Sempena dengan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menentang Indonesia di Sukan Sea, Mr.Kriuk telah memilih untuk mempersembahkan Jeng.jeng.jeng.jeeennngg.
RESTORAN WONG SOLO
No.8G & 10G,
Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor.
sebelum ke sini, pelbagai cerita Mr.kriuk dengar daripada Mrs.Kriuk tentang Nasi Ayam Penyet di restoran ini, tambah kalau korang ingat Kriuk n Krouk ada nak cuba restoran ini tapi penuh jadi Kriuk n Krouk pergi ke
Restoran Ikan Bakar Bubu sebelum ini kan.
Jadi memandangkan Mr.Kriuk dapat bonus dari uncle, Mr.Kriuk lantas membuat keputusan untuk mempelawa Mrs.Kriuk ke restoran ini..Setelah cucuk duit, Mr.Kriuk pun sampai ke restoran ini.
 |
| Kelihatan satu couple menikmati makanan di restoran ini berlatarkan Restoran Ikan Bakar Bubu ketika sampai. |
Setelah duduk di atas kerusi, Mr.Kriuk didatangi pelayan yang agak so-so tahap bahasa MALAYSIA beliau, mungkin beliau pelayan import daripada Indonesia. Menu diberikan.
 |
| Menu 1 |
 |
| Menu 2 |
 |
| Menu 3 |
 |
| Menu 4 |
Kriuk datang masa petang alah nak ke maghrib, jadi restoran belum betul-betul full. Ada la beberapa meja yang tak de orang lagi. Dari segi kebersihan, Kriuk kadang-kadang terpikir gak kenapa meja mesti melekit?anyone?
Setelah beberapa lama (tak lama pun), menu yang dipesan sampai.
 |
| Limau Panas (tu sudu besar) |
 |
| Air Buah Mangga |
 |
| Bersama Air Kosong |
Cuba korang bayangkan, masa kriuk tengok menu untuk order, apa yang kriuk perasan ialah harga macam terlampau mahal walaupun untuk sekadar air. Tetapi bila air sampai, Kriuk paham. Yela, korang bayang jela Limau panas kriuk bagi dalam gelas besar macam siap pakej sudu makan biasa.huhu. Tapi air kat sini memang betul pailang rasa dia. Sedap. Jujur dari seorang yang cerewet tentang air.
Kemudian.... Main event pun sampai iaitu Nasi Ayam Penyet Wong Solo. Kriuk macam terkilan pulak sebab Mrs Kriuk pun ambil menu yang sama, jadi tak dapat rasa menu lain.hehe.. Insyallah jika ada rezeki, Kriuk nak try menu yang lain jugak.
 |
| Nasi Ayam Penyet 1 |
 |
| Nasi Ayam Penyet 2 |
 |
| 2 Nasi Ayam Penyet |
Kalau korang ingat, Kriuk pernah bagi resepi nasi ayam penyet sebelum ni tapi macam tak sama je..haha anyway, apa yang menarik kat sini kepada peminat makanan yang pedas, sila la cabar diri anda untuk memakan sambal nasi ayam penyet ni. Kenapa?kriuk pun menyerah kalah tuu..pedas dia macam *#@%
tau tak...haha
 |
| Kriuk bajet power boleh tahan.haha |
 |
| Tak dipandang |
Kelihatan Mrs.Kriuk sedang mencuba di situ.
 |
| Percubaan memasukkan sesudu nasi |
Setelah beberapa minit, saat dan detik.
 |
| Pinggan Kriuk yang makan macam setan lapar |
 |
| Pinggan Mrs.Kriuk yang sungguh ayu ketika makan |
 |
| Ayaq yang besar pun habis sebab pedas.hahaha |
OK.Perut dah kenyang, hati dah puas.abis tak reti-reti nak bayar ke?hehe..
 |
| Nampak tak harga?rasanya macam RM36.40 kan?or lebih actually? |
So, for those food, Kriuk mengeluarkan perbelanjaan sedemikian. Pada pendapat korang yang humble. Berbaloi tak?hehe..SEKALI SEKALA boleh la..
 |
| Ketika Malam. |
Jadi, pada yang tak kisah mengeluarkan perbelanjaan yang lebih janganla segan untuk ke Restoran Wong Solo. Semoga segala makanan yang dimakan menjadi sumber-sumber zat yang diperlukan sebelum menjadi bahan buangan.Terima Kasih...