Monday, July 16, 2012

Jaja Cafe, Seksyen 23,Shah Alam

alamat :
no 18A, Jalan Pelabur A23/A,
Seksyen 23, 40200 Shah alam
Selangor darul ehsan.

logo Jaja Cafe

Kami memilih Jaja Cafe yang terletak di Seksyen 23, Shah Alam sebagai tempat makan malam kami atau dalam sebutan lain "dinner". Dengar cerita dari seseorang yang sup kat Jaja Cafe ni sedap. Jadi, kami pun nak cubalah rasa kesedapan sup disini. Jaja cafe ni juga ada menghidangkan Nasi lemak bersama lauk yang akan dimasak setelah membuat pesanan. Tempat ni senang je nak cari. Kalau korang semua tahu kat mana Uptown shah alam, tak susahla nak cari tempat ni.. Tempat ni berhampiran dengan Carrefour seksyen 23 shah alam, dekat dengan kawasan perumahan.

Ini adalah antara menu-menu yang disajikan di sini.

Pelbagai jenis nasi goreng

Telur yang dipelbagaikan masakannya

keseluruhan menu makanan
kepelbagaian menu minuman yang tak nampak kejelasannya..maaf ye.

Seperti biasa, apabila sampai dan memilih tempat duduk, pelayan akan mengambil order la kan. Untuk minuman, kami memesan Milo ais dan Asam boi. Untuk satapan makan malam pula, kami memilih nasi putih, sup campur, ayam goreng kunyit dan telur dadar. 

Milo ais yang ok la..

air asam boi yang tak rasa asam boi.
nasi putih yang agak sejuk, rm 1.30

sup campur yang mengandungi ayam,daging,sotong,udang,tomato,batang saleri,bawang dan lain-lain bahan

telur dadar yang berharga RM1.00 (harga pada menu)

ayam goreng kunyit yang berharga RM4.00

keseluruhan hidangan kami
Setelah menikmati kesemua hidangan yang dipesan,sup campur yang disajikan tidaklah sehebat yang dikatakan oleh seseorang tetapi sup yang disajikan ok, cukup rasa masam,masin semua. Nasi putih yang dihidangkan tidak panas dan agak kurang selera nak makan sebab penulis biasanya makan nasi panas-panas. Telur dadarnya biasa saja dan ayam goreng kunyit sedapla jugak. Servis kat sini ok tapi macam kelam kabut. Mereka tersalah hantar order air dan air yang sepatutnya dihantar, krew JMM dapat agak lambat. 

Total keseluruhan makanan : RM 17.60. Harga sup campur gagal dikenalpasti.

Tapi, kami nak suggest korang semua try nasi lemak kar sini sebab lauk-pauk yang dihidangkan bersama nasi lemak semuanya panas-panas dan sedap. Tak rugi kalau korang cuba nasi lemak kat sini. 

Western di Tupai-tupai


tupai-tupai shah alam sedia maklum terkenal dengan steamboatnya. jadi untuk merasai kelainan dalam hidangan, crew jom makan-makan telah menerai western di restoran tupai-tupai.


ini adalah senarai order bagi makanan western (barat) di tupai-tupai shah alam. gua telah mencuba macam biasa, chicken chop. ini adalah kerana asas kepada makanan barat di mana-mana restoren pon adalah chicken chop. ia ibarat benchmark bagi makanan barat yang lain. kalaw sedap chicken chop tu, sedapla makanan barat yang lain. itu adalah pandangan peribadi gua. kalaw anda mungkin berbeza. 


presentation nampak macam ok. rasanya pula agak sedikit mengecewakan kerana disyaki ayam yang digunakan adalah ayam lama. sedikit rasa lain macam. tapi yang menariknya kentang goreng yang disediakan adalah dalam kuantiti yang banyak. kuah black pepper juga rasa so-so jer. mungkin next time boleh dipertingkatkan lagi kot. 


air yang disediakan, jus buah-buahan menggunakan kordial, agak mengecewakan. 


nasi goreng black pepper. tunggu reviewnya oleh salah seorang crew jom makan-makan.


koew teow kungfu. 

kesimpulanya, dekoration di tupai-tupai sangat menarik, tapi hidangan yang disediakan (makana barat) agak mengecewakan. bukan speciality mereka barangkali kerana kebanyakan pelanggan yang datang kesini kebanyakan untuk makan steamboat sahaja. kepada tokey tupai-tupai, upgred skit ok western food anda. 








Nasi Bukit Padang Jawa

Bagi student-student yang amat mementingkan nilai kewangan demi perbelanjaan seharian, mereka selalunya akan memilih sesuatu berdasarkan harga murah dan banyak. untuk mendapatkan makanan yang murah dan banyak, selalunya agak sukar kerana pakcik mat pon akan gulung tikar kalaw nak benda banyak, tapi bayar sikit jer. balik modal pon tak dik non oii..

justeru krew jom makan-makan telah mengexplore satu tempat yang amat sesuai bagi student-student semua terutamanya disekitar shah alam. dimana tempat yang dimaksudkan menawarkan kuantiti makanan yang banyak dengan harga yang berpatutan jugak la kata owner dia.

Mempersembahkan, Nasi Bukit.


bukit dibandingkan dengan segelas cawan plastik. betoi dak penjodoh bilangan tu. 


Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, nasi bukit padang jawa juga tersenarai dalam location di facebook dan juga foursquare. Jadi nak cari location just type Nasi Bukit Padang Jawa jer.

Pernah juga teori mengatakan, siapa yang berjaya menghabiskan nasi bukit ini, memang tahap kelaparan dia sangat tinggi. Justeru boleh dianugerahkan gelaran Pak Bukit. 

Harga RM4.50.




Mc Donalds

Kepada pencinta berger sejati, mesti kalian semua tahu dengan restoran makanan segera yang berasal dari timur tanah air ini iaitu, Mekdi.

Tetapi bukan itu yang gua maksudkan pada review kali ini sebab hasil dari risikan krew jom makan-makan, asalnya Mekdi restoran makanan segera yang terdapat di kelantan di daerah pasir mas, adalah berasal dari restoran makanan segera yang agak otai di sebelah barat bumi iaitu, Mc Donalds ataw nama glemer yang diberikan oleh pelajar universiti yang bajet urban tapi guna duit loan untuk melantak Mc Donalds iaitu McD.

Tidak bagi penulis, yang mendapat sponsership dari hakimi holding untuk mereview berger di Mc D, penulis mengambik langkah bijak dengan mengorder Mega Mc. Alang-alang nak makan Mc D katanya.



Mega Mc yang berasal dari spesis Big Mc adalah evolusi kepada permintaan tinggi kaki melantak Mc D yang menyatakan kalaw taruk 4 keping daging lagi masyuk. Justeru itu Mc D terpaksa akur dengan mewujudkan menu baru tersebut.

Big Mc pada harga Mc Value Dinner adalah RM 8.95. Mega Mc pula pada harga Mc Value Dinner RM11.95.


Dihidangkan bersama kentang bagi pengila kentang atau mat kentang.


Mc Chicken nugget.  6 ketoi = RM6.19


Juga disediakan plag untuk memelag peralatan elektrik dan wifi untuk mewifi.



Saturday, July 7, 2012

Cendol depan TAMCO, Bukit Raja, Klang


Cendol. Siapa tak tahu apa itu cendol. Baik mati sekarang. Seriously, duduk di Malaysia. Tak kenal cendol? Ok, aku minta maaf atas ayat tadi. Biasalah, orang ikut perasaan memang gitu. Tak sedar diri sikit.

Cendol. Memang famous kat Malaysia, lebih-lebih lagi ketika musim panas. Kan? So, kat area sekitar Shah Alam ni ada satu cendol yang memang tip-top. Di manakah kedudukan cendol itu berada?

Click jika ingin pembesaran. Kedudukan cendol ditanda merah.
Kalau tahu i-City, kedudukan cendol dah hampir dengan i-City. Ianya berhadapan dengan kilang TAMCO iaitu di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang. Mereka ada menyediakan pelbagai jenis cendol termasuklah cendol biasa, cendol pulut, cendol tapai dan lain-lain. Selain itu, mereka turut menyediakan laksa utara yang terbaik dari ladang dan air oren.

Mereka yang menjual cendol


Penantian itu satu penyeksaan.
Kami, crew Jom Makan-makan telah memilih hanya satu jenis cendol iaitu cendol pulut. Kerana apa? Cendol biasa terlalu biasa pada crew JMM, manakala cendol tapai pula tidak kena pada perut kami.

Minta sangat kepada rakyat Malaysia, kalau dah nampak orang beratur tu bagilah peluang pada orang tu dulu. Kau dah lah baru sampai, pastu potong turn orang. Tolonglah berfikir, pihak kami tidak kisah jika anda seorang yang kelainan upaya, ibu mengandung ataupun warga emas. Please respect orang lain.

Menarik bukan?
 Walaupun nampak begitu, tetapi hakikatnya cendol ini memang cukup rasa. Cendol, lemak, manis semua cukup. Tiada yang kurang, tiada yang lebih.




Kepada peminat-peminat cendol, wajib cuba. Untuk yang nak menghilangkan haus di tekak, juga boleh cuba. Tak menyesal. Harga pun berpatutan. Untuk dua cendol pulut kami crew JMM dikenakan RM3.60 sahaja. Murah kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...