Sunday, May 13, 2012

Pak Mal Nasi Ayam (Seksyen 10, Shah Alam Branch)

Klik map untuk besarkan
Pak Mal Nasi Ayam,
Seksyen 10, Shah Alam,
Selangor.

Memandangkan aku tak berjaya mendapatkan alamat dan logo, map itu sahaja la boleh menjadi penunjuk daripada aku untuk korang semua. Aku beruntung kerana Madam aku suka cari tempat makan yang kena dengan lidah, tekak, selera dia, Madam ni sangat-sangat cerewet dalam bab makan-makan ni.

Salah satu tempat dia suggest kat aku adalah Pak Mal Nasi Ayam ni la. Sebelum ini, crew Jom Makan-makan pernah try nasi ayam ini di gerai lama Pak Mal Nasi Ayam kat food court seksyen 11, Shah Alam. Memandangkan cawangan baru dibuka dan aku belum pernah dengar lagi komen negatif tentang cawangan baru Pak Mal Nasi Ayam ini. Cawangan baru ini dekat sahaja dengan gerai lama diorang, tak sampai 5minit pun perjalanan antara satu sama lain.

Seperti mana-mana kedai makan yang lain, aku mintak menu daripada pelayan untuk melihat dan menilai harga bagi setiap makanan, dan apa yang menariknya di kedai ini lebih mempunyai pilihan makanan. Tidak terhenti pada nasi ayam dan bihun sup seperti gerai lama mereka, malahan kini mereka telah menyediakan makanan western, eastern dan lain-lain. Pilihan air juga seperti bertambaha berbanding sebelum ini.

Menu 1

Menu 2

Menu 3

Menu 4

Sorry kalau tak berapa nampak, tangan ketar sangat.haha. Dah tengok menu, hati aku tetap nak try nasi ayam kat cawangan baru ini, madam pun sama. Air aku pilih Siraplimau ais, madam Longan ais.

Nasi

Ayam

Sup
Nasi Ayam
Siraplimau Ais

Longan Ais

Siraplimau Ais



Nasi Ayam dan siraplimau ais dan longan ais
seperti biasa la kan, dah ada nasi ayam depan mata takkan nak tengok je. Soru time la orang kata. Selepas dirasa, ditenungnya nasi tu,ayam tu, dihirupnya ayam tu. From my humble opinion la kan. nasi dia just pada OK sahaja. Kenapa aku kata macam tu? Nasi dah ok, tak ketul-ketul tapi aku dapat ayam yang ada kesan HANGUS. ok, walaupun tak banyak tapi aku boleh rasa kesan hangus itu. Sedap ke bila kau makan benda yang ada hangus-hangus?

Licin

Licin

Tapi aku macam biasa, tetap habiskan nasi ayam tersebut, rugi la tak habis, aku keluarkan duit tu.haha.. Madam mengatakan "okla dari lain-lain tapi air ok, tempat pun bersih. ada wifi, cuma layanan dia masih sama kat gerai lama, KELAM KABUT"

Sempat merasa air ketika memberi komen.
Wajah kegembiraan dapat menghabiskan nasi ayam yang kena dengan selera tekak.
So, pada aku cawangan seksyen 10 ini dah ok. Masih mengekalkan konsep lama iaitu mengangkat nasi dan ayam banyak-banyak tanpa risau akan tumpah ke arah customer. Pelayan tip top, sangat cepat walaupun ramai orang masa itu. Air kena dengan lidah aku, tak manis sangat tak masam sangat tak tawar sangat. Dikenakan RM14.70 untuk kesemua di atas. Jadi kepada peminat-peminat nasi ayam sekitar Shah Alam, jangan lupa ke Pak Mal Nasi Ayam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...