Tuesday, July 3, 2012

Real Nasi Kukus

Kali ini krew JMM ingin mencuba Nasi Kukus Ayam Berempah. Krew JMM mencari Kak Nora Nasi Kukus Ayam Berempah di Seksyen 7, shah alam ( belakang Unisel ) kerana kedai ini tersenarai dalam risalah Selangor Food Fiesta 2012.  Jadi, kami ingin mencuba kesedapan makanan di sini.



Air Milo Ais dan Asam Boi menjadi pilihan kami sebagai penghilang dahaga..



Haaaa.....Inilah Nasi Kukus Ayam Berempah yang kami order..hihi

Inilah isi kandungan Nasi Kukus setelah dibuka.. Nampak sedap kan? Jom cuba!

Inilah hasilnya.. LICIN! 

Menurut pendapat krew JMM, inilah yang dinamakan 'The REAL NASI KUKUS!'..Ayam yang disajkan bersama dengan nasi sedap, Panas lagi tau.. Nak makan pon sakit jari sebab panas sangat ayam tu..hehe.. Timun yang dijadikan acar juga dihidangkan dalam kuantiti yang banyak, dalam erti kata lain, tak kedekutla.. Kuah yang diletakkan bersama nasi juga sedap, ada rasa.. Jadi, sesiapa yang teringin nak makan nasi kukus ayam berempah yang sedap, datangla mencuba di sini. Harga nasi kukus kak nora ni RM6.00 sebungkus.. Berbaloi dengan makanan yang kami dapat. Kedai kak nora nasi kukus ini juga akan dibuka pada bulan puasa. Bagi mereka-mereka yang malas nak ke bazar ramadhan mencari nasi kukus, carila di sini.. 

SELAMAT MENCUBA.....Dibawah ini adalah air tambahan krew JMM sementara menunggu hujan berhenti..

Air kiwi.. rasanya sedap, pekat tapi masam.. bagi mereka yang sukakan masam, bolehlah mencuba air ini..=)

Epal asam boi yang sedap....










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...