Monday, October 17, 2011

Makanan : Chunky Loaded Pizza (Pizza HUT)


Ketika sang kucing berlari2 mengejar tikus di tepi longkang medan seksyen 7, Kriuk dan Mrs.Kriuk bergerak ke arah Jusco Hill of King (Bukit Raja, Klang) untuk menonton filem Bini-Biniku Gangster. Ketika sedang melihat kalendar, tertera tarikhnya ialah 26 september 2011. Filem tersebut not bad la orang kata aksi2 dia tetapi bukan filem itu yang akan dikongsikan untuk korang semua.

Sampai je jusco tu, Mr n Mrs.Kriuk pergila beli tiket, aisey dapat tiket jam 9.45pm bersamaan dengan malam kalau orang kita kata..so Mrs.Kriuk yang lapar pun mengomel-ngomel kata nak makan. so pikir la punya pikir. Kami lantas membuat keputusan ingin mencuba piza hut yang ada banyak layer tu.adoii..layer tu maksud dia lapisan la kawan.betoi ka?Kriuk hentam je..hahaha

pizza yang ni haaa.
Lantas kami duduk, tgk2 kat menu, terus ambil set bagi pizza yang kami inginkan.. Pelayan2 kat sini dari segi layanan banyak lagi yang kena berlajar dari senior2 yang bagusla...huhu.

Orang ramai di restoran

Orang ramai di restoran
Perkara biasa diberi ketika menunggu pizza siap dimasak

Sup daripada pizza hut.sedap

Air berkabornat daripada pizza (tak baik untuk kesihatan)
Roti Sedap


Roti dan Sup

Bila dicicah

Mrs. Kriuk sedang makan.nampak sedap.nyum3....

Taruk Blackpepper baru masukkk...ppeeehhhhhppp..
ok.Biasala kan, kalau kat mana2 outlet makanan ni.iklan punya makanan cantik, menarik, tertarik n memang da bomb kaw2 pailang orang kata. Tu salah satu sebab Mr n Mrs Kriuk teringin try la kan.tapi bila dapat.tengok2 pizza camni...

Pizza Chunky Loaded yang Real-action punya..
Bila dapat tu, Kriuk cam sangat hampa la. Sebab tak nampak langsung jalur2 tu.yang konon2 tebal tu tau la takkan nampak.. Tapi takpela..paham sangat dah diorang ni. Marketing mesti baik punya kan...So Mr n Mrs Kriuk try la jugak..

One slice with Fork

One slice

Mrs. Kriuk tambah sos

Kriuk sdg merasa



Tak jadi pakai sudu n garfu. Tangan lagi syok.

Konon cam Sedap

Kriuk sedang menikmati Pizza Chunky Loaded
Daripada pengalaman ini, dapat kriuk konklukasikan di mana iklan langsung tak dapat dipercayai.hahaha..Rasa pizza tu sama je dengan pizza2 yang lain, takde yang spesel pun dengan pizza tu..

Terima Kasih.Selamat Mencuba.

p/s : Sorry, Cam hp tak cantik.

Sunday, October 9, 2011

Tempat : Warung Nasir, Nasi Ayam

lama sungguh tak update blog ni.biase r tu.sorang keje.sorang study..so.agak kalut sikit la kan.hehe..
ok.kriuk ni bekerja di area subang jaya.pada kebiasaannya lunch hour tu area2 situ jela..hehe. Kat area opis kriuk ni, tak banyak sangat kedai makan masakan melayu ( kalau tak rajin berjalan) yang harga berpatutan. Dekat area ni, ada satu tempat ni kriuk selalu jugak r pergi dengan opismate kriuk.

Kat mana? Di Pasar Moden MPSJ..ok, dalam Pasar Moden ni ada macam2.contohnya kat bahagian bawah tu ada pasar basah, kat atas pulak ada kedai makan ( melayu n cina). Kedai yang kitorang selalu pergi pulak Warung Nasir, Nasi Ayam. Pasaipa nama camtu?tuan dia nasir dan ada jual nasi ayam kot (buat pala)..hehe..

Lokasi Pasar Moden MPSJ

Dari Jauh keadaan luar Pasar Moden MPSJ

Dari dekat sikit keadaan luar Pasar Moden MPSJ

Sebabnya kitorang selalu pi situ :
  1. Harga berpatutan
  2. Pilihan yang banyak
  3. Dekat dengan area opis
  4. Akak yang peramah
  5. Awek yg mekar baik punya ramai. Utk awek2 yang p sane pun banyak gak teruna kat sana..hehe
Warung Nasir, Nasi Ayam

Warung Nasir, Nasi Ayam


Jenis makanan yang disediakan di tempat tu?

Nasi campur/berlauk
  • ayam goreng, masak pedas, kicap, kurma, masak lemak dan masak lain2.
  • ikan (keli, kembung, talapia dan lain) pun ada masak jugak macam goreng, pedas, kari, sardin msk pedas dan lain2 gak r..hehe
  • Telur pun ada tau.telur itik ada,telur ayam dan.errrr...tu je kot....biasanya telur ni cam masak lemak, telur itik yang buat telur asin pastu ada telur masak kicap lagi..pastu pe lagi?tu je...
  • Ulam-ulaman macam timun, tomato, kacang botol n sayur lain2.
  • tempoyak, sambal belacan dan cili potong.
Lauk tu ada pelbagai la...cuma mengikut akak kat situ kot nak masak apa masa itu..hehe

Hok2 panas2 baik punya

  • Nasi goreng biasa, kampung, paprik, cina dan lain2
  • Mee, mehun, kuehtiow goreng, sup, tomyam, suma ada.
  • dan yang korang pernah dengar la..hehe
Minuman
  • Milo, teh, teh o, kopi, kopi jantan dan lain2
  • panas dan sejuk.hehe
Ayam masak lemak, telur masin, ulam (RM 4.50)

Ayam Merah, sayur, ulam (RM4.00)

Ikan goreng, Pekedil, ulam (RM4.00)

Daging masak lemak KOT, Tempe masak pedas, Ulam (RM4.50)

Ayam masak sup KOT, ikan kering, ulam (RM4.00)

notakaki : Semua nasi di atas dimakan bersama air kosong atau air suam sahaja.

Sejarah warung ni tak silap Kriuk, dengar2 dari akak opis dia cerita kata kedai ni dulu warung biasa je sampai la MPSJ buat jadi pasar moden. So, banyak la warung2 kat area situ terpaksa ditempatkan kat situ.

Sekian sahaja karangan dari Kriuk. Selamat Membaca

makan dengan sihat.


Sunday, October 2, 2011

Roti Naan

Roti Naan, semua orang mesti tahu kan. roti nan atau nama lainya roti tempayan merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalam tempayan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini mempunya beberapa ramuan, ia termasuk tepung gandumlelemak, dan rempah. Ia dimakan bersama kuah dal, atau kari dan kadang-kala dihidangkan bersama ayam tanduri.





Roti jenis leper ini dimasak dengan menggunakan tempayan untuk membakar roti, dikalangan penduduk Asia Tengah dan Asia Selatan, tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor.Roti yang telah siap dibakar akan disapu dengan mentega atau minyak sapi.

krouk google tadi resepi untuk membuat roti naan ni pastu terjumpa resepi macam kat bawah ni:
ROTI NAAN
Sumber Dari Resipidiana.blogspot.com
Bahan-bahannya
4 ? cawan tepung gandum
1 paket (11 gm) yis kering
2 sudu teh gula
1 cawan air suam
1 biji telur, dipukul
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar mentega cair/ minyak zaiton
4 sudu besar tairu (yoghurt)
Cara-caranya
1. Campurkan yis, air suam dan gula dan ketepikan selama 5 minit.
2. Masukkan tepung gandum, garam, baking powder, tairu, mentega cair/ minyak zaiton, telur kedalam bread machine. Ataupun anda boleh menggunakan mangkuk besar. Masukkan bancuhan yis tadi dan uli sehingga ia lembut dan licin.
3. Perap adunan naan sehingga ia naik dua kali ganda.
4. Setiap adunan roti Naan seberat 70 gram dan dicanai diatas papan canai.
5. Bakar diatas kuali leper menggunakan api yang kecil sehingga kedua-dua belah masak. Angkat dan hidangkan.
Nota: Jika anda suka Garlic Naan, boleh anda cincang 3 ulas bawang putih dan campurkan dengan 2 sudu besar mentega dan sapukan diatas Naan pada waktu akhir anda membakarnya. Jika suka Cheese Naan boleh anda taburkan parutan cheese diatas Roti Naan.
semalam, kriuk dan krouk saje lepak-lepak dekat restoran barra yang agak feymes dekat kawasan uitm shah alam ni, krouk yang mengidam roti naan dikala kedemaman tu, order la cheese naan nak bg ilang kempunan. rasanya boleh tahan jugak sedap, tapi agak garing pulak dia bakar masa tu. 

kriuk macam biasa, malu-malu dengan roti sardinya. hehe.


Nasi Lemak Jati

Sorry ye kawan-kawan, krouk baru lepas sembuh dari demam panas. Jadi agak lama krouk menyepi diri dari dunia ber-blog-an. Kesian dekat korang semua yang ternanti-nanti entri baru dari krouk kan, haha perasan! Ni haa, Krouk nak habaq mai, masa krouk dalam keadaan demam, krouk memang malas nak jalan ape semua dah, keje tidor jer sambil dengar lagu. so pasal makanan, Krouk setiap malam mesti beli makanan depan kolej krouk ni jer, iaitu nasi lemak Jati. 


Nasi lemak jatim ni depam kolej krouk jer. mula-mula awal sem ada sebiji jer lori yang jual nasi lemak. lepas tu selang 2 minggu, datang lori sebiji lagi. ok lah tu, student pon ada pilihan la kan nak membeli. penjual pon tak boleh nak control harga sangat sebab deorang kene bersaing.


tanda dalam bulatan tu, lori yang jual nasi lemak depan kolej jati.
Kalaw nasi lemak biasa, selalunya ada nasi, kacang, sambal, ikan bilis dan telur jer kan. Tapi nasi lemak kat kolej jati ni special sikit. Macam-macam lauk ada. Harga pon berpatutan bagi student macam krouk ni. Antara lauk pauk yang ada,

telur goreng, fillet ayam, sosej, ayam sambal, macam-macam lagi.

Lauk macam-macam pon, tapi Krouk selalu amik lauk telur goreng jer, sebab nak jimat. Hehe. Harga nya murah jer, RM2.00. Ok lah kan. Kalaw rajin-rajin nak try tu datang la kolej jati uitm shah alam, kat seksyen 2 ni. Selamat mencuba.!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...