Thursday, November 29, 2012

Restoran Dee Zarifah - Part 3

Sebelum ini pernah kami paparkan makanan di restoran ini bukan? Boleh check di Part 1 dan Part 2.

Kepada yang tak pernah baca atau singgah, boleh cuba cari restoran itu di


Restoran Dee Zarifah,
No 33,
Jalan SS 15/4,
47500, Subang Jaya,
Selangor.

Kami mempunyai misi iaitu selagi tidak menunjukkan kesemua makanan dalam sesebuah restoran atau kedai, selagi itu kami akan cuba memaparkannya di sini. Oleh kerana kami Crew Jom Makan-makan hanyalah insan biasa yang mempunyai perut yang kecil sahaja berbanding manusia-manusia yang kuat makan. Haha.

Oleh itu, kami mungkin terpaksa memaparkan beberapa part untuk sesebuah tempat makan. Yakni, ini adalah kali ketiga kami sempat singgah dan makan di restoran ini. Kali ini, kami sempat mengambil beberapa makanan yang tidak pernah dicuba iaitu Nasi goreng Ayam kunyit, Yee Mee Kungfu, Kueh tiow Sup dan Meegi Goreng.

Yee Mee Kungfu 1
Kedai ini ada menawarkan pakej pada waktu tengahari. Oleh itu, Yee Mee Kungfu itu diambil bersama Teh o Ais akan menjadi set B bersamaan dengan harga RM6.90. Kira oraitla kan?

Rasanya pula boleh dikatakan OKAY. Aku sangat puas hati dengan rasanya. Tidak hampa.
Kueh tiow Kungfu
Nasi Goreng Ayam Kunyit
Yee Mee Kungfu 2
Kueh Tiow Sup


Meegi Goreng
Manakala Nasi Goreng Ayam Kunyit pula berharga RM6.00. Kueh tiow Sup pula RM5.50 dan Meegi Goreng berharga RM4.00.

Bagaimana rasanya pula? Ayam kunyit dimasak sangat tepat. Tak keras, tak lembut. Cukup masak. Kuehtiow Sup dikhabarkan rasanya ok jugak tetapi mungkin tidak menjadi pilihan orang ramai.

Meegi Gireng? Aku tidak mengesyorkannya. Pada aku, meegi yang dibuat sendiri lebih sedap. Mungkin kerana terlalu banyak sayur dan tidak merasa pedas. Hehe.

Itu sahaja kali ini daripada kami.

Silalah mencubanya.

Monday, November 26, 2012

Nasi Lemak Betul-betul Depan Shell, SS15 Subang Jaya


Bapaklah, lagi panjang tajuk aku kali ini tapi nak buat camne. Itu je description paling senang untuk korang faham. Cakap panjang pun tak guna kan.

Korang ingat tak Nasi Lemak Depan Shell, SS15 Subang Jaya yang pernah aku bagitahu sebelum ni? Kalau tak ingat atau tak pernah baca, boleh click link tu.

Kali ni, muncul gerai nasi lemak baru yang menyayangi gerai itu. Gerai nasi lemak kali ni betul-betul berhadapan Shell situ. Diusahakan oleh sepasang suami isteri yang muda-muda tua. Aku tak tahu umur sebenarnya. Lingkungan 35-40 kot.

Tak nampak pulak isteri abang tu. So, kalau nak senang, korang boleh cari papan tanda yang kat belakang abang tu. Haha.

Pernah aku kata nasi lemak yang perfect bagaimana bukan? Boleh rujuk entry-entry lama daripada kami. Nasi yang berlemak, sambal yang pedas pailang, ada kacang, ikan bilis, timun dan telur rebus. Itu adalah nasi lemak yang sebenar dan perfect.

Korang dah usha kat atas? Kalau perhatikan betul-betul dan setelah merasa sendiri nasi lemak ini, boleh dikatakan hampir sempurnya. So, apa yang tak sempurnya pulak? Diorang tak sediakan IKAN BILIS.

