Saturday, October 6, 2012

Nasi Lemak Restoran Dee Zarifah, SS15 Subang Jaya



Anda masih ingat pada entry kami yang lepas mengenai restoran ini? Restoran apa?

Restoran Dee Zarifah. Di mana?

No 33,
Jalan SS15/4,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

Sebelum ini, kami crew Jom Makan-makan menjamah Kueh Tiow Kungfu dan Nasi goreng kerabu dan ianya sememangnya mantap. Anda semua dah try belum? Busy? Restoran ini dibuka daripada pagi sampai ke malam. Takkanlah tak dapat nak cari masa untuk cuba kan?

Ok, itu cerita lama. Kali ini aku nak cerita yang mana aku berpeluang mencuba nasi lemak restoran ini. Restoran ini menyediakan beberapa jenis makanan pada waktu pagi seperti nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, roti canai dan kuih muih selain daripada nasi lemak. Harganya pula boleh dikatakan standard bagi sebuah restoran di kawasan pusat bandar Subang Jaya.


Nampak ok kan? Pada aku, untuk menjadi sebuah nasi lemak yang mantap ianya memerlukan nasi itu berlemak, sambal yang pedas kaw pailang, ada ikan bilis dan kacang. Yang paling-paling aku pentingkan semasa makan nasi lemak ialah TIMUN. Yes, timun. Ianya wajib fresh dan tidak lembik sebab kalau lembik ianya sangat-sangat tidak ada feel makan nasi lemak itu.

Dan pada aku, di sini sambal memang pedas, ada ikan bilis dan kacang. TIMUN sedap. Nasi pun dah berlemak dah tapi masa aku makan tu ada satu yang kurang. Tau tak apa? Mestilah tak tau sebab aku yang makan kan? Yang kurang masa tu ialah nasi tu sedikit keras. Aku tak tahula itu memang resepi bagi restoran Dee Zarifah ataupun mereka tersilap pengiraan semasa menanak nasi tersebut.

Jadi jikalau diberi markah daripada 5, aku cuma boleh bagi 3 sahaja kerana 2 markah memang kepada nasi sahaja. Dan jika dibuat perbandingan antaran nasi lemak yang telah dicuba oleh aku dan mungkin crew JMM yang lain, kedudukan nasi lemak ini berada di kedudukan paling rendah. Bukanlah kerana tak sedap tetapi kerana nasi itu sahaja.

Aku dikenakan sebanyak RM3.00 sahaja untuk nasi lemak dan telur mata goreng itu.

Anda bolehlah mencuba nasi lemak itu sendiri. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...