Sunday, May 13, 2012

Pak Mal Nasi Ayam (Seksyen 10, Shah Alam Branch)

Klik map untuk besarkan
Pak Mal Nasi Ayam,
Seksyen 10, Shah Alam,
Selangor.

Memandangkan aku tak berjaya mendapatkan alamat dan logo, map itu sahaja la boleh menjadi penunjuk daripada aku untuk korang semua. Aku beruntung kerana Madam aku suka cari tempat makan yang kena dengan lidah, tekak, selera dia, Madam ni sangat-sangat cerewet dalam bab makan-makan ni.

Salah satu tempat dia suggest kat aku adalah Pak Mal Nasi Ayam ni la. Sebelum ini, crew Jom Makan-makan pernah try nasi ayam ini di gerai lama Pak Mal Nasi Ayam kat food court seksyen 11, Shah Alam. Memandangkan cawangan baru dibuka dan aku belum pernah dengar lagi komen negatif tentang cawangan baru Pak Mal Nasi Ayam ini. Cawangan baru ini dekat sahaja dengan gerai lama diorang, tak sampai 5minit pun perjalanan antara satu sama lain.

Seperti mana-mana kedai makan yang lain, aku mintak menu daripada pelayan untuk melihat dan menilai harga bagi setiap makanan, dan apa yang menariknya di kedai ini lebih mempunyai pilihan makanan. Tidak terhenti pada nasi ayam dan bihun sup seperti gerai lama mereka, malahan kini mereka telah menyediakan makanan western, eastern dan lain-lain. Pilihan air juga seperti bertambaha berbanding sebelum ini.

Menu 1

Menu 2

Menu 3

Menu 4

Sorry kalau tak berapa nampak, tangan ketar sangat.haha. Dah tengok menu, hati aku tetap nak try nasi ayam kat cawangan baru ini, madam pun sama. Air aku pilih Siraplimau ais, madam Longan ais.

Nasi

Ayam

Sup
Nasi Ayam
Siraplimau Ais

Longan Ais

Siraplimau Ais



Nasi Ayam dan siraplimau ais dan longan ais
seperti biasa la kan, dah ada nasi ayam depan mata takkan nak tengok je. Soru time la orang kata. Selepas dirasa, ditenungnya nasi tu,ayam tu, dihirupnya ayam tu. From my humble opinion la kan. nasi dia just pada OK sahaja. Kenapa aku kata macam tu? Nasi dah ok, tak ketul-ketul tapi aku dapat ayam yang ada kesan HANGUS. ok, walaupun tak banyak tapi aku boleh rasa kesan hangus itu. Sedap ke bila kau makan benda yang ada hangus-hangus?

Licin

Licin

Tapi aku macam biasa, tetap habiskan nasi ayam tersebut, rugi la tak habis, aku keluarkan duit tu.haha.. Madam mengatakan "okla dari lain-lain tapi air ok, tempat pun bersih. ada wifi, cuma layanan dia masih sama kat gerai lama, KELAM KABUT"

Sempat merasa air ketika memberi komen.
Wajah kegembiraan dapat menghabiskan nasi ayam yang kena dengan selera tekak.
So, pada aku cawangan seksyen 10 ini dah ok. Masih mengekalkan konsep lama iaitu mengangkat nasi dan ayam banyak-banyak tanpa risau akan tumpah ke arah customer. Pelayan tip top, sangat cepat walaupun ramai orang masa itu. Air kena dengan lidah aku, tak manis sangat tak masam sangat tak tawar sangat. Dikenakan RM14.70 untuk kesemua di atas. Jadi kepada peminat-peminat nasi ayam sekitar Shah Alam, jangan lupa ke Pak Mal Nasi Ayam.

Friday, May 11, 2012

1000 page views


Terima kasih diucapkan kepada yang pernah mengviewkan page ini dengan sengaja atau tidak walaupun kami lebih kepada syok sendiri. View anda telah membuatkan kami semakin bersemangat untuk menulis lagi selepas ini.

