Sunday, November 11, 2012
Jawapan daripada pihak IKEA
Baca ini terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut.
Baru-baru ini kami menerima komen daripada seseorang yang menggelar dirinya Anonymous. Kenapa dia digelar itu tidaklah crew Jom Makan-makan tahu. Mungkin kerana dia salah seorang geng hacker yang terkenal ataupun dia tidak tahu bagaimana untuk mendaftar dirinya di google ataupun dia memang tiada nama. Kami crew JMM memang tidak tahu.
Seperti yang korang boleh baca di atas, dia menyuruh kami check terlebih dahulu ada halal ataupun tidak, daging yang digunakan daging apa dan mengatakan janganlah crew JMM terlalu bodoh mempromosi sesuatu tanpa usul periksa. Malahan dia merasa sedih kerana terdapat ramai melayu yang makan di situ.
Walaupun isu ini telah mula berbunyi pada awal tahun lepas di mana ada yang mengatakan meatball itu tidak halal, diperbuat daging babi dan bla bla bla bla. Pihak IKEA terus menutup medan selera mereka dan dikhabarkan terus melakukan proses samak. Korang boleh try google untuk cari balik cerita pasal ini.
Selepas mendapat komen tersebut, aku terus menghantar pertanyaan kepada pihak JAKIM dan IKEA sendiri untuk mendapat kepastian. Setelah menunggu hampir seminggu, akhirnya aku mendapat maklum balas daripada IKEA. Korang boleh baca apa yang ditulis oleh IKEA sendiri. Aku tak tukar apa-apa langsung.
Untuk itu, kami berharap ianya dapat memuaskan hati pihak anonymous. Aku tak tahu kenapa aku mendapat jawapan dalam english sedangkan aku menulis dalam bahasa Malaysia. Tapi itu tidak penting.
Terima kasih kepada pihak anonymous kerana concern terhadapa makanan yang dipaparkan oleh kami. Cuma, crew JMM berharap pihak anonymous berlaku adil kepada semua restoran di Malaysia ataupun dunia. Tidak semestinya halal dan haram itu hanya melibatkan bahan yang digunakan untuk masakan tersebut. Cara mendapatkan bahan itu, cara menjual, kebersihan dan lain-lain. Mintak tolong pandang dari semua aspek.
Terima Kasih. Kami akan update setelah mendapat jawapan daripada pihak JAKIM pula.
Labels:
Pengumuman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



tahniah kepada pihak crew jmm krana telah berusaha soal dan selidik pihak yg berkaitan. sbb ramai antara kita, bila dgr sesuatu khabar berita, terus percaya tanpa selidik terlebih dahulu...
ReplyDeleteterima kasih pha is. insyallah kami akan buat yang terbaik.
ReplyDelete:)
Memang perlu ada imbalbalas semua pihak. X kesah lihat satu sudut atau dua sudut atau apa apa pun. Memang kene ade kepekaan. Banyak isu lagi sebenarnya. Tapi xpelah. Sekurang2nya kte ambil kire kesucian menurut agama Islam. Sbb hati itu ditempa olh makanan. Semoga. Bila hati cerah sikit. Kte akan bukak isu yg lbh besar demi keselamatan yg kekal abadi. Amin ..... Jagalah apa yg kte makan ye ... Semoga berkat. Amin ya rabbal 'alamin
ReplyDeleteinsyallah..
ReplyDelete