Thursday, November 17, 2011

Restoran Wong Solo

Sempena dengan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menentang Indonesia di Sukan Sea, Mr.Kriuk telah memilih untuk mempersembahkan Jeng.jeng.jeng.jeeennngg.



RESTORAN WONG SOLO
No.8G & 10G,
Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor.

sebelum ke sini, pelbagai cerita Mr.kriuk dengar daripada Mrs.Kriuk tentang Nasi Ayam Penyet di restoran ini, tambah kalau korang ingat Kriuk n Krouk ada nak cuba restoran ini tapi penuh jadi Kriuk n Krouk pergi ke Restoran Ikan Bakar Bubu sebelum ini kan.

Jadi memandangkan Mr.Kriuk dapat bonus dari uncle, Mr.Kriuk lantas membuat keputusan untuk mempelawa Mrs.Kriuk ke restoran ini..Setelah cucuk duit, Mr.Kriuk pun sampai ke restoran ini.

Kelihatan satu couple menikmati makanan di restoran ini berlatarkan Restoran Ikan Bakar Bubu ketika sampai.
Setelah duduk di atas kerusi, Mr.Kriuk didatangi pelayan yang agak so-so tahap bahasa MALAYSIA beliau, mungkin beliau pelayan import daripada Indonesia. Menu diberikan.
Menu 1

Menu 2

Menu 3

Menu 4
Kriuk datang masa petang alah nak ke maghrib, jadi restoran belum betul-betul full. Ada la beberapa meja yang tak de orang lagi. Dari segi kebersihan, Kriuk kadang-kadang terpikir gak kenapa meja mesti melekit?anyone?






Setelah beberapa lama (tak lama pun), menu yang dipesan sampai.

Limau Panas (tu sudu besar)

Air Buah Mangga 

Bersama Air Kosong
Cuba korang bayangkan, masa kriuk tengok menu untuk order, apa yang kriuk perasan ialah harga macam terlampau mahal walaupun untuk sekadar air. Tetapi bila air sampai, Kriuk paham. Yela, korang bayang jela Limau panas kriuk bagi dalam gelas besar macam siap pakej sudu makan biasa.huhu. Tapi air kat sini memang betul pailang rasa dia. Sedap. Jujur dari seorang yang cerewet tentang air.

Kemudian.... Main event pun sampai iaitu Nasi Ayam Penyet Wong Solo. Kriuk macam terkilan pulak sebab Mrs Kriuk pun ambil menu yang sama, jadi tak dapat rasa menu lain.hehe.. Insyallah jika ada rezeki, Kriuk nak try menu yang lain jugak.

Nasi Ayam Penyet 1

Nasi Ayam Penyet 2

2 Nasi Ayam Penyet


Kalau korang ingat, Kriuk pernah bagi resepi nasi ayam penyet sebelum ni tapi macam tak sama je..haha anyway, apa yang menarik kat sini kepada peminat makanan yang pedas, sila la cabar diri anda untuk memakan sambal nasi ayam penyet ni. Kenapa?kriuk pun menyerah kalah tuu..pedas dia macam *#@%
tau tak...haha

Kriuk bajet power boleh tahan.haha

Tak dipandang
Kelihatan Mrs.Kriuk sedang mencuba di situ.


Percubaan memasukkan sesudu nasi
Setelah beberapa minit, saat dan detik.

Pinggan Kriuk yang makan macam setan lapar

Pinggan Mrs.Kriuk yang sungguh ayu ketika makan

Ayaq yang besar pun habis sebab pedas.hahaha
OK.Perut dah kenyang, hati dah puas.abis tak reti-reti nak bayar ke?hehe..

Nampak tak harga?rasanya macam RM36.40 kan?or lebih actually?
So, for those food, Kriuk mengeluarkan perbelanjaan sedemikian. Pada pendapat korang yang humble. Berbaloi tak?hehe..SEKALI SEKALA boleh la..

Ketika Malam.
Jadi, pada yang tak kisah mengeluarkan perbelanjaan yang lebih janganla segan untuk ke Restoran Wong Solo. Semoga segala makanan yang dimakan menjadi sumber-sumber zat yang diperlukan sebelum menjadi bahan buangan.Terima Kasih...

Saturday, November 5, 2011

Tempat:Ikan Bakar Bubu




No 59,
Jalan Plumbum p7/p,
Pusat Komersial Seksyen 7,
Shah Alam, Selangor.

Para pelakon : Kriuk and Mrs, Krouk, pelayan restoran, pelanggan, orang lalu lalang dan tuan kedai kot.

Situasi dimana pada suatu ketika kami baru balik dari berjalan-jalan di bandar Shah Alam, perut tiba-tiba lapar jadi kami membuat keputusan untuk makan.yela kalo lapar takkan tidur pulak kan.

Krouk pada mulanya mengidam Mcd di mana beliau sangat menyukai kentang katanya. Tiba-tiba selepas solat maghrib di Sacc Mall, mungkin selepas mendapat hidayah beliau mengubah fikiran dengan mengatakan Mcd selalu sangat dah, lagipun lapar nasi. Jadi kami membuat keputusan untuk bergerak ke arah Restoran Wong Sol di pusat komersial seksyen 7 yang baru. Tibanya kami di sana, hampa dan pasrah melihat restoran tersebut penuh dengan umat manusia yang sedang menjamu selera dengan penuh selera dan mungkin memikirkan harga yang akan dibayar setelah selesai menjamu selera.

Restoran misteri yang belum penuh.
Jalan di mana restoran tersebut berada.


Memandangkan restoran tersebut penuh, dalam kepeningan kami terlihat sebuah restoran baru yang masih kosong. Lantas kami berjalan ke arah restoran tersebut dan ternyata sememangnya restoran tersebut masih terdapat kekosongan. Jadi setelah memilih sebuah meja di sebalik tiang, kami duduk. Dengan sabarnya kami menunggu pelayan mengambil pesanan dari kami.

Abang pelayan
Beliau menghulurkan menu kepada kami untuk memilih juadah yang ingin dijamu.

Muka surat 1

Muka surat 2

Muka surat 3

Muka surat 4
Setelah penat memikirkan, kami telah memilih dua jenis ikan bakar iaitu ikan pari dan ikan siakap bersama ulam-ulaman (Mr Kriuk suka ulam), telur dadar dan pucuk paku masak. Nasi putih diorder 3set kerana kami bertiga.

Makanan yang diorder telah sampai.



Ikan Siakap Bakar

Ikan Pari Bakar

bersama yang lain
Apa yang boleh dikomen, kuah ikan bakar tu pada kriuk okla berbanding kuah di restoran sekinchan ikan bakar.

Bukti 1: pinggan Mr.Krouk licin

Bukti 2: pinggan licin tapi Mr.Krouk masih menghisap-hisap jari.

Bukti 3 : Mr.Krouk mencari-cari ikan bakar yang berlebihan untuk diratah.

Bukti 4: Licin.

Bukti 6 : Licin.


Yang ni tak boleh kata apa la, Mrs. Kriuk kalau makan memang selalu  camni.

LICIN

LICIN

Ulam tak laku sebab kedai ni sangat kedekut untuk menyediakan  sambal.

Keadaan restoran.

Masyarakat yang lalu lalang.


Pelanggan yang ingin menjamu selera bersama seisi keluarga.

Mr.Krouk senyum kegirangan kerana puas makan di sini...

Konklusinya restoran ini, boleh banyak memperbaiki apa yang kurang seperti ulam, air, layanan. Pada kriuk jangan la terlalu mementingkan keuntungan kerana apabila pelanggan puas, duit mesti akan masa punya.

Tuesday, November 1, 2011

Big Plate



Big Plate
No. 27, Jalan Alfa F U6/F
Pusat Perdagangan Subang Permai
Shah Alam



Jalan nak ke restoran ini (kalaw dari Shah Alam)


1. Ok, naik Federal highway, menghala ke Kuala Lumpur.
2. Exit di simpang nak ke Sungai Buluh
3. Lepas exit, straight naik highway ape entah tak taw. Exit sebelum tol Guthrie.
4. Ikut jalan lama ( jalan biasa) nak ke Sungai Buluh.
5. Akan sampai di satu simpang 4, kanan nak ke pekan Subang kot, kiri nak ke kelab golf Monterez. Nak kenal simpang 4 tu, sebelah kiri simpang 4 tu ada highway Guthrie. Boleh nampak flyover dia. Itu sign yang paling senang nak kenal simpang 4 tu. 
6. Belok kanan, dalam 500meter belok kiri, turun bukit.
7. Lepas turun bukit, belok kiri lagi, pastu 20meter kehadapan belok kanan.
8. Straight jer sampai nampak restoran Big Plate sebelah kanan. Boleh cari parking dah. 


Big Plate adalah restoran Western semata-mata. Jadi jangan pesan nasi goreng belacan pula ya disini. First impression Krouk dengan restoran Big Plate ni, tengok decoration dia, macam biasa-biasa jer. Krouk masuk dan ambil seat yang best. Masa Krouk datang, mungkin restoran ni tak cukup kaki tangan kot, masing-masing kalut buat kerja sambil muka tensen jer. Maklumlah ramai orang sama. Sampai nak ambil menu pon Krouk kena panggil. Tak apalah, boleh dimaafkan sebab mungkin tak sempat kot kan deorang nak layan, nak buat kerja lagi. 


Krouk dengan member order:


1. Oxtail Soup 
2. Chicken Subang.
3. Cheezy Chicken.
4. Wedges



Ini adalah Oxtail Soup. First sekali dish yang sampai. Soup yang disi didalam roti keras. Ape yang Krouk boleh katakan, ini sangat sedap dan patut dicuba oleh sesiapa sahaja yang datang ke Big Plate. Soup dia rasa black pepper sikit, roti yang kat tepi tu boleh buat cicah dulu soup dia sementara menunggu dish yang lain sampai. 


Ini chicken Subang merangkap chicken chop. Krouk tak habis makan sebab kuantiti ayam dia besar pastu kali dua. maksudnya ada dua ketul ayam lah. Sangat sesuai bagi manusia yang lapar sangat, dan tak kisah dengan makanan berminyak. Krouk asal ada minyak jer tak boleh makan banyak sebab pening kepala nanti.


Ini pula, Cheezy Chicken. Chicken dia taruk cheese, pastu gril or bakar tak pasti. Tapi boleh tahan jugak rasanya. Dihidangkan sekali dengan mashed potatoes, sayur-sayur lain. Krouk kalaw 2nd time datang lagi nak try yang ini pulak. Member Krouk makan habis, tak sempat nak merasa. Haha.


Ini pencuci mulut. Disebabkan main dish masing-masing ada elemen kentang, jadi pencuci mulut ini tak dilayan sangat. Masa order, Krouk pilih ni bajet sebab macam wedges kat KFC. Rupanya tak pon, tak apalah, at least Krouk dah mencuba dan merasa sendiri. Krouk bab kentang ni memang favourite! 

Kesimpulanya:

Makanan: 8/10. Sedap-sedap jer.
Servis: 6/10. Kurang staff kot.
Environment: 6/10. Deco la bagi lawa sikit. 
Price: 7/10. Nak kata mahal pon, kuantiti banyak. jadi so-so la. 

ABC Special Seksyen 2

Haritu, Krouk dengan Kriuk ada lepak-lepak dekat Seksyen dua Shah Alam. Siapa-siapa yang tak tahu di mana Seksyen dua Shah Alam ni, Seksyen dua terletak berdekatan dengan kampus UiTM Shah Alam. Bersebelahan dengan Seksyen tiga rumah hantu. Aritu teman Kriuk cari kasut dia, sekarang Kriuk pulak teman Krouk cari kasut Krouk. Merata kedai kami pusing, boleh dikatakan satu Shah Alam jugak la ronda-ronda nak cari kasut pilihan hati Krouk. Last sekali jumpa dekat PKNS jer.

Tulah, pusing merata last sekali dekat jer kedai yang menawarkan kasut kegemaran Krouk tu. Balik dari penat meronda kami singgah di Seksyen dua. Mula-mula tu Krouk cadang nak makan, tapi Kriuk pon macam tiada mood nak makan. Krouk orderlah ABC special kat sini. Ni first time Krouk merasa ABC ni walaupon kolej Krouk dekat jer dengan medan selera Seksyen dua ni.


HARGA : RM2.00
KESEDAPAN : 3/5 (Sebab buah anggur atas sekali tu macam lama punyer)
KEPUASAN : 4/5 (Siapa boleh habiskan, memang dia hantu ABC)

Sebenarnya ada dua kedai yang jual ABC ni. satu kedai makcik belakang bustop, satu lagi kedai abang sebelah tempat cuci tangan. Yang ni Krouk beli dekat kedai abang yang sebelah tempat cuci tangan. Nanti lain hari Krouk nak try pulak dekat makcik belakang bus stop tu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...