Saturday, June 23, 2012

Subway, Seksyen 7, Shah Alam


Penulis asal : Hajar Osman
Edited by : skulluv
pilihan kami

Kali ini Crew JMM terjah pula restoran Subway, pusat komersial, seksyen 7, Shah Alam. Kenapa di sini? Adakah anda tahu yang mana makan sandwich ini bagus? Sebab tu la.hehe. Saban hari aku diminta oleh crew lain untuk mencuba restoran ini tetapi aku tolak mentah-mentah. Kerana apa? Aku ingat Subway ini hanyalah menyediakan sandwich yang kecik-kecik roti putih tu, lagi-lagi aku bukanlah peminat sandwich sangat pun. Lagipun takkan asyik nak makan kat mamak je kan? Bukan sedap sangat pun makanan mamak tu. 


Matlamat Subway adalah menawarkan produk berkualiti yang direka sendiri oleh pelanggan mengikut citarasa masing-masing. Aku rasa lebih kurang macam tu la. Sandwich Subway adalah mengikut kemahuan pelanggan lah. Dan kerana itulah Subway menggunakan tagline seperti di bawah ( Aku rasa la). 




Roti sandwich kat SUBWAY ni pula sedap sebabnya roti ni dibuat dan dibakar setiap hari di restoran. Dalam erti kata lain, SEGAR la, bukan yang semalan atau kelmarin punya ( maklumat yang  aku baca kat Homepage Subway ). Sayur-sayuran pulak memang segar dan banyak ( yang ini aku dan crew JMM tengok dengan mata sendiri, tak tipu tau).


Jadi, korang bolehlah pilih sayur-sayuran yang korang suka dan tak suka. Macam aku yang kurang menggemari sayur-sayuran ni, amat sedikitla sayur yang dipilih. Agak rugi la kan?

Di bawah ini adalah cara-cara nak order sandwich kat Subway. Senang sangat dan jangan takut. Order je apa-apa yang korang suka. Tak payah nak buat muka segan sangat kat situ. Nak makan kan? Tak peduli apa orang nak kata, korang makan aje apa yang korang suka. Asalkan menjaga kesihatan, cukuplah. =)


Menu pun ada kat bawah.. Siap ada cara nak order makanan lagi tu. Tak susah la, cuma tunggu korang pilih dan order sahaja. Pilihan menu yang ada kat  Subway ini boleh membantu membuat keputusan memilih makanan yang lazat.hehe.



Cara mengorder


Menu

Inilah hasilnya. Selamat menjamu selera.=)


Inilah sandwich pilihan aku iaitu Roasted Chicken.hehe. Nampak cantik kan? Sebab aku tak ambil banyak sayur. Sayur yang dipilih cuma sayur yang berkenan di hati dan agak-agak boleh dikunyah dengan gigi dan dapat ditelan.. Korang juga boleh pilih sos sendiri. Aku dan crew JMM pilih sos yang sama iaitu Thousand island, sos cili dan mayonis.


Yang ini pula pilihan crew JMM yang lain. Nama hidangan ini Roast beef. Boleh tahan juga rasanya. Beliau pilih kesemua jenis sayur yang ada. Jadi, nampak agak berserabut masa hidangan ini. hehe.
        
Tengokla dia tu. Berselera sangat dapat makan sandwich roast beef dia..haha








Setelah dicuba, hasilnya pada amat memuaskan walaupun makan sandwich sahaja. haha.

Kepada semua , jangan lupa mencuba.. Tak salah pun kalau kita mencuba... Selamat menjamu selera...=)

Note : Penulis merupakan salah seorang crew JMM yang tidak suka menulis. Beliau selalunya dikerahkan oleh penulis JMM untuk mengambil gambar ketika di lokasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...