Terima Kasih banyak-banyak diucapkan.

Restoran Dee Zarifah




Restoran Dee Zarifah,
No 33,
Jalan SS 15/4,
47500, Subang Jaya,
Selangor.

Kami di pihak Jom Makan-makan sangat suka mempromosikan restoran atau kedai makan yang baru dibuka tetapi dengan syarat haruslah ianya menepati selera kami. Jika anda mempunyai restoran atau kedai makan yang baru yang sanggup menerima segala kritikan pihak Jom Makan-makan sila email kepada pihak kami.

Salah sebuah restoran baru yang aku ingin review ialah Restoran Dee Zarifah. Restoran ini tidak silap baru dibuka pada tahun lepas 2011 selepas hari raya aidiladha. Ianya berdekatan dengan pejabat tempat aku bekerja, cuma perlu berjalan kaki sahaja. Pada mulanya restoran ini tidaklah menepati selera aku,  cuma memandangkan aku malas untuk berjalan di panas yang terik atau hujan, aku memilih restoran ini.

Semakin lama semakin kena pulak dengan lidah dan tekak aku, membuatkan aku sangat ingin meriviewkan restoran ini. Restoran ini dibuka dari awal pagi sehingga tengah malam. Pada waktu pagi, ianya menyediakan makanan sarapan seperti mee goreng, nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak, roti canai dan lain-lain. Diikuti pada tengah hari, masakan kampung disediakan. Walaupun restoran ini menyediakan lauk-pauk yang sedap pada waktu tengahari, sayangnya pada jumlah yang sedikit sahaja. Pada tengahari juga, restoran ini menyediakan masakan panas, western dan beberapa combo makanan.

Pada waktu malam pula, restoran ini meyediakan masakan panas, western, shisha dan lain-lain. Selepas puas memujuk Mr.madam untuk try di restoran ini. Akhirnya beliau bersetuju pada hari semalam. Kami diberikan menu

Menu 1

Menu 2

Menu 3

Menu 4

tapi sayangnya, pelayan tidak memberi menu untuk western. Mr.madam pada mulanya ingin mentry westernya tetapi terbantut angkara menu tidak diberi. Jadi Mr.madam memlih Kueh Tiow Kungfu setelah direkemon banyak kali oleh aku, air pula teh o laici ais. Aku pula memilih Nasi Goreng Kerabu dan limau panas.



 Kueh Tiow Kungfu

 Kueh Tiow Kungfu

Teh o Laici Ais

Nasi Goreng Kerabu

Limau Panas
Amacam?menarik kan?hehe. Tapi aku satu je tak suka, kalau mintak air panas, aku suka sudu sebab aku sangat suka mengacau-ngacau air tersebut sehingga suam. Baru feeling tu sampai orang kata.haha..

Minum dulu

"Makan dulu baru baca la,nanti tercekik"pesan aku.

"So,ok kan?"tanya aku kepada madam.


So, lepas makan, Madam kata Nasi GOreng Kerabu ok, tak berminyak dan nasi tidak berketul. Kueh Tiow     Kungfu juga ok cuma tak pedas (orang baru kenal pedas tu sedap). Air pun ok, layanan pun ok, harga pun ok. Itu madam katela.

Sudah habis. Madam tak makan sayur

Terbaik!licin tu.

"Nanti kena datang lagi ni" detik hati aku.

Secara meritnya, restoran ini dari segi makanan terlalu ok. Tang harnyanya pula, kalau dah nama pun Subang Jaya, kena la pahamkan. Pada aku, pelayan restoran ini semua terbaik termasuklah tokey restoran ni TETAPI apabila tiba waktu puncak seperti waktu makan tengahari, kadangkala mereka terlalu lambat, malahan macam kalut sikit. Mungkin jika diberi masa lagi, mereka boleh mengimprovekan dari segi itu, restoran pun baru buka la katakan.

Lupa pulak, untuk ke sana anda boleh la melihat map di bawah.


Jadi, silalah singgah ke Restoran Dee Zarifah ini jika bersekempatan. Jika ada sebarang persoalan, sila ajukan ke laman facebooknya. Di laman facebooknya juga anda boleh melihat sendiri makanan lain yang disediakan oleh restoran ini.


Sunday, May 6, 2012

Flaming Steambot Buffet (Setapak Branch)



Platinum Walk, Setapak,
Block H, 66 & 68-0,
2, Jalan Langkawi,
Danau Kota, Setapak,
Kuala Lumpur

Flaming Facebook & website






Anda minat seafood? Anda minat steambot? Anda minat makan? apa?! Anda suka makan dengan banyak?! tapi taknak keluar duit yang terlalu amat-amat banyak sangat?Itu semua tidak menjadi masalah kepada anda kini. Kenapa? ya, jawanpan kerana anda sudah menjumpai ke manakah anda perlu pergi. Flaming Steambot Buffet.

Mereka mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu di Setapak, Sunway dan Shah Alam. Memandangkan Madam aku sangat-sangat-sangat terlalu yang amat meminati steambot, beliau mengajak aku melantak steambot ini pada minggu lepas. Antara ketiga-tiga branch yang Flaming ada, aku hanya suka pergi branch Setapak walaupun aku duduk di Shah Alam.

Aku, Madam aku dan housemate aku bertolak pada jam 8.00 malam hari khamis malam jumaat dan sampai di sana dalam 9.24 malam kerana FEDERAL HIGHWAY yang suka JEM. Sampai di sana, kami meminta seat untuk 5 orang dan tanpa membuang masa, lantas aku dan Madam mengambil apa yang dihajati. Memandangkan mereka menyediakan makanan style buffet. APA TUNGGU LAGI?!!!!!




Nampak macam tak banyak kan?tapi korang semua jangan lupa, untuk berapa orangkah itu semua?hahahaha...takpe korang teka jela sendiri.hehe

Proses pemsteambotan yang paling lama dalam hidup aku.
Memikirkan perut masa hadapan

Tu, clean lagi.
Serangan pertama

Toksah tiup-tiup sangatla

Nampak kenikmatan tu?


Proses pemsteambotan kedua

Bujang Lapok

"Nah, kau la makan" kata tengah. Kiri berkata di dalam hati"ini je ke?" tapi dibalas oleh kanan"woooo, aku nak jugak"

Ada dua kuah, satu kuah biasa, satu tomyam.

Slow and steady

Takdenye clean dah.



Ni nak habaq kat korang semua, orang kata tak lengkap kalau datang sini tak makan ni. Apakah itu?







Ya, aiskrim. hehe. Sangat mengasyikan makan aiskrim setelah makan steambot.hahaha. Tak Caye ke?


Tu dia, seronok dapat makan aiskrim.

Nampak?

Silalah makan aiskrim.heheh. 

Kenyang macam Kucing

KAN?haha
 memandangkan hari pun telah larut malam, ramai pengunjung kedai ni pun dah balik kami pun meninggalkan kedai ini dengan keadaan yang sebegini rupa.



Owh. harga yang perlu dibayar untuk 5 orang makan selepas tax. Sebelum ni, aku pernah datang takde tax tapi mungkin kerana GOV TAX yang meningkat membuat mereka terpaksa meletakkan beban tersebut kepada pelanggan. Tak tahu la saya.

Ok. Kalau korang semua terliur dan ingin merasa apa yang kitorang rasa, jangan malu jangan segan boleh google di mana atau tengok je kat bawah. Sesiapa ada GPS boleh ambil je koordinat di bawah yang disediakan oleh pihak Flaming.

Akhir kata dari kami, Flaming ini memang terbaik dan kalau boleh sesiapa nak buka steambot style, please do learn from them how to manage the restaurant. Memang bagus, bersih dan tip top. Service pelayan?tak perlu, nama pun BUFFET.hehe..

ok.sila CUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...