Wednesday, July 4, 2012

OLD TOWN WHITE COFFEE




OLD TOWN yang menjadi pilihan kami krew JMM terletak di dalam bangunan Metropoint Complex Kajang.  OLD TOWN ni ada banyak cawangan, kami pilih cawangan kajang ini sementara menunggu ketibaan kawan kami yang bersanding hari ini.. So, sementara menunggu pengantin datang, kami lepakla dalam OLD TOWN ni dulu.. 

Di bawah ini adalah menu-menu yang terdapat di OLD TOWN white coffee.Korang tengokla sendiri...hihi

Menu asian 

Tengok tu..Nasi lemak pun ada.

Menu Mee, Nasi dan lain-lain

Menu makanan yang dimasak secara Steam

Roti bakar

Roti lagi..=)
Makanan sampingan..
Macam pencuci mulut (tekaan aku je)
                                   

MY DRINKS

Air panas dan yang di 'blend"









Pilih je mana-mana yang berkenan di hati..

Yang dibawah ini adalah pilihan krew JMM.

Wantan yang sedap dan rangup tapi kecil. Wantan ni dihidangkan bersama papadom dan sos cili..Tak rugi mencuba=)


OLD TOWN White coffee Signature Freezy yang berharga RM9.90

OLD TOWN White Coffee Mocha Freezy yang berharga  RM8.30
OLD TOWN White Coffee Enriched Chocolate yang berharga RM 4.50


Air dan makanan di Old town ni sedap dan harga makanan kat sini standard la.. Tempat ini sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan si dia tersayang.. Bagi krew JMM air OLD TOWN White Coffee Signature Freezy sedap sebab di blend bersama oreo.. Memang terasa la.. Air mocha pula  OK la.. Dan air chocolate pula memang terasa coklatnya walaupun aku tidak meminati air coklat.. Sekian saja dari krew JMM kali ini.. Selamat Mencuba!

 






Tuesday, July 3, 2012

Real Nasi Kukus

Kali ini krew JMM ingin mencuba Nasi Kukus Ayam Berempah. Krew JMM mencari Kak Nora Nasi Kukus Ayam Berempah di Seksyen 7, shah alam ( belakang Unisel ) kerana kedai ini tersenarai dalam risalah Selangor Food Fiesta 2012.  Jadi, kami ingin mencuba kesedapan makanan di sini.



Air Milo Ais dan Asam Boi menjadi pilihan kami sebagai penghilang dahaga..



Haaaa.....Inilah Nasi Kukus Ayam Berempah yang kami order..hihi

Inilah isi kandungan Nasi Kukus setelah dibuka.. Nampak sedap kan? Jom cuba!

Inilah hasilnya.. LICIN! 

Menurut pendapat krew JMM, inilah yang dinamakan 'The REAL NASI KUKUS!'..Ayam yang disajkan bersama dengan nasi sedap, Panas lagi tau.. Nak makan pon sakit jari sebab panas sangat ayam tu..hehe.. Timun yang dijadikan acar juga dihidangkan dalam kuantiti yang banyak, dalam erti kata lain, tak kedekutla.. Kuah yang diletakkan bersama nasi juga sedap, ada rasa.. Jadi, sesiapa yang teringin nak makan nasi kukus ayam berempah yang sedap, datangla mencuba di sini. Harga nasi kukus kak nora ni RM6.00 sebungkus.. Berbaloi dengan makanan yang kami dapat. Kedai kak nora nasi kukus ini juga akan dibuka pada bulan puasa. Bagi mereka-mereka yang malas nak ke bazar ramadhan mencari nasi kukus, carila di sini.. 

SELAMAT MENCUBA.....Dibawah ini adalah air tambahan krew JMM sementara menunggu hujan berhenti..

Air kiwi.. rasanya sedap, pekat tapi masam.. bagi mereka yang sukakan masam, bolehlah mencuba air ini..=)

Epal asam boi yang sedap....










Selangor Food Fiesta 2012


Ada risalah tentang makanan diedarkan dari rumah ke rumah mengenai ini. Risalah ini mengandungi kedai-kedai makan yang terdapat di Lembah Klang khususnya Shah Alam. Apakah kedai yang tersenarai? Antara kedai yang tersenarai (mengikut page dalam risalah) ialah :


1 ) Aimar Corner menyajikan char koay teow sebagai makanan utama. Terdapat juga makanan yang lain seperti sate, kerang rebus otak-otak dan lain-lain. Ada dua cawangan iaitu di Taman TTDI Jaya, Shah Alam dan Prima Sri Gombak, Kuala Lumpur.


2) az-s-za cafe menyajikan ABC dan masakan kampung sebagai makanan utama. Di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam.

3) Ayer Rock Butcher & Grill menyediakan masakan western seperti steak, burgers dan lain-lain. Terdapat di cawangan Bukit Jelutong, Shah Alam, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan Kota Damansara, Petaling Jaya.

4) BBQ Land menyediakan makanan berunsurkan barbecue dan steambot style buffer. Terdapat dua cawangan iaitu Jalan Kuang, Sungai Buloh dan Seksyen 28, Shah Alam.

5) D' Arab Cafe menyajikan makanan berunsurkan middle eastern. Empat cawangan iaitu dua di Seksyen 7, Shah Alam, Uniten, Bangi dan Jalan Bandar Baru Rawang, Bandar Baru Rawang.

6) Restoran Hj Sharin Low menyajikan masakan khas cina muslim. Berada di Seksyen 7, Shah Alam.

7) My Asam Pedas menyediakan 15 jenis asam pedas. Berada di Seksyen 7, Shah Alam.

8) Mr Steak House menyediakan makan berunsurkan western seperti chicken chop, burger dan lain-lain. Berada di Seksyen 13, Shah Alam.

9) Kak Nora Nasi Kukus Ayam Berempah di Seksyen 7, Shah Alam.

10) Restoran Pucuk Ubi menyediakan masakan rumah Sarawak. Berada di Bandar Utama, Petaling Jaya.

11) Nasi Lemak Cinta Sayang menyajikan nasi lemak sebagai makanan utama. Terdapat beberapa makanan lain seperti masakan panas, otak-otak dan lain-lain. Terdapat dua cawangan iaitu Seksyen 13 dan Seksyen 7, Shah Alam.
Page FB 1 dan 2

12) Pak Mal Nasi Ayam di Seksyen 10, Shah Alam. Terdapat juga masakan panas, western, nasi kukus dan lain-lain.

13) Restoran Sup Utara Power di Seksyen 18, Shah Alam. Terdapat juga nasi ayam, laksa, mee rebus dan lain-lain.

14) Tat Nasi Ayam. Selain nasi ayam, terdapat juga sate, mee goreng mamak dan lain-lain. Terdapat di Seksyen 23, Shah Alam.

15) Restoran Ulam Desa menyajikan bubur nasi, roti jala, nasi ambeng dan lain-lain. Berada di Seksyen U8, Shah Alam.

Itu antara yang tersenarai dalam risalah tersebut. Terdapat beberapa restoran crew Jom Makan-makan telah singgah dan memang terbukti ianya satu persinggahan yang berbaloi. Mungkin jika ada masa kelapangan di masa hadapan, crew JMM akan singgah ke restoran-restoran lain pula. Insyallah.

Jangan lupa melawat laman FB Selangor Food Fiesta 2012 dan support our local restoran. Cewahh, macam main bola la pulak.

Selamat maju jaya kepada mana-mana pengusaha restoran di seluruh dunia.

Sunday, July 1, 2012

Shogun @ Sunway Pyramid

Shogun Sunway Pyramid,
LG2, 119-120,
Sunway Pyramid Shopping Mall,
46150, Petaling Jaya,
Selangor

T : 03-5622 1831
F : 03-5622 1827

Sebelum ini, aku ada janjikan restoran buffet Jepun bernama Shogun kan? Maafkan aku kerana lambat post. Bukan apa, ketika aku di sana, fokus aku tidak dapat diterapkan pada sesi pengambaran kerana lebih tertumpu kepada makanan yang ada di sana. Serius, rambang mata. Aku tak tipu korang.

Sila tatapi gambar yang sempat aku rakam tetapi sekali lagi aku minta maaf kerana ketidakan fokus ketika itu. Nasib baik office bayar.haha



Teh Hijau 
 Aku rasa dalam Teh Hijau tu dorang letak something la sebab walaupun tak sedap tapi aku asyik nak minum je. Haha!



Kat sini, dorang hidang style buffet. So korang boleh makan ikut suka hati korang la camne pun kan. Yang penting jangan membazir jela.




Pelbagai jenis makanan yang disediakan seperti makanan tempatan, siam, jepun, india, western pun ada gak. So, memang rambang mata la kan.




Sup Sirip Ikan Jerung



Sup Kambing rasanya.


Untuk memudahkan korang makan, lebih baik korang buat tempahan terlebih dahulu sebelum pergi kerana memang sentiasa penuh ketika waktu puncak. Shogun juga ada cawangan di tempat lain. Boleh check di website http://www.saisaki.com.my/. Kat situ korang boleh check makanan yang ada, harga atau promosi dan lain-lain.

Sila cuba dan aku minta maaf sekali lagi akibat kekhilafan aku.

Wednesday, June 27, 2012

Sri Geylang, PKNS, Shah Alam




Hai korang semua! Kali ini tempat yang menjadi pilihan kami untuk Jom Makan-Makan adalah Sri Geylang.



Sri Geylang ni betul-betul terletak di tingkat 1, bangunan PKNS pusat bandar Shah Alam. So, bagi mereka yang berada di sekitar Shah Alam ni bolehlah datang menyerbu kedai ini untuk mencuba hidangan yang terdapat di sini.

Menu kat kedai ni ada kat belakang tu..hehe


Di bawah ini adalah menu makanan yang menjadi pilihan kami



Milo Ais sebagai penghilang dahaga selepas penat  pusing dalam PKNS


Nasi Lemak Telur + Paru 



Soto Ayam yang sedap


Krew JMM sedang menjamu selera


Hidangan yang telah kami habiskan..hehe  


 Pelanggan yang sedang menikmati hidangan mereka


Keadaan kedai.



Kedai ini Ok, makanan pun sedap tapi hidangan soto tidak lengkap tanpa bergedil dan soto ayam aku tadi takde bergedil. Kata tuan empunya kedai, begedil dah habis. Agak kecewa la sebab tak cukup bahan. Tapi makanan still OK. Untuk nasi lemak dia, memang sangat sedap, paru dia pun lembut je. Harga untuk kesemua dikenakan sebanyak RM 10.60.. 

SELAMAT MENCUBA!
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...