Saturday, September 17, 2011

Thai Fusion Steambot

Sebentar tadi krouk pergi berjalan-jalan bersama Kriuk di PKNS Shah Alam dan PAS Shah Alam. Kriuk mahu beli kasut futsal. Dari semalam lagi Kriuk mencari kasut futsal idamanya. Pusing punya pusing, Kriuk telah membeli sepasang kasut futsal jenama JOMA. Selesai pencarian kasut kriuk.

Berbalik kepada tajuk diatas, Krouk dan Kriuk bersama seoarang lagi kawan kami telah singgah sebentar di Thai Fusion Steambot untuk menikmati makanan tengahari. Kami tertarik untuk makan disitu disebabkan terdapat tawaran set Chicken Chop RM8.90. He He.

thai fusion steambot
Kriuk dan krouk kehairanan disebabkan tiada pelanggan lain kecuali kami bertiga yang makan di restoran tersebut. setelah setengah jam, barulah ada pelanggan lain yang datang. hilang sedikit kecurigaan tentang restoran ini. =P
kami bertiga mengorder set chicken chop berserta air pilihan masing-masing.

kriuk dan krouk memilih chicken chop topping black pepper.

sementara itu kawan kami memilih chicken chop topping black mushroom.

Rasa chicken chop itu agak sedap. tapi yang tak sedapnya adalah terdapat 6% goverment tax dan 5% service tax. Patutlah tak ramai yang datang makan di kedai ini. =P





Friday, September 16, 2011

Resepi : Ayam Penyet

Semalam sempatla Kriuk g try makan ayam penyet di kedai Ayam Penyet Best di Subang Jaya. Ini pun sebab opis nak belanja.hehe..ok. Sebab ayam penyet kat sedap.so Kriuk rasa nak kongsi resepi cammane nak buat ayam penyet ni. Sedap ni.Try la.

cara2 utk menjadikan 

Ayam
kepada

Ayam Penyet.
(p/s: sebab ayam penyet ni kena makan dengan sambal die, Kriuk asing2kan bahan n cara2 sediakan)

Bahan2 yang korang perlukan ialah :-

1) Utk buat Ayam
  • mestila daging ayam (bahagian yang korang suka) yang telah direbus, pastu air tu simpan kot2 la korang nak buat sup ke ape kan.kalo taknak.buang je..ikut korangla.hehe
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • halia lebih kurang 1 cm
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit air
2) Utk buat Sambal
  • minyak masak
  • Cili merah mengikut tahap kepedasan korang suka
  • Cili api mengikut tahap kepedasan korang suka
  • bawang merah kecik or besar..ikut suka.
  • bawang putih
  • tomato
  • belacan ikut sedap korang
  • ikan bilis
Cara2 utk korang sediakan:-

1)Ayam Penyet
  • kisar semua bahan sehingga halus
  • pastu perap ayam td dgn bahan yang dah dikisarkan.lagi lama lagi baikkkk punye!!!
  • pastu goreng sehingga masak r..hehe
2)Sambal
  • Goreng ikan bilis sehingga garing pastu angkat.
  • Goreng belacan kejap dan ketepikan.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan
  • Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  • Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.pastu gaul rata.
  • Rasa sambal yang terhasil, adjust ikut sedap mulut korang r..haha
so,sekarang boleh la cedok nasi.makan dgn nasi. taruk r timun. kacang panjang ke pe korang rasa sedap
grg r sekali tempe dgn tauhu.baru r mari makan ayam penyet tu kan.hehe

selamat mencuba..

peace..

Tuesday, September 13, 2011

AIM blog Kriuk dan Krouk dibina


asalnya blog ni dibina kerana Kriuk rasa makan tu best.dan rasa2 syok jugak kalau boleh kongsi pasal makanan dgn sape2 kan. Lantas Kriuk memberi idea tu kepada Krouk dan diterima sebulat2 suara.

Jadi, blog ini akan memfokuskan kepada beberapa perkara seperti



 1)Resepi makanan
  • senarai bahan2, cara2 utk memasak makanan yang sedap2 di mata Kriuk dan Krouk.haha contohnya  
Ayam Penyet

 2)Kedai makan
  • mana2 kedai yang kriuk n krouk singgah yang nampak mantap dari segala segi.
3)Cerita, movie, drama or anything hiburan pasal makan
  • contohnya nama tajuk cerita pasal makanan( Papadom, Nasi Lemak 2.0) or anything
Papadom(2008) by Afdlin Shauki
dan sebagainya..

Ang tambah r Krouk.hehe


SELAMAT MEMBACA n thanks..

Friday, September 9, 2011

Resepi : Mee segera goreng

mee segera.












Sangat sedap.
saya ialah magee. saya boleh ditemui di kedai-kedai runcit berhampiran anda. Student amat sukakan saya kerana harga saya yang murah dan berpatutan. antara resipi yang menarik boleh dimasak bersama saya adalah magee goreng seperti dibawah:

























Bahan-bahan ( resipi ni mmg utk sorang jek )



  1. Sebungkus mee segera (jenama Maggi perasa kari) direndam bagi kembang.
  2. 5 ekor udang besar
  3. Sebiji bawang merah (cincangkan)
  4. Seulas bwg putih (cincangkan)
  5. 3 Biji cili padi
  6. 5 Keping lobak merah (dipotong bulat)
  7. 2 Pokok sawi bunga (dipotong)
  8. Sebiji telur
  9. 1 Sudu makan minyak masak
  10. 1 Sudu makan kicap manis
Cara-cara



  1. Masak air panas sampai mendidih, rendamkan mee segera. Untuk resipi ni saya guna mee segera jenama Maggi perasa kari.
  2. Cincangkan bawang putih dan bawang merah. Ketuk juga cili padi yg 3 biji tadi
  3. Panaskan kuali dan minyak masak. Tumis bawang yg dicincang dan juga cili padi.
  4. Masukkan udang yang telah dibersihkan, lobak merah dan batang sawi tadi. goreng sekejap. Bila udang separuh masak, masukkan pula perencah kari tadi.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan masak sambil digaul sesekali. Masukkan mee segera yg telah direndam tadi dan juga daun sawi. balik2 kan dan siap dihidangkan
p/s:- dah tak yah letak garam sebab perencah tu dah cukup masin bagi saya la... kalau tak cukup masin tambah la ye

Hey, Sape Kriuk Sape Krouk..?

Kriuk..!
Saya kriuk.Saya serius dan pemalu macam ikan jaket. Tengok, dia tak pandang sebab dia malu. Kriuk suka masak sebab masak jimat duit.




Krouk..?
Nama saya krouk, sebab krouk suka makan kacang. Kacang pilihan krouk adalah kacang sepat dan juga kuaci. Krouk suka memasak, tapi yang simple-simple dan sedap.Krouk berasal dari utara tanah malaysia. Jadi kebanyakkan makananya terpengaruh dengan kari. Sebab itu Krouk suka makan kacang sepat berkari.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...