Monday, May 14, 2012

MeatBall di Ikea

No 2, Jalan PJU 7/2,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Klik untuk pembesaran.
Seperti yang telah diteaserkan sebelum ini, crew Jom Makan-makan kali ini telah bergerak ke Mutiara Damansara. Di mana, di sana terdapat makanan yang boleh dikatakan sangat popular seantero dunia ini. Terletak di dalam Ikea, Ikano Power Center. Apakah itu? Baca tajuk pun dah tahu, Meatball. Kata orang, di mana ada makanan popular atau sedap, di situ ada crew Jom Makan-makan.

Terletak di ruang tempat makan dalam Ikea. Korang semua perlu beratur untuk mengorder Meatball tersebut. Selain daripada meatball, terdapat juga makanan-makanan lain seperti pasta, ikan salmon, kek coklat apa ntah, roti dan lain-lain. Fokus utama crew kali ini lebih kepada Meatball.



"Lambatnya nak order"

Ya, kalau datang hujung minggu seperti hari ahad, memang pada kebiasaannya akan pack. Korang kena beratur panjang. Kami crew Jom Makan-makan takkan menggunakan populariti kami untuk terus menyusup ke belakang kerana kami ingin merasai apa customer lain juga rasa. Penat menunggu, penat beratur, kena bajet apa yang dimakan dan lain-lain.

Ketika beratur, crew telah bersependapat untuk mengambil Meatball sebanyak 20 biji, Almond cake, air mineral Spritzer dan secawan minuman ringan. Setelah beratur panjang dan lama dan bayar dan mencari tempat duduk. Owh berapa crew perlu bayar untuk semua itu? Korang buat matematik sekarang ek. Meatball RM16.00 untuk 20ketul termasuk kentang, kuah warna coklat dan bendera Sweden (tanah tumpah darah Ikea), Almond cake RM5.50, softdrink Rm1.50 dan air mineral itu RM1.00. Apa?tak percaya?

Meatball 1


Meatball 2

Meatball 3

Almond Cake

Minuman Ringan
Air Mineral
Dengan harga semurah itu, pihak crew boleh mengatakan berbaloi-baloi makan kat sini. Kenyang pun kenyang GILA.



Tak tergugat ke iman diet korang?



"errrmmmmphhhh, sedapnya."






Kata crew Jom Makan-makan

Licin habaq hang.
 Korang tak pelik ke? Kenapa kat Ikea ini, tempat macam quite okay tetapi murah?ok, ini satu ajaran untuk mana-mana rasa dia itu mangkuk yang kononnya rasa diri besar sangat dan makan kat tempat-tempat macam ini. Apa kata korang buat macam crew Jom Makan-makan buat.


 Angkat tray, pinggan, cawan, botol air dan segala bagai yang korang makan atau minum, bawak ke tempat yang disediakan oleh pihak Ikea untuk tempat kotor.

Tak nampak?

Tak nampak jugak?

Nah, baca. Buka mata tu luas-luas.
 Jangan nak belagak sangatla kata korang dah bayar itu la, ini la. Itu semua bullshit. Makan nak murah tapi pemalas. Apakah itu sepatutnya korang yang patut buat? Ya, sangat patut.

Kami dikenakan sebanya RM25.45 untuk kesemua di atas. Sekali sekala ok la.


Jadi, jangan lupa singgah di sini. Selamat mencuba.

8 comments:

  1. beratur panjang-panjang, berbaloi dengan makanan yang dapat..
    silalah jadi manusia yang rajin dengan mengemaskan meja anda selepas makan..hentikan budaya harapkan pekerja tempat mengemaskan meje anda selepas makan..=)

    ReplyDelete
  2. aku tengok meatball dia memberangsangkan!

    ReplyDelete
  3. Sila cuba. harga berbaloi dengan apa kau dapat.

    ReplyDelete
  4. Check dulu.... Ada halal ke tak..meat ball tu dari daging apa...babi ke...slalu meatball resepi barat ada campuran babi untuk kasi lemak berkrim sikit..jgnla kita ni bodoh sgt promote benda yg belum tentu halal...jakim da certified ke...xdekan? Ikea dah brp belas tahun kat m'sia...sedih tgk rmi melayu dungu mkn kat situ

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas komen pihak anon. akan diupdate apabila mendapat jawapan daripada pihak IKEA sendiri.

    ReplyDelete
  6. kepada pihak anon, boleh dapat jawapan kat

    http://kriukdankrouk.blogspot.com/2012/11/jawapan-daripada-pihak-ikea.html

    terima kasih.

    ReplyDelete
  7. HI.....
    cakap pasal meatballs IKEA nih...saya baru jer upload gambar2 masa makan kat sana baru2 nih di blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com

    Senang2 tu jenguk la ye....topik blog saya nih pasal tempat2 makan menarik yg saya visit seperti restoren, warung,gerai,foodcourt, hotel buffets dan lain2....100% topik makan jerrr tak de topik lain hehe.

    Jangan lupa ye follow blog saya kalu sudi...TQ TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...