Friday, September 9, 2011

Resepi : Mee segera goreng

mee segera.












Sangat sedap.
saya ialah magee. saya boleh ditemui di kedai-kedai runcit berhampiran anda. Student amat sukakan saya kerana harga saya yang murah dan berpatutan. antara resipi yang menarik boleh dimasak bersama saya adalah magee goreng seperti dibawah:

























Bahan-bahan ( resipi ni mmg utk sorang jek )



  1. Sebungkus mee segera (jenama Maggi perasa kari) direndam bagi kembang.
  2. 5 ekor udang besar
  3. Sebiji bawang merah (cincangkan)
  4. Seulas bwg putih (cincangkan)
  5. 3 Biji cili padi
  6. 5 Keping lobak merah (dipotong bulat)
  7. 2 Pokok sawi bunga (dipotong)
  8. Sebiji telur
  9. 1 Sudu makan minyak masak
  10. 1 Sudu makan kicap manis
Cara-cara



  1. Masak air panas sampai mendidih, rendamkan mee segera. Untuk resipi ni saya guna mee segera jenama Maggi perasa kari.
  2. Cincangkan bawang putih dan bawang merah. Ketuk juga cili padi yg 3 biji tadi
  3. Panaskan kuali dan minyak masak. Tumis bawang yg dicincang dan juga cili padi.
  4. Masukkan udang yang telah dibersihkan, lobak merah dan batang sawi tadi. goreng sekejap. Bila udang separuh masak, masukkan pula perencah kari tadi.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan masak sambil digaul sesekali. Masukkan mee segera yg telah direndam tadi dan juga daun sawi. balik2 kan dan siap dihidangkan
p/s:- dah tak yah letak garam sebab perencah tu dah cukup masin bagi saya la... kalau tak cukup masin tambah la ye

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...