Kopitiam. Semalam Crew JMM berpeluang berbuka di salah sebuah outlet kopitiam ini iaitu di Seksyen 7, Shah Alam.

Kat mana?

Click untuk pembesaran
42, Jalan Kristal K7/7
Sekyen 7, 40000 Shah Alam
Tel : +603-5511 3608
Facebook : Pak Li Kopitiam

Business hours:
Sun to Thu - 8 am to 1.30 am
Fri, Sat & PH eve - 8 am to 2.30 am

Kat sini menu yang disediakan rasanya sama je seperti mana-mana kopitiam seluruh Malaysia. Nasi Lemak, nasi goreng, roti bakar, telur separuh masak, kopi putih, milo, teh ais, laksa dan lain-lain. Okay, kami tak tahu kopitiam lain ada tak. Korang boleh click sini kalau nak tengok menu yang lebih jelas.

Kami dan beberapa rakan kami memilih untuk mencuba beberapa jenis Nasi lemak.
Nasi Lemak Rendang Ayam
Nasi Lemak Ayam Berempah
dan Nasi Lemak Spesial (maaf tak sempat ambil gambar). Nasi lemak spesial  ini dikatakan terdapat kari ayam dan udang.

Kami juga memesan 
Golden Fried Rice (Nasi goreng emas)
Minuman dan pencuci mulut pula
Cendol
 Dikatakan salah satu menu yang menjadi kegilaan orang ramai di sini.
Jus Epal
White Coffee
Dah dapat semua tu, apa lagi kan?
Khabar angin mengatakan ini kembar Faizal Tahir.
Penuh sopan.
Abang ni bagitahu yang dianya ialahLah V.E. Kebenaran diragui.
Nampak lahap je.

Izzad ( Bukan nama sebenar) aka abang kacak bin pakcik hensem.
  Enak menjamu selera.
Amboi, malu-malu pulak. Makan jela woi.
Komen kami?

Tentang layanan (service) memang mantap. Korang tak perlu tunggu terlalu lama walaupun terdapat ramai umat manusia yang sedang berada di kopitiam ini. 

Rasa dia? Sedap, power dan lain la daripada kedai-kedai atau kopitiam-kopitiam lain. Lagipun menu yang popular kat sini memang antaranya ialah nasi lemak mereka. Korang jangan lupa cuba bila datang kopitiam ni.



Kami rekemen kat korang kalau nak datang tu, pastikan korang betul-betul rasa nak makan. Nanti membazir.

Untuk 4 orang makan. korang boleh tengok kat bawah berapa kami kena.
Nak kata mahal atau tidak, pada kami agak mahal jika dibandingkan dengan kedai makan melayu yang biasa tetapi apabila dibandingkan dengan kopitiam harga ini lebih kurang je. Standard la orang kita kata.

Makan-makan juga, puasa kalau boleh jangan tinggal ye.

Selamat mencuba.

8 comments:

  1. dekat port klang ada satu kedai makan nama Pak Li Cendoi... dekat sini cendoi memang femes la... kedai ni terletak dalam Giant Port Klang.... selain cendoi ada nasi ayam, laksa, pasembur dan makanan bergoreng.... yang femes kat sini nasi putih ngan beraneka pilihan sup, dihidangkan bersama dengan telur dadar, ulam timun dan sambal belacan... memang sedap dan kena dengan selera... nanti crew JMM bleh la try ye....

    ReplyDelete
  2. Dulu mungkin ok service dia. Aku pun biasa makan disitu sebab tinggal berdekatan. Tetapi semalam service dia memang bangsat sangat. Rasa terhina dengan service yg hampeh. Mungkin dah maju sangat kot, customer dah dianggap menyusahkan. Dah order bertulis, serah kat waiter tapi tak dapat2. Tanya balik, dia jawab 2 min lagi.... tapi tak dapat2 gak. Rupanya takde order pun kat dapor.... haram. Penat je tunggu. Dah silap sikit mibtak maaf pun tak de... nak komplen kat manager pun tak nak layan... mmg rasa hampeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. please take note pihak pengurusan woiii.....

      Delete
  3. Salam. =)

    Pak Li Kopitiam antara kedai fav saya. Selalu makan di Giant Klang Sentral.

    Selain nasi lemak dan goldeb fried rice, saya nak recommend JMM untuk cuba nasi goreng kampung dia. Sangat-sangat sedap!

    Air pula jus kedondong. Seriously. Sedap blake lah! Cuma nasi goreng kampung tu antara menu yang saya tak jemu.

    Selamat mencuba! =)

    ReplyDelete
  4. menu famous kat cni sebenarnya nasi ayam lemon dgn mee goreng mamak, hehe.. yg laen tu mgkn lbh krg dgn kopitiam laen

    ReplyDelete
  5. Food lousy. Katong laksa is fake nothing compare to Singapore even the noodle used wrongly. Bread toast is cold. Total ripped off.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...