Sunday, October 9, 2011

Tempat : Warung Nasir, Nasi Ayam

lama sungguh tak update blog ni.biase r tu.sorang keje.sorang study..so.agak kalut sikit la kan.hehe..
ok.kriuk ni bekerja di area subang jaya.pada kebiasaannya lunch hour tu area2 situ jela..hehe. Kat area opis kriuk ni, tak banyak sangat kedai makan masakan melayu ( kalau tak rajin berjalan) yang harga berpatutan. Dekat area ni, ada satu tempat ni kriuk selalu jugak r pergi dengan opismate kriuk.

Kat mana? Di Pasar Moden MPSJ..ok, dalam Pasar Moden ni ada macam2.contohnya kat bahagian bawah tu ada pasar basah, kat atas pulak ada kedai makan ( melayu n cina). Kedai yang kitorang selalu pergi pulak Warung Nasir, Nasi Ayam. Pasaipa nama camtu?tuan dia nasir dan ada jual nasi ayam kot (buat pala)..hehe..

Lokasi Pasar Moden MPSJ

Dari Jauh keadaan luar Pasar Moden MPSJ

Dari dekat sikit keadaan luar Pasar Moden MPSJ

Sebabnya kitorang selalu pi situ :
  1. Harga berpatutan
  2. Pilihan yang banyak
  3. Dekat dengan area opis
  4. Akak yang peramah
  5. Awek yg mekar baik punya ramai. Utk awek2 yang p sane pun banyak gak teruna kat sana..hehe
Warung Nasir, Nasi Ayam

Warung Nasir, Nasi Ayam


Jenis makanan yang disediakan di tempat tu?

Nasi campur/berlauk
  • ayam goreng, masak pedas, kicap, kurma, masak lemak dan masak lain2.
  • ikan (keli, kembung, talapia dan lain) pun ada masak jugak macam goreng, pedas, kari, sardin msk pedas dan lain2 gak r..hehe
  • Telur pun ada tau.telur itik ada,telur ayam dan.errrr...tu je kot....biasanya telur ni cam masak lemak, telur itik yang buat telur asin pastu ada telur masak kicap lagi..pastu pe lagi?tu je...
  • Ulam-ulaman macam timun, tomato, kacang botol n sayur lain2.
  • tempoyak, sambal belacan dan cili potong.
Lauk tu ada pelbagai la...cuma mengikut akak kat situ kot nak masak apa masa itu..hehe

Hok2 panas2 baik punya

  • Nasi goreng biasa, kampung, paprik, cina dan lain2
  • Mee, mehun, kuehtiow goreng, sup, tomyam, suma ada.
  • dan yang korang pernah dengar la..hehe
Minuman
  • Milo, teh, teh o, kopi, kopi jantan dan lain2
  • panas dan sejuk.hehe
Ayam masak lemak, telur masin, ulam (RM 4.50)

Ayam Merah, sayur, ulam (RM4.00)

Ikan goreng, Pekedil, ulam (RM4.00)

Daging masak lemak KOT, Tempe masak pedas, Ulam (RM4.50)

Ayam masak sup KOT, ikan kering, ulam (RM4.00)

notakaki : Semua nasi di atas dimakan bersama air kosong atau air suam sahaja.

Sejarah warung ni tak silap Kriuk, dengar2 dari akak opis dia cerita kata kedai ni dulu warung biasa je sampai la MPSJ buat jadi pasar moden. So, banyak la warung2 kat area situ terpaksa ditempatkan kat situ.

Sekian sahaja karangan dari Kriuk. Selamat Membaca

makan dengan sihat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...