Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Resepi : Poli Ubi

Dah lama kami tak kongsikan apa-apa di sini. Jadi sempena musim hujan yang akan tiba, kami rasa ini salah satu yang sesuai untuk korang buat.

Apa yang korang perlu ada?

1. Ubi Kayu
Tips untuk korang, cari masa musim hujan. Sangat murah.

2. Kelapa muda yang dah diparut
Kalau boleh ambil yang putih-putih je.

3. Daun Pisang

4. Air

5. Garam

6. Daun pandan

7. Gula melaka


8. Kerajinan dan ketabahan dalam hati

So, bila korang dah ada semua bahan-bahan kat atas.
Korang ikut cara ni pulak.

1. Buang kulit ubi kayu.


Pastikan korang buang kulit dia betul-betul. Kalau yang tak berapa reti akan buang satu kulit je, Ubi kayu ni ada dua kulit, satu yang biasa satu yang tebal.

2. Kisar ubi kayu tu. (Betul ke perkataan kisar ni? Kami tak ingat perkataan yang betul)

Kalau boleh yang tengah-tengah isi dia buang. 

3. Habis je kisar ubi kayu tu, korang letak atas daun pisang. Tak perlu besar sangat dan jangan terlalu kecik sangat.



Pastikan daun pisang tak berapa rapuh. Tips dari mama kami, kalau rapuh, layur atas api panas sekejap.

4. Tutup dan ikat daun pisang.

Yang ni kena minta tolong mama kami, kami tak berapa reti. Thanks mama.

5. Ulang sampai ubi kayu yang dah dikisar tu habis.


6. Dalam masa yang sama korang dah boleh panaskan air. 

Yang ni just untuk pastikan tak bazir masa korang je.

7. Masukkan ubi kayu yang dah diletakkan dalam daun pisang tu ke dalam air yang dipanaskan tadi.

8. Rebus selama sekurang-kurangnya 30 minit.


9. Dalam masa yang sama jugak, selagi lagi korang dah boleh start panaskan gula melaka dalam air. Letak daun pandan dalam tu sekali, bagi ada bau wangi-wangi sikit.
Kepekatan gula melaka ni terpulang atas minat masing-masing. 

10. Lepas setengah jam, cuba ambil satu dan korang tengok dah masak ke belum.

Kalau dah, boleh angkat semua. Kalau belum, korang ikat dan letak balik. Nak tau masak ke tak, sekurang-kurangnya benda ni kena terapung.

11. Korang bukak daun pisang tu dan potong ubi tu menjadi bentuk dadu. Lepas tu letak atas kelapa. Sebelum terlupa, garam diletakkan dalam kelapa yang dah diparut tu.
Saiz potongan korang tu ikut suka hati. Cuma kalau besar sangat mungkin tak best masa makan nanti.

12. Gaul bagi ubi dan kelapa menjadi seperti dalam gambar kat bawah

13. Ambil sedikit dan letak di atas pinggan. Kemudian ambil sedikit gula melaka yang korang dah cairkan tadi dan letakkan di atas poli ubi tadi.

14. Siap.

Selamat menjamu selera.

Owh, kami tak bagitau kenapa kena ada kerajinan dan ketabahan hati kan?

Kerajinan tu sebab kalau korang malas, jangan harap korang akan buat benda ni semua. Lagi-lagi kalau korang ni nak buat sensorang.

Ketabahan hati tu pulak sebab nak buat kuih ni agak memakan masa kalau buat sensorang. Kami sendiri buat benda ni dari 1.00 petang sampai 4.30 petang baru boleh makan.

Diambil dari sini.

Thursday, October 10, 2013

Resepi : Pengat Pisang

Pernah tak korang boring-boring tak tahu nak buat apa? Korang bujang? Korang nak lepak-lepak tengok cerita kat tv tapi nak memasukkan sesuatu ke dalam mulut tapi takde apa-apa? Kedai pula jauh? dan yang paling penting korang suka memasak?

Kalau tempohari kami bagi resepi kek batik, kali kami nak bagi resepi pengat pisang pula kali ini.

