Restoran Dee Zarifah,
No 33,
Jalan SS 15/4,
47500, Subang Jaya,
Selangor.
Kami di pihak Jom Makan-makan sangat suka mempromosikan restoran atau kedai makan yang baru dibuka tetapi dengan syarat haruslah ianya menepati selera kami. Jika anda mempunyai restoran atau kedai makan yang baru yang sanggup menerima segala kritikan pihak Jom Makan-makan sila email kepada pihak kami.
Salah sebuah restoran baru yang aku ingin review ialah Restoran Dee Zarifah. Restoran ini tidak silap baru dibuka pada tahun lepas 2011 selepas hari raya aidiladha. Ianya berdekatan dengan pejabat tempat aku bekerja, cuma perlu berjalan kaki sahaja. Pada mulanya restoran ini tidaklah menepati selera aku, cuma memandangkan aku malas untuk berjalan di panas yang terik atau hujan, aku memilih restoran ini.
Semakin lama semakin kena pulak dengan lidah dan tekak aku, membuatkan aku sangat ingin meriviewkan restoran ini. Restoran ini dibuka dari awal pagi sehingga tengah malam. Pada waktu pagi, ianya menyediakan makanan sarapan seperti mee goreng, nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak, roti canai dan lain-lain. Diikuti pada tengah hari, masakan kampung disediakan. Walaupun restoran ini menyediakan lauk-pauk yang sedap pada waktu tengahari, sayangnya pada jumlah yang sedikit sahaja. Pada tengahari juga, restoran ini menyediakan masakan panas, western dan beberapa combo makanan.
Pada waktu malam pula, restoran ini meyediakan masakan panas, western, shisha dan lain-lain. Selepas puas memujuk Mr.madam untuk try di restoran ini. Akhirnya beliau bersetuju pada hari semalam. Kami diberikan menu
 |
| Menu 1 |
 |
| Menu 2 |
 |
| Menu 3 |
 |
| Menu 4 |
tapi sayangnya, pelayan tidak memberi menu untuk western. Mr.madam pada mulanya ingin mentry westernya tetapi terbantut angkara menu tidak diberi. Jadi Mr.madam memlih Kueh Tiow Kungfu setelah direkemon banyak kali oleh aku, air pula teh o laici ais. Aku pula memilih Nasi Goreng Kerabu dan limau panas.
 |
| Kueh Tiow Kungfu
|
 |
| Kueh Tiow Kungfu
|
 |
| Teh o Laici Ais |
 |
| Nasi Goreng Kerabu |
 |
| Limau Panas |
Amacam?menarik kan?hehe. Tapi aku satu je tak suka, kalau mintak air panas, aku suka sudu sebab aku sangat suka mengacau-ngacau air tersebut sehingga suam. Baru feeling tu sampai orang kata.haha..
 |
| Minum dulu |
 |
| "Makan dulu baru baca la,nanti tercekik"pesan aku. |
 |
| "So,ok kan?"tanya aku kepada madam. |
So, lepas makan, Madam kata Nasi GOreng Kerabu ok, tak berminyak dan nasi tidak berketul. Kueh Tiow Kungfu juga ok cuma tak pedas (orang baru kenal pedas tu sedap). Air pun ok, layanan pun ok, harga pun ok. Itu madam katela.
 |
| Sudah habis. Madam tak makan sayur |
 |
| Terbaik!licin tu. |
 |
| "Nanti kena datang lagi ni" detik hati aku. |
Secara meritnya, restoran ini dari segi makanan terlalu ok. Tang harnyanya pula, kalau dah nama pun Subang Jaya, kena la pahamkan. Pada aku, pelayan restoran ini semua terbaik termasuklah tokey restoran ni TETAPI apabila tiba waktu puncak seperti waktu makan tengahari, kadangkala mereka terlalu lambat, malahan macam kalut sikit. Mungkin jika diberi masa lagi, mereka boleh mengimprovekan dari segi itu, restoran pun baru buka la katakan.
Lupa pulak, untuk ke sana anda boleh la melihat map di bawah.
Jadi, silalah singgah ke Restoran Dee Zarifah ini jika bersekempatan. Jika ada sebarang persoalan, sila ajukan ke
laman facebooknya. Di laman facebooknya juga anda boleh melihat sendiri makanan lain yang disediakan oleh restoran ini.
Please let me know if you're looking for a writer for your site. You have some really great posts and I feel I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd love to write ѕome matеriаl for yοur blog іn eхсhange for а link back
ReplyDeleteto mіne. Plеаse blast me an email if intеrested.
Thаnks!
Also visit my web-site ... iphone repair selangor