Itu sahaja. Aku dikenakan RM2.50. Sama sahaja seperti nasi lemak akak depan shell sebelum ni yakni jiran abang ini.

Nasi lemak abang ni boleh dikatakan ok. Nasi ok, sambal pedas, telur ada, timun ada, kacang pun tak hangus. Kalau ada ikan bilis, mungkin lebih mantap.

Jadi, korang boleh try sendiri guna lidah dan mulut korang sendiri di sana. Selama mencuba. Pada aku, korang pasti tidak akan hampa.

Monday, November 19, 2012

Mee sup, Pasar Payang,terengganu

Ini adalah antara tempat makan yang akan aku kunjungi apabila pergi ke kuala terengganu. Gerai ini betul-betul berada dalam pasar payang. Sementara menunggu kawan-kawan@ keluarga membeli belah dalam pasar ni, korang yang kelaparan bolehlah mencuba mee/bihun/ kuew teow sup di kedai ini.
Kedai ini selalu sangat penuh,nasiblah kalau ada tempat untuk korang ye.
Antara kandungan bahan yang ada dalam sup ini adalah perut lembu, daging, taugeh, daun sup dan lain-lain. Di samping itu, jikalau korang ni jenis yang makan sedikit saja, bolehlah minta mee sup separuh. Mee sup ni sedap kalau diperah limau nipis dan dicampur dengan sos lada yang mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri.
Jangan lupe mencuba ye..:-)
kuew teow sup
kedai minuman
kedai mee sup

Sunday, November 11, 2012

Jawapan daripada pihak IKEA



Baca ini terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut.

Baru-baru ini kami menerima komen daripada seseorang yang menggelar dirinya Anonymous. Kenapa dia digelar itu tidaklah crew Jom Makan-makan tahu. Mungkin kerana dia salah seorang geng hacker yang terkenal ataupun dia tidak tahu bagaimana untuk mendaftar dirinya di google ataupun dia memang tiada nama. Kami crew JMM memang tidak tahu.


Seperti yang korang boleh baca di atas, dia menyuruh kami check terlebih dahulu ada halal ataupun tidak, daging yang digunakan daging apa dan mengatakan janganlah crew JMM terlalu bodoh mempromosi sesuatu tanpa usul periksa. Malahan dia merasa sedih kerana terdapat ramai melayu yang makan di situ.

Walaupun isu ini telah mula berbunyi pada awal tahun lepas di mana ada yang mengatakan meatball itu tidak halal, diperbuat daging babi dan bla bla bla bla. Pihak IKEA terus menutup medan selera mereka dan dikhabarkan terus melakukan proses samak. Korang boleh try google untuk cari balik cerita pasal ini.

Selepas mendapat komen tersebut, aku terus menghantar pertanyaan kepada pihak JAKIM dan IKEA sendiri untuk mendapat kepastian. Setelah menunggu hampir seminggu, akhirnya aku mendapat maklum balas daripada IKEA. Korang boleh baca apa yang ditulis oleh IKEA sendiri. Aku tak tukar apa-apa langsung.

Untuk itu, kami berharap ianya dapat memuaskan hati pihak anonymous. Aku tak tahu kenapa aku mendapat jawapan dalam english sedangkan aku menulis dalam bahasa Malaysia. Tapi itu tidak penting.

Terima kasih kepada pihak anonymous kerana concern terhadapa makanan yang dipaparkan oleh kami. Cuma, crew JMM berharap pihak anonymous berlaku adil kepada semua restoran di Malaysia ataupun dunia. Tidak semestinya halal dan haram itu hanya melibatkan bahan yang digunakan untuk masakan tersebut. Cara mendapatkan bahan itu, cara menjual, kebersihan dan lain-lain. Mintak tolong pandang dari semua aspek.

Terima Kasih. Kami akan update setelah mendapat jawapan daripada pihak JAKIM pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...