Bahan-bahan :

1. Pisang yang dipotong ikut suka korang ( paling penting)
2. Santan pilihan korang
3. Gula Melaka
4. Biji sagu yang direndamkan terlebih dahulu

5. Boleh juga kalau nak letak daun pandan. Kami tak letak sebab kami bujang. Rumah flat takde tanah nak tanam daun pandan. (Padahal lupa beli)

Cara-cara :

1. Panaskan santan yang telah dicampur air mengikut selera.
Abaikan meja dan kawasan dapur kami.
2. Masukkan gula melaka.
Camni boleh.

Camni pun boleh.
3. Lepas gula melaka dah cair dan sebati dengan santan, masukkan pisang yang dipotong-potong tadi.
4. Jangan lupa juga biji sagu tadi.
5. Biar sehingga mendidih. Korang tentukan sendiri macammana mendidih tu.
6. Makan ikut sesukahati korang.

Tuesday, July 16, 2013

Resepi : Kek Batik


Bulan Ramadhan kembali lagi. Kami pasti ramai yang suka mencari pelbagai jenis kuih di bulan ini kan? Dalam masa yang sama ramai juga yang suka berjimat seperti salah seorang crew kami ini. Tidak salah pun untuk berjimat, tuhan pun suka, kita pun suka.

Jadi bagaimana kalau nak makan kuih gitu? Cadangan kami, korang boleh try buat Kek Batik. Tak silap aku slogan kek ini ialah JIMAT dan MUDAH. Korang tak perlukan bahan yang banyak dan masa yang panjang untuk buat kek ini.

Resepi ini diambil daripada MasterChef yang juga tidak dapat kami siarkan namanya.

Jadi, apa yang korang perlukan?

Bahan-bahan:

1) Biskut Merie perisa original yang dipatahkan mengikut suka. Tetapi kalau boleh jangan sampai hancur.

2) 250gram Mentega.

3) 250gram susu pekat.

4) 400 gram serbuk milo/coklat.
5) Esen vanilla (tapi kami tak letak).

Cara-cara:

1)Panaskan kesemua mentega sehingga cair.

2) Lepas mentega cair. korang masukkan kesemua susu pekat dan kacau sehingga sebati.
3) Dah sebati? Masukkan pula serbuk milo/coklat dan kacau sehingga sebati.
4) Pastikan campuran tadi tidak berketul-ketul.

5) Korang biarkan sehingga mendidih. Dalam masa yang sama, campuran tadi akan menjadi pekat.

6) Lepas itu, korang masukkan biskut merie.

7) Ratakan sehingga kesemua biskut terkena adunan/campuran mila/coklat tadi.
8) Kemudian, korang letakkan campuran kesemua bahan-bahan tadi ke dalam talam.
9) Letak dalam peti ais untuk keraskannya.
10) Lepas keras, korang boleh dah bawak keluar dan potong mengikut saiz yang suka.

Macammana? Senang je kan? Kesemua bahan-bahan di atas tidak akan lebih daripada RM20.00. Korang boleh makan banyak kali. Nak lagi best kalau korang boleh kongsi-kongsi dengan rakan-rakan korang.

 Apa lagi korang mahu?

Selamat mencuba pada bulan ini. Bulan lain pun boleh cuba juga ye.

Tuesday, September 18, 2012

Potato Soup

Minggu ini terasa nak makan potato soup. Kebetulan, barang-barang untuk buat potato soup ada. Jadi, kerja membuat potato soup pun bermulalah..

bahan-bahannya adalah :

250gm potato atau kentang yang boleh didapati dipasar raya,kedai runcit dan pasar malam. Kentang ni hendaklah direbus dahulu. aku rebus sampai masak sebab senang nak kisar lepas itu.


25gm buttercup


300ml susu segar, oregano, kiub ayam dan serbuk lada hitam



mula-mula korang rebus kentang sampai masak. pastu guna pengisar untuk kisar kentang tadi. inilah hasil kentang yang telah dikisar bersama rebusan kentang tersebut. tapi air rebusan tu jangan guna banyak sangat ye..


cairkan butter terlebih dulu sebelum masukkan kentang yang telah dikisar tadi. kemudian masukkan kiub ayam, air rebusan kentang, oregano dan serbuk lada hitam dan kacau.
setelah mendidih, masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan kacau. kepekatan soup ini adalah mengikut citarasa masing-masing..hehe..

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


semangkuk potato soup untuk aku! sedap
jangan lupa cuba tau. sedap!

Ikan Goreng Sambal Kicap

Ikan goreng sambal kicap ini senang dan ringkas serta menjimatkan masa. Dan yang penting mestila sedap, kan? hehe.. Jadi, bagi orang-orang bujang dan mereka yang agak kemalasan untuk memasak serta kemalasan untuk memikirkan juadah makan hari ini, bolehlah mencuba masakan ini.

Bahan utama :
ikan yang telah digoreng bersama kunyit,garam dan sedikit cili boh.

Bahan untuk sambal kicap:

1/2 ulas bawang merah-dimayang


4@5 biji cili padi - dipotong nipis


kicap masin


sedikit gula

limau nipis @ cuka



bahan-bahan yang digunakan juga ringkas dan senang untuk didapati.

ini pula adalah ikan yang akan digoreng.



sambil-sambil menggoreng ikan, korang semua bolehla menyediakan sambal kicap ni. Campurkan bawang merah yang telah dimayang,cili padi yang telah dipotong, kicap masin, sedikit gula dan limau nipis ke dalam mangkuk dan  kacau sehingga gula hancur. Kemudian rasa.

setelah ikan telah siap digoreng, korang cuma perlu taburkan kicap tadi ke atas ikan goreng tersebut dan siap! biarkan sekejap supaya rasa kicap meresap ke dalam ikan.

hasilnya :
Ikan goreng sambal kicap yang siap untuk dimakan! cuba tau!=)

Ikan goreng bersama sambal kicap


Monday, September 3, 2012

Resepi : Burger Bakar


Lama sungguh tak menulis kat sini, maaf dipinta kepada semua. Haha. Hari ni aku nak cerita pasal resepi sebab rasanya dah lama aku tak letak resepi kat sini. Tokey kedai kedekut sangat nak letak resepi ayam berempah dia.

Semenjak dua menjak ni, perasan tak yang burger bakar semakin popular? di sana ada, di sini ada, di sinun pun ada. Ibarat orang pakai smartphones, kita pun kena pakai smartphones. Nampak perumpaan yang aku bagi? Terbaik bukan.

Jadi aku membuat keputusan untuk memberi resepi burger bakar kepada hampa semua, bukan apa, boleh jimatkan duit korang jugak. Burger bakar boleh dikategorikan sebagai makanan yang mewah juga, lebih-lebih lagi kepada para student.

Aku mendapatkan resepi ini setelah menuntut dengan seorang yang dikatakan masterchef (identiti terpaksa dirahsiakan) di kampung halaman ku iaitu Taman Segambut (SPPK), Kuala Lumpur.

Bahan- Bahan :


  1. Daging Kisar (Kalau minat ayam, boleh pakai ayam)
  2. Bawang sebanyak yang korang suka
  3. Telur ayam
  4. Sos BBQ
  5. Oregano
  6. Blackpaper (Tak kisah yang nak kena tumbuk ataupun yang macam ajinomoto)
  7. Whitepaper(Sama seperti di atas)
  8. Keju
  9. Garam
  10. Seasoning(atas pilihan masing-masing hendak atau tidak)
  11. Tomato
  12. Lobak merah
  13. Salad


garam

Daging kisar

bawang merah

telur ayam

keju


Selagi korang semua tak dapat bahan-bahan kat atas, jangan teruskan pembacaan di bawah kalau nak buat burger bakar ni.

Dah dapat bahan-bahan semua tu kan? Bagus-bagus. Ni suka kat korang ni. Hehe.

Untuk memudahkan kerja korang semua di kemudian masa, korang lakukan seperti

Asingkan salad
Ratakan bawang di atas daging kisar tadi
Pastikan arang sudah dinyalakan terlebih dahulu

Pecahkan telur dan letak seperti dia atas

Ratakan telur



Letak sos BBQ, lada hitam, lata putih, aragano

Letak garam

Akan jadi gini

Kemudian gaulkan sehingga sebati

Dan asingkan seperti ini.

Pastikan arang masih menyala

Bentukkan daging tadi seperti ini atau kehendak korang

Dan bakar.
peringatan untuk sesiapa hendaak mencuba, pastikan yang korang ni nak jenis setengah masak ataupun masak sampai hangus. Sebab tempoh pembakaran bergantung pada jenis yang korang nak. Ingat tu.

Bila dah mencapai piawai yang korang suka, apa lagi angkat dan makan la. Haha.










Enjoy your burger bakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...