Baru tadi team makan-makan menjelajah ke pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk mereview satu lagi tempat makan yang boleh dikatakan agak terkenal di Kuala Lumpur. HR Steak House. Ayat dah macam pengulas jalan-jalan cari makan gamaknya.
Macam biasa, aktiviti makan-makan ini selalu terjadinya dengan spontan akibat keletihan selepas berjalan-jalan mengusha buku dan juga awek-awek di pesta buku PWTC.
Straight to the kampung baru, aku dengan kimi bersama aweknya merempit ke HR untuk melantak selepas beberapa usul dicadangkan berkenaan tempat makan untuk disinggahi. Awat ayat aku tulis malam ini macam gampang sahaja.
Si Hakimi mengorder ini
(chicken sizzling)
Gerfren nya mengorder
(grill fish combo)
Disebabkan awek tudung baju hitam senyum dengan lirikan manja, jadi saya mengorder
Air-airan yang telas dibancuh oleh tukang bancuh bersepadu syabas
Milo satu, kerot susu satu, mangga satu.
Macam la ada dua dalam gambar. kan.
Kelihatan En Ikhwan selaku jurucakap jom makan-makan sedang memberi ulasan dan pandangan beliaw mengenai persekitaran, harga dan presentation oleh setiap peserta.
"bagi saya, ermmm..mood di kedai ini baik, memandangkan awek-awek disini pon baik-baik serta mencerminkan peribadi muslimah sejati...saya suka..saya suka"
Komen beliaw yang tiada kena mengena langsung pasal makanan.
Overall, permainan bagus. cuma bahagian defend kena berusaha lebih keras kerana jentera serangan yang kuat tiada maknanya jika pertahan gagal menjaga kubu dengan baik.
"Hello?weh sok jom pergi stadium Shah Alam. Awek aku ajak makan burger." Kata aku kepada rakan aku.hehe.Kenapa nama Rawang Burger Bakar tapi makan kat Shah Alam je?tu korang boleh tanya pihak pengurusan Rawang Burger Bakar..hehe
kat atas tu korang boleh tengok menu burger yang ada. Actually bukan la kat stadium shah alam tapi kat Futsal Extreme Park, Shah Alam. Apa?tak tau?jangan risau.boleh tengok kat bawah.
Guna Word je.hehe
Kalau korang tengok betul-betul, dalam tu ada tulis kat mana stadium shah alam, federal highway dan mercu tanda yang lain.hehe. Harap korang sampai la ye..
Nak dijadikan cerita aku memilih Valentine dan tambah cheese, Awek aku memilih Hot Shot dan kawan aku, Razimey memilih Burgembira.
Valentine with cheese 1
Valentine with cheese 2
Hot Shot with Cheese
Burgembira. Yang ni daging burger tu dicelup ke dalam sos black pepper
Tak silap aku, Rawang Burger Bakar dah mempunyai cawangan di tempat-tempat lain. Untuk mengetahu dengan lebih lanjut, boleh melawat facebook diorang Rawang Burger Bakar. Kat situ boleh r tanya macam-macam. Buat masa ini, aku tengok diorang memang friendly dalam tu.
katakan korang beratur lama semasa membeli, bila sampai turn korang, daging habis. Diorang akan beri satu kupon diskaun sebagai ganti dan tak perlu beratur untuk membeli. Sumber ini aku dapat dalam facebook diorang sendiri.
Gerai Rawang Burger Bakar di Futsal Extreme Park
Nasib baik masa kitorang pergi tu baru lepas hujan, pastu pulak hari Isnin. So tak payah la beratur panjang-panjang..hehe
Kalau dah sampai extreme park tu jangan lupa la singgah Rawang Burger Bakar. TIP TOP.Puas Hati!makan pun tak muak.
kalau korang ni jenis layan bidang seni kat Malaysia, mesti tau satu ikon yang sedang meningkat popular iaitu watak upin dan ipin. So, pelbagai jenis company dan lain menggunakan ikon tersebut untuk menjual produk dan lain-lain. salah satunya ialah
No.24
Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor.
APA?!!tak pernah dengar?! Mana Korang duduk?dalam batu ke?hahaha.. Pada yang minat something yang comel2 ni, mesti tertarik gila-gila r nak singgah kat kedai ini sebabnya tak lain pada Upin n Ipin la..Kriuk ni memang r minat pada cerita tersebut tapi takdela sampai berminat gila-gila nak pergi ke Cafe tersebut kan tapi memandang pada satu malam, housemate Kriuk mengajak ke kedai tersebut.Kriuk pun dengan langkah yang berat memulasla skuter nouvo s ke sana bersama Mrs.Kriuk (dalam hati, teruja nak tahu apa ada dalam kedai tersebut).
Bila sampai,
Kriuk melangkah masuk (misteri sial)
Kriuk n Mrs. terus melangkah ke meja Housemate Kriuk.
Kelihatan Housemate A melihat teh o limau panas dan Housemate B malu-malu
A sudah habis, Kriuk hampa tidak dapat melihat dulu.
B sedang menghabiskan sisa makanan beliau
Tak misteri ke makanan apakah ini?
Oleh kerana A dan B telah sampai terlebih dahulu, jadi ketika Kriuk sampai makanan mereka sudah habis. Terpaksa la Kriuk melihat menu untuk mengorder sesuatu untuk dicuba.
Menu minuman
Menu makanan
1
2
3
Jadi, memandangkan Kriuk menyukai sesuatu yang pedas, Kriuk sebulat suara memilih Nasi Goreeng Upin (Ayam Pedas) manakala Mrs.Kriuk cuba mengorder sesuatu yang dilihat di Jalan-Jalan Cari Makan keluaran TV3 iaitu Nasi Goreng Durian Runtuh. Malangnya nasi tersebut tiada. Lantas Mrs.Kriuk memilih Nasi Goreng Kampung.
Nasi Goreng Kampung
Jadi, apa yang menariknya tentang Nasi Goreng Upin (Ayam Pedas) itu?ini menariknya nasi tersebut
Nasi Goreng Upin (Ayam Pedas)
Ya, betul. Nasi ini sangat menarik kawan-kawan. Ayam pedasnya ialah ayam goreng diselaputi sos cili yang kononnya pedas tapi haram tak pedas.
Nescafe dan Teh o ais
Sambil-sambil menikmati ayam pedas dan teh o ais, dalam hati aku berkata patutla kedai macam ini
1
2
3
Setelah beberapa ketika
Tahniah La Boutique kerana dapat membuat kami menghabiskan makanan tersebut. Yang menariknya kat sini, mereka mementingkan kualiti produk kerana mereka menggunakan cawan yang agak berkualiti
Cap IKEA
Cap Upin Ipin
Setelah selesai sesi permakanan di sini, kami meneruskan sesi pembayaran di kaunter
Jalan-Jalan Cari Makan pun pernah datang tuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!
Boleh shoping seketika
Restoran Ikan Bakar Bubu
Broomm-bromm balik
Konklusinya, kedai ini hanya nak jual nama. Tolongla improvekan kedai atas nama baik watak Upin Ipin itu. Terlalu malu untuk diceritakan la.Sekian