Saturday, May 26, 2012

Roti Jang, Seksyen7, Shah Alam

Depan Nasi Lemak Cinta Sayang,
25, Jalan 18/8A,
Pusat Komersial Seksyen &,
40200, Shah Alam,
Selangor.

Map

Kali ini, crew Jom Makan-makan singgah di sebuah kedai. Kami ke sana beberapa kali, tetapi tak tahu apa masalah dengan pemilik kedai yang kami ingin singgah, asyik tutup je.

"Mungkin dia dah kaya semalam kot." Kata salah seorang pelayan di restoran berdekatan membuat lawak tatkala kami bertanyakan tentang kedai itu. Takpe, demi anda semua, lebih 4kali crew Jom Makan-makan ke sana, akhirnya kami dapat juga merasa ROTI JANG.

Menurut clip video Jalan-jalan Cari Makan, mereka mengatakan sebenarnya Roti Jang ini ialah roti john tetapi telah dimelayukan namanya. Tapi owner kedai ini bernama Ujang, jadi mungkin roti ini diambil sempena nama beliau? Kalau nak percaya Jalan-jalan Cari Makan, silakan.

Crew Jom Makan-makan sampai terus melihat menu yang ada di kedai tersebut.

Menu
Terdapat 4 jenis roti di sini iaitu Roti Jang Biasa dan mini, Roti Jang Luar Biasa dan mini. Oleh kerana Crew Jom Makan-makan ini sangat luar biasa termasuk camerawoman, kami memilih Roti Jang Luar Biasa dimana menurut pemilik kedai ini perbezaan dengan Roti Jang Biasa hanyalah terdapat salad dan bawang kot. Aku lupa.


Roti Jang berada di sini

Nampak?
Maaf di atas gambar tersebut. Hanyalah gambar bermain-main ketika menunggu Roti Jang Luar Biasa kami.

Roti Jang Luar Biasa (Daging)



Setelah diperhatikan, kami mendapati ianya memang sebijik seperti Roti John yang kebiasaanya dijual di pasar malam berdekatan. Tetapi bagaimana pula rasanya?

Tu dia, penuh dengan kekusyukkan.
 Rasanya pula lebih sedap berbanding roti john, kerana daging dalam roti tersebut telah dikisar halus dan diletakkan dalam kapasiti yang sangat banyak. Itu tak termasuk salad, bawang dan lain-lain lagi. Cuma salah seorang crew kami mengatakan sosnya terlalu kurang, tiada rasa walau sedikit di dalam mulutnya.

Gembira kerana dapat Roti Jang Luar Biasa

Last Kopek of Roti Jang Luar Biasa

Habis sudah
Seperti biasa, setelah dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi kerana tidak ingat perbezaan dan lain-lain, crew Jom Makan-makan mengatakan sangat berbaloi jika anda sudi makan Roti Jang ini. Walaupun harganya sedikit mahal tetapi sangat untung. Daging penuh, salah banyak, bawang banyak, sos kurang. Opss. Sesuai dengan tagline mereka 'Bukan Harganya........... TAPI RASANYA'.

Jangan lupa untuk mencuba Roti Jang jika anda berada di sekitar Shah Alam, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...