Monday, November 26, 2012
Nasi Lemak Betul-betul Depan Shell, SS15 Subang Jaya
Bapaklah, lagi panjang tajuk aku kali ini tapi nak buat camne. Itu je description paling senang untuk korang faham. Cakap panjang pun tak guna kan.
Korang ingat tak Nasi Lemak Depan Shell, SS15 Subang Jaya yang pernah aku bagitahu sebelum ni? Kalau tak ingat atau tak pernah baca, boleh click link tu.
Kali ni, muncul gerai nasi lemak baru yang menyayangi gerai itu. Gerai nasi lemak kali ni betul-betul berhadapan Shell situ. Diusahakan oleh sepasang suami isteri yang muda-muda tua. Aku tak tahu umur sebenarnya. Lingkungan 35-40 kot.
Tak nampak pulak isteri abang tu. So, kalau nak senang, korang boleh cari papan tanda yang kat belakang abang tu. Haha.
Pernah aku kata nasi lemak yang perfect bagaimana bukan? Boleh rujuk entry-entry lama daripada kami. Nasi yang berlemak, sambal yang pedas pailang, ada kacang, ikan bilis, timun dan telur rebus. Itu adalah nasi lemak yang sebenar dan perfect.
Korang dah usha kat atas? Kalau perhatikan betul-betul dan setelah merasa sendiri nasi lemak ini, boleh dikatakan hampir sempurnya. So, apa yang tak sempurnya pulak? Diorang tak sediakan IKAN BILIS.
Itu sahaja. Aku dikenakan RM2.50. Sama sahaja seperti nasi lemak akak depan shell sebelum ni yakni jiran abang ini.
Nasi lemak abang ni boleh dikatakan ok. Nasi ok, sambal pedas, telur ada, timun ada, kacang pun tak hangus. Kalau ada ikan bilis, mungkin lebih mantap.
Jadi, korang boleh try sendiri guna lidah dan mulut korang sendiri di sana. Selama mencuba. Pada aku, korang pasti tidak akan hampa.
Labels:
Makanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




esok pagi aku cari. selalu beli yg tang nak masuk allianze bank tu
ReplyDeleteok.selamat mencuba. tapi kena tengok yang mana satu.ada dua tau kat situ.
ReplyDelete:)
ni page diorg www.facebook.com/nasilemakss15
ReplyDeleteterima kasih.
Delete