Macam biasa, aktiviti makan-makan ini selalu terjadinya dengan spontan akibat keletihan selepas berjalan-jalan mengusha buku dan juga awek-awek di pesta buku PWTC.
Straight to the kampung baru, aku dengan kimi bersama aweknya merempit ke HR untuk melantak selepas beberapa usul dicadangkan berkenaan tempat makan untuk disinggahi. Awat ayat aku tulis malam ini macam gampang sahaja.
Si Hakimi mengorder ini
(chicken sizzling)
Gerfren nya mengorder
(grill fish combo)

Disebabkan awek tudung baju hitam senyum dengan lirikan manja, jadi saya mengorder
(chicken chop+extra daging kambeng)-chicken combo
suka hati la maksudnya tu, makan banyak. haha
Air-airan yang telas dibancuh oleh tukang bancuh bersepadu syabas
Milo satu, kerot susu satu, mangga satu.
Macam la ada dua dalam gambar. kan.
Kelihatan En Ikhwan selaku jurucakap jom makan-makan sedang memberi ulasan dan pandangan beliaw mengenai persekitaran, harga dan presentation oleh setiap peserta.
"bagi saya, ermmm..mood di kedai ini baik, memandangkan awek-awek disini pon baik-baik serta mencerminkan peribadi muslimah sejati...saya suka..saya suka"
Komen beliaw yang tiada kena mengena langsung pasal makanan.
Overall, permainan bagus. cuma bahagian defend kena berusaha lebih keras kerana jentera serangan yang kuat tiada maknanya jika pertahan gagal menjaga kubu dengan baik.
edited by - skulluv




kalo xnak tggu lame2 utk dpt tmpat kat kdai ni, sila2kanlah datang awal...pas magrib trus datang..
ReplyDelete