Big Plate
No. 27, Jalan Alfa F U6/F
Pusat Perdagangan Subang Permai
Shah Alam
Jalan nak ke restoran ini (kalaw dari Shah Alam)
1. Ok, naik Federal highway, menghala ke Kuala Lumpur.
2. Exit di simpang nak ke Sungai Buluh
3. Lepas exit, straight naik highway ape entah tak taw. Exit sebelum tol Guthrie.
4. Ikut jalan lama ( jalan biasa) nak ke Sungai Buluh.
5. Akan sampai di satu simpang 4, kanan nak ke pekan Subang kot, kiri nak ke kelab golf Monterez. Nak kenal simpang 4 tu, sebelah kiri simpang 4 tu ada highway Guthrie. Boleh nampak flyover dia. Itu sign yang paling senang nak kenal simpang 4 tu.
6. Belok kanan, dalam 500meter belok kiri, turun bukit.
7. Lepas turun bukit, belok kiri lagi, pastu 20meter kehadapan belok kanan.
8. Straight jer sampai nampak restoran Big Plate sebelah kanan. Boleh cari parking dah.
Big Plate adalah restoran Western semata-mata. Jadi jangan pesan nasi goreng belacan pula ya disini. First impression Krouk dengan restoran Big Plate ni, tengok decoration dia, macam biasa-biasa jer. Krouk masuk dan ambil seat yang best. Masa Krouk datang, mungkin restoran ni tak cukup kaki tangan kot, masing-masing kalut buat kerja sambil muka tensen jer. Maklumlah ramai orang sama. Sampai nak ambil menu pon Krouk kena panggil. Tak apalah, boleh dimaafkan sebab mungkin tak sempat kot kan deorang nak layan, nak buat kerja lagi.
Krouk dengan member order:
1. Oxtail Soup
2. Chicken Subang.
3. Cheezy Chicken.
4. Wedges
Ini adalah Oxtail Soup. First sekali dish yang sampai. Soup yang disi didalam roti keras. Ape yang Krouk boleh katakan, ini sangat sedap dan patut dicuba oleh sesiapa sahaja yang datang ke Big Plate. Soup dia rasa black pepper sikit, roti yang kat tepi tu boleh buat cicah dulu soup dia sementara menunggu dish yang lain sampai.
Ini chicken Subang merangkap chicken chop. Krouk tak habis makan sebab kuantiti ayam dia besar pastu kali dua. maksudnya ada dua ketul ayam lah. Sangat sesuai bagi manusia yang lapar sangat, dan tak kisah dengan makanan berminyak. Krouk asal ada minyak jer tak boleh makan banyak sebab pening kepala nanti.
Ini pula, Cheezy Chicken. Chicken dia taruk cheese, pastu gril or bakar tak pasti. Tapi boleh tahan jugak rasanya. Dihidangkan sekali dengan mashed potatoes, sayur-sayur lain. Krouk kalaw 2nd time datang lagi nak try yang ini pulak. Member Krouk makan habis, tak sempat nak merasa. Haha.
Ini pencuci mulut. Disebabkan main dish masing-masing ada elemen kentang, jadi pencuci mulut ini tak dilayan sangat. Masa order, Krouk pilih ni bajet sebab macam wedges kat KFC. Rupanya tak pon, tak apalah, at least Krouk dah mencuba dan merasa sendiri. Krouk bab kentang ni memang favourite!
Kesimpulanya:
Makanan: 8/10. Sedap-sedap jer.
Servis: 6/10. Kurang staff kot.
Environment: 6/10. Deco la bagi lawa sikit.
Price: 7/10. Nak kata mahal pon, kuantiti banyak. jadi so-so la.





tu dia.2 trus..
ReplyDeleteWAH !
ReplyDeletepergi makan luar tiap minggu ke apa.
dia biasala..tengok tempat sudah...
ReplyDeletewah... nyum3....
ReplyDeletemmg sgt byk makanan dier...
ReplyDeleteboleh tahanlah.huhu
ReplyDelete