Saturday, September 17, 2011

Thai Fusion Steambot

Sebentar tadi krouk pergi berjalan-jalan bersama Kriuk di PKNS Shah Alam dan PAS Shah Alam. Kriuk mahu beli kasut futsal. Dari semalam lagi Kriuk mencari kasut futsal idamanya. Pusing punya pusing, Kriuk telah membeli sepasang kasut futsal jenama JOMA. Selesai pencarian kasut kriuk.

Berbalik kepada tajuk diatas, Krouk dan Kriuk bersama seoarang lagi kawan kami telah singgah sebentar di Thai Fusion Steambot untuk menikmati makanan tengahari. Kami tertarik untuk makan disitu disebabkan terdapat tawaran set Chicken Chop RM8.90. He He.

thai fusion steambot
Kriuk dan krouk kehairanan disebabkan tiada pelanggan lain kecuali kami bertiga yang makan di restoran tersebut. setelah setengah jam, barulah ada pelanggan lain yang datang. hilang sedikit kecurigaan tentang restoran ini. =P
kami bertiga mengorder set chicken chop berserta air pilihan masing-masing.

kriuk dan krouk memilih chicken chop topping black pepper.

sementara itu kawan kami memilih chicken chop topping black mushroom.

Rasa chicken chop itu agak sedap. tapi yang tak sedapnya adalah terdapat 6% goverment tax dan 5% service tax. Patutlah tak ramai yang datang makan di kedai ini. =P





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...