Saturday, November 5, 2011

Tempat:Ikan Bakar Bubu




No 59,
Jalan Plumbum p7/p,
Pusat Komersial Seksyen 7,
Shah Alam, Selangor.

Para pelakon : Kriuk and Mrs, Krouk, pelayan restoran, pelanggan, orang lalu lalang dan tuan kedai kot.

Situasi dimana pada suatu ketika kami baru balik dari berjalan-jalan di bandar Shah Alam, perut tiba-tiba lapar jadi kami membuat keputusan untuk makan.yela kalo lapar takkan tidur pulak kan.

Krouk pada mulanya mengidam Mcd di mana beliau sangat menyukai kentang katanya. Tiba-tiba selepas solat maghrib di Sacc Mall, mungkin selepas mendapat hidayah beliau mengubah fikiran dengan mengatakan Mcd selalu sangat dah, lagipun lapar nasi. Jadi kami membuat keputusan untuk bergerak ke arah Restoran Wong Sol di pusat komersial seksyen 7 yang baru. Tibanya kami di sana, hampa dan pasrah melihat restoran tersebut penuh dengan umat manusia yang sedang menjamu selera dengan penuh selera dan mungkin memikirkan harga yang akan dibayar setelah selesai menjamu selera.

Restoran misteri yang belum penuh.
Jalan di mana restoran tersebut berada.


Memandangkan restoran tersebut penuh, dalam kepeningan kami terlihat sebuah restoran baru yang masih kosong. Lantas kami berjalan ke arah restoran tersebut dan ternyata sememangnya restoran tersebut masih terdapat kekosongan. Jadi setelah memilih sebuah meja di sebalik tiang, kami duduk. Dengan sabarnya kami menunggu pelayan mengambil pesanan dari kami.

Abang pelayan
Beliau menghulurkan menu kepada kami untuk memilih juadah yang ingin dijamu.

Muka surat 1

Muka surat 2

Muka surat 3

Muka surat 4
Setelah penat memikirkan, kami telah memilih dua jenis ikan bakar iaitu ikan pari dan ikan siakap bersama ulam-ulaman (Mr Kriuk suka ulam), telur dadar dan pucuk paku masak. Nasi putih diorder 3set kerana kami bertiga.

Makanan yang diorder telah sampai.



Ikan Siakap Bakar

Ikan Pari Bakar

bersama yang lain
Apa yang boleh dikomen, kuah ikan bakar tu pada kriuk okla berbanding kuah di restoran sekinchan ikan bakar.

Bukti 1: pinggan Mr.Krouk licin

Bukti 2: pinggan licin tapi Mr.Krouk masih menghisap-hisap jari.

Bukti 3 : Mr.Krouk mencari-cari ikan bakar yang berlebihan untuk diratah.

Bukti 4: Licin.

Bukti 6 : Licin.


Yang ni tak boleh kata apa la, Mrs. Kriuk kalau makan memang selalu  camni.

LICIN

LICIN

Ulam tak laku sebab kedai ni sangat kedekut untuk menyediakan  sambal.

Keadaan restoran.

Masyarakat yang lalu lalang.


Pelanggan yang ingin menjamu selera bersama seisi keluarga.

Mr.Krouk senyum kegirangan kerana puas makan di sini...

Konklusinya restoran ini, boleh banyak memperbaiki apa yang kurang seperti ulam, air, layanan. Pada kriuk jangan la terlalu mementingkan keuntungan kerana apabila pelanggan puas, duit mesti akan masa punya.

9 comments:

  1. wah.. mnyelerakan.. lapar tengok.. hehe

    ReplyDelete
  2. Aduh...terliur nya tgk mlm2 ni...nk g try nnt..

    ReplyDelete
  3. dah try,mengecewakan..rasa macam ketuk-ketuk ramadhan

    http://www.eyriqazz.com/2012/07/berbuka-puasa-di-restoran-ikan-bakar.html

    ReplyDelete
  4. bro ryriazz.dari segi harga, masa singgah hari tu memang agak mahal sikit.

    ReplyDelete
  5. Sangat sakit hati..ak order kerang bakar,dah la harga rm8 sebakul kecil..xpela lg sbb ak nk jgk,lgpon pelanggan tak ramai..tp yg tak blh tahan,stengah jam tunggu..g tanya pelayan tu blh ckp aku kansel order..dg muka tak bsalah dn tak minta maaf pon..mjr ak xtggu smpai sejam..klau xpk pnjg,mau ak tabur kerang mentah tu..

    ReplyDelete
  6. bro anon. rilek2..kita nak ngadap rezeki.hehe.. byk pulak review tak elok dari customer untuk kedai ni...

    ReplyDelete
  7. mmg mahal giler!!sgt2222222 x berbaloi...kalau u all bwk duit sikit baik x pyh masuk kedai ni..nk byr pun ngeri order biasa2 jer tp kena smpai kat RM100..dah la tggu lama msk xsdp plk tuuu!!mmg menyakitkan hatiiiii

    ReplyDelete
  8. alamak. kena bash kedai ni..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...