Monday, October 8, 2012

Nasi Padang Ibu, Jesselton Point, Kota Kinabalu, Sabah




Nasi Padang Ibu. Restoran Asli Indonesia


Nasi Padang Ibu

Alang-alang melancong ke sabah, bolehlah nak update tempat-tempat makan kat sana. Balik sahaja dari pulau manukan, aku singgah makan di restoran nasi padang ibu. Restoran ini menarik sebab restoran atas air, bolehlah nak tengok pemandangan laut dan bot-bot di sekitar.Jadinya, tempat ini agak menarik juga dari segi pemandangannya. Disini, korang boleh pilih samaada nak makan di dalam restoran yang berhawa dingin atau makan diluar restoran sambil dibuai angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa. 



Antara menu-menu disini










Di bawah pula adalah makanan yang menjadi pilihan santapan tengahari kami. 

Daging Dendeng Basah

Pegedil Kentang

Paru Goreng
Pecal
Sup Tulang
Carrot Susu
Coke Float

Apple

Mango

Kesimpulannya, air buah disini sedap cuma makanannya terlalu mahal. Jumlah kesemua hidangan tadi melebihi RM100. Hidangan makanan yang aku suka cuma daging dendeng basah sahaja. Yang lain tidak memenuhi selera. Ramai pelancong yang berkunjung ke kedai ini setelah habis melewati pulau di sekitarnya.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...