Tuesday, July 3, 2012

Selangor Food Fiesta 2012


Ada risalah tentang makanan diedarkan dari rumah ke rumah mengenai ini. Risalah ini mengandungi kedai-kedai makan yang terdapat di Lembah Klang khususnya Shah Alam. Apakah kedai yang tersenarai? Antara kedai yang tersenarai (mengikut page dalam risalah) ialah :


1 ) Aimar Corner menyajikan char koay teow sebagai makanan utama. Terdapat juga makanan yang lain seperti sate, kerang rebus otak-otak dan lain-lain. Ada dua cawangan iaitu di Taman TTDI Jaya, Shah Alam dan Prima Sri Gombak, Kuala Lumpur.


2) az-s-za cafe menyajikan ABC dan masakan kampung sebagai makanan utama. Di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam.

3) Ayer Rock Butcher & Grill menyediakan masakan western seperti steak, burgers dan lain-lain. Terdapat di cawangan Bukit Jelutong, Shah Alam, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan Kota Damansara, Petaling Jaya.

4) BBQ Land menyediakan makanan berunsurkan barbecue dan steambot style buffer. Terdapat dua cawangan iaitu Jalan Kuang, Sungai Buloh dan Seksyen 28, Shah Alam.

5) D' Arab Cafe menyajikan makanan berunsurkan middle eastern. Empat cawangan iaitu dua di Seksyen 7, Shah Alam, Uniten, Bangi dan Jalan Bandar Baru Rawang, Bandar Baru Rawang.

6) Restoran Hj Sharin Low menyajikan masakan khas cina muslim. Berada di Seksyen 7, Shah Alam.

7) My Asam Pedas menyediakan 15 jenis asam pedas. Berada di Seksyen 7, Shah Alam.

8) Mr Steak House menyediakan makan berunsurkan western seperti chicken chop, burger dan lain-lain. Berada di Seksyen 13, Shah Alam.

9) Kak Nora Nasi Kukus Ayam Berempah di Seksyen 7, Shah Alam.

10) Restoran Pucuk Ubi menyediakan masakan rumah Sarawak. Berada di Bandar Utama, Petaling Jaya.

11) Nasi Lemak Cinta Sayang menyajikan nasi lemak sebagai makanan utama. Terdapat beberapa makanan lain seperti masakan panas, otak-otak dan lain-lain. Terdapat dua cawangan iaitu Seksyen 13 dan Seksyen 7, Shah Alam.
Page FB 1 dan 2

12) Pak Mal Nasi Ayam di Seksyen 10, Shah Alam. Terdapat juga masakan panas, western, nasi kukus dan lain-lain.

13) Restoran Sup Utara Power di Seksyen 18, Shah Alam. Terdapat juga nasi ayam, laksa, mee rebus dan lain-lain.

14) Tat Nasi Ayam. Selain nasi ayam, terdapat juga sate, mee goreng mamak dan lain-lain. Terdapat di Seksyen 23, Shah Alam.

15) Restoran Ulam Desa menyajikan bubur nasi, roti jala, nasi ambeng dan lain-lain. Berada di Seksyen U8, Shah Alam.

Itu antara yang tersenarai dalam risalah tersebut. Terdapat beberapa restoran crew Jom Makan-makan telah singgah dan memang terbukti ianya satu persinggahan yang berbaloi. Mungkin jika ada masa kelapangan di masa hadapan, crew JMM akan singgah ke restoran-restoran lain pula. Insyallah.

Jangan lupa melawat laman FB Selangor Food Fiesta 2012 dan support our local restoran. Cewahh, macam main bola la pulak.

Selamat maju jaya kepada mana-mana pengusaha restoran di seluruh dunia.

4 comments:

  1. thank...mmg best selangor food fiesta 2012.

    ReplyDelete
  2. sama-sama..kalau tak best, tak masuklah.hehe

    ReplyDelete
  3. Senarai Rakan niaga kami:-

    Restoran Anjung Warisan
    Jalan Petri, Johor Bahru (Belakang Yayasan Warisan Johor)
    Waktu niaga: 7.30malam hingga 12malam


    Gerai Makan MBJB Skudai Kiri
    Gerai makan No.7 (Sebelah Cimb Bank)
    Bertentang dengan Bangunan Petronas Bandar Baru Uda, JB
    Waktu niaga: 3.30petang hingga 12malam


    Teh Laris Kafe 21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business park. Shah Alam. Setiap hari kecuali Ahad. 8am to 7pm


    Stall Puan Aniza Muhamad (Mamak) Sebelah Pasaraya KK, Depan Pasar Awam, Pekan Sg.Besi, Kuala Lumpur. Waktu niaga: 7malam hingga 12malam


    Kopitiam Sukand's
    62 Jalan Bandar, Port Dickson


    Restoran Syahirah
    No.8L & 8M Jalan Tun Habab, Kota Tinggi (Sebaris Ambank, berhadapan Hotel Mayres)


    Restoran Mama World
    973 Jalan S2F22, garden Homes, Seremban 2


    Warong Hijrah
    10 Medan Selera Sebelah Bangunan LHDN, Jalan Pak Sako, Temerloh

    ReplyDelete
  4. terima kasih ye. insyallah akan singgah satu hari nanti.

    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...