Monday, September 3, 2012

Resepi : Burger Bakar


Lama sungguh tak menulis kat sini, maaf dipinta kepada semua. Haha. Hari ni aku nak cerita pasal resepi sebab rasanya dah lama aku tak letak resepi kat sini. Tokey kedai kedekut sangat nak letak resepi ayam berempah dia.

Semenjak dua menjak ni, perasan tak yang burger bakar semakin popular? di sana ada, di sini ada, di sinun pun ada. Ibarat orang pakai smartphones, kita pun kena pakai smartphones. Nampak perumpaan yang aku bagi? Terbaik bukan.

Jadi aku membuat keputusan untuk memberi resepi burger bakar kepada hampa semua, bukan apa, boleh jimatkan duit korang jugak. Burger bakar boleh dikategorikan sebagai makanan yang mewah juga, lebih-lebih lagi kepada para student.

Aku mendapatkan resepi ini setelah menuntut dengan seorang yang dikatakan masterchef (identiti terpaksa dirahsiakan) di kampung halaman ku iaitu Taman Segambut (SPPK), Kuala Lumpur.

Bahan- Bahan :


  1. Daging Kisar (Kalau minat ayam, boleh pakai ayam)
  2. Bawang sebanyak yang korang suka
  3. Telur ayam
  4. Sos BBQ
  5. Oregano
  6. Blackpaper (Tak kisah yang nak kena tumbuk ataupun yang macam ajinomoto)
  7. Whitepaper(Sama seperti di atas)
  8. Keju
  9. Garam
  10. Seasoning(atas pilihan masing-masing hendak atau tidak)
  11. Tomato
  12. Lobak merah
  13. Salad


garam

Daging kisar

bawang merah

telur ayam

keju


Selagi korang semua tak dapat bahan-bahan kat atas, jangan teruskan pembacaan di bawah kalau nak buat burger bakar ni.

Dah dapat bahan-bahan semua tu kan? Bagus-bagus. Ni suka kat korang ni. Hehe.

Untuk memudahkan kerja korang semua di kemudian masa, korang lakukan seperti

Asingkan salad
Ratakan bawang di atas daging kisar tadi
Pastikan arang sudah dinyalakan terlebih dahulu

Pecahkan telur dan letak seperti dia atas

Ratakan telur



Letak sos BBQ, lada hitam, lata putih, aragano

Letak garam

Akan jadi gini

Kemudian gaulkan sehingga sebati

Dan asingkan seperti ini.

Pastikan arang masih menyala

Bentukkan daging tadi seperti ini atau kehendak korang

Dan bakar.
peringatan untuk sesiapa hendaak mencuba, pastikan yang korang ni nak jenis setengah masak ataupun masak sampai hangus. Sebab tempoh pembakaran bergantung pada jenis yang korang nak. Ingat tu.

Bila dah mencapai piawai yang korang suka, apa lagi angkat dan makan la. Haha.










Enjoy your burger bakar.

Mee Kari Kantin Telekom, Kuantan

Bagi penggemar mee kari di sekitar daerah kuantan dan bagi mereka-mereka yang berkunjung ke kuantan dan nak merasai mee kari yang sedap, bolehlah anda berkunjung ke kantin telekom kuantan untuk merasai kesedapan mee kari ini.

Kantin telekom kuantan

Kantin telekom ini memang popular dengan mee karinya yang sedap. Makan pun tak rasa muak.Tapi servis kat kedai ini agak lambat sebab pembuat mee kari hanya seorang dan makanan yang diorder pula banyak. Jadi, kalau nak makan di sini, kenala bersabar sikit. Bagi orang-orang yang tak sabar, aku rasa tak boleh nak makan kat sini sebab mesti marah kalau lambat.

Kantin telekom ni memang selalu penuh. Kalau lambat,memang susah nak dapat tempat. Disamping menjual mee kari untuk sarapan pagi, terdapat nasi lemak, nasi dagang, kuih-muih,mee sup dan lain-lain makanan untuk dirasai. 

mee kari
Terdapat banyak bahan dalam mee kari ini, antaranya tauhu goreng, taugeh,isi ayam yang telah dicarik-carik,kerang,bebola ikan dan lain-lain.

Hidangan mee kari yang sedap
tadaaaaaaaaa.... habis sudah..=)
bagi penggemar mee kari, silalah mencuba. 

Thursday, August 30, 2012

Restoran Arabian Mendy.

Bersemperna dengan bulan Syawal yang diberkati, adalah lebih baik kita semua menghadirkan diri ke restoran arab yang diberi nama restoran Arabian Mendy. Achewahh, ayat mula dia. Untuk pengetahuan umum, Restoren Arabian Mendy dahulunya adalah tapak bagi Radix Pizza House. Disebabkan orang Sungai Petani tak beberapa nak western, jadi Radix Pizza House terpaksa bungkuih kedai. Dengan lantangya Mendy yakni pemilik restoren arab telah membida lot kedai tersebut, kemudian berjaya membuka kedai Restoran Arab Mendy dengan hasil usaha titik peluhnya sendiri. Amboi, banyak sangat auta ni. 

Restoran Arab Mendy menyediakan pelbagai variati makanan arab untuk pelanggan. Dari nasi arab, sampailah ke kebab arab yang dibuat di Malaysia lah kan. Aku dengan member setaman permainan semalam sempat juga singgah untuk menerai restoren arab ni. Mulanya nak amik kebab, tapi pi pukul 10, tokey kebab dah tutup, jadi terpaksalah amik nasi arab berlauk ayam. 

Nasi Arab Mendy, lauk ayam. RM9.00

Kuah/sup pakej sekali dengan nasi

Sambal apa entah, macam sambal belacan.

Air buah keret susu. RM 4.00

Setelah dilantak. 

Keadaan meja setelah dilantak. Air masih kukuh berdiri

Environment di nasi arabian mendy

Ulasan: 
First sekali, aku heran ada ke nama tok arab mendy? Awat dia boh nama mendy. Lain kali taruk la nama Restoren Nasi Arabian Saidina Ikhwanul Muslimin Ya Maulana ke. Kan sedap dan arabian nama tu. 

Sekon, the makanan there is sedap, nasi lembut, ayam lembut juga dan sedap. Tapi entah membe aku cakap dulu depa pergi, kuantiti nasi dia banyak gila babi macam nasi bukit nuh. Tapi kali ni awat nampak macam sikit jer kuantiti dia. Mungkin kami datang lewat, kedai pon nak katop. Kiranya tinggal saki baki nasi jerlah. kot. 

Terd, the air buah is sedap. Aku mintak air keret susu. And the keret is rasa keret asli, dan the susu is there. tak macam tupai yang menupai air buahnya dibuat dari kordial sahaja. 

Last, the environment is need to be upgrade sikit. Deco tu kasi banyak sikit. Barulah ada feeling-feeling arab ye dak masa makan tu. 

The servis is bagus dan pantas, although hantaq satu menu jer untuk tiga kastemer yang datang makan.

Pengskalaan yang diberi adalah 7/10. Sekian wassalam. 

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya


Kami daripada Crew Jom Makan-makan mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada yang pernah mengenali diri crew Jom Makan-makan. Kami juga ingin meminta maaf kerana pada bulan ini tidak banyak entry yang dipersembahkan. Masing-masing busy melayani jemputan berbuka. Diharap pada masa akan datang, kami dapat elakkan.

Sekali lagi crew Jom Makan-makan meminta maaf. Semoga raya anda tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.

Makan esok, jangan lupa beringat. Kalau boleh jangan gelojoh sangat. Mulakan dengan bismillah.


Monday, August 13, 2012

5000 Pageviews


Terima kasih diucapkan kepada yang mengikuti blog ini dari pageview yang pertama sehingga ke 5000 ini yang mengambil masa hampir setahun mengikut kalendar Islam. Sebab apa kalendar Islam? Sebab blog ini ditubuhkan pada tahun lepas ketika bulan syawal. Haha.

Daripada berdua kini kami bertiga. Daripada zero to hero. Maybe. Haha.

Semoga kami dapat memberi info-info yang menarik pada masa hadapan kepada anda. Insyallah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...