Sunday, June 3, 2012

Breakfast di Mcdonald


Korang semua tahu tak yang breakfast itu penting? Tak tahu? Selalu skip breakfast. Tak bagus untuk korang memulakan hari yang sempurna. Sila amalkan breakfast walaupun dengan hanya meminum nestum. Ok tak nasihat aku?haha.

Itu bukan apa aku nak ceritakan hari ini. Tahu tak di Mcdonald ada menyediakan set breakfast. Dan untuk sekali dan sekala hendaknya, tak salah kalau kita ber breakfast di Mcdonald.

Pagi sabtu, crew Jom Makan-makan (JMM) telah cuba set breakfast. Ingatkan tak ramai, tapi boleh tahan juga ramai hendaknya yang breakfast kat Mcdonald. Kaya sungguh.hehe. Crew JMM telah memilih set breakfast untuk family. Dalam set tersebut terdapat 2 pinggan pancake, burger yang ada telur, kentang yang dah penyek-penyek diselaputi serbuk roti, madu, mentega dan 2 air kopi.

Kotak Set
Pancake, madu, mentega dan grape jam

Tak ingat

Sausage Mcmuffin

Pancake yang macam dorayaki


Yang bestnya bila korang breakfast kat Mcdonald ni, korang dibenarkan untuk menggunakan laptop. Bolehlah mana couple kalau nak study sama-sama dalam keadaan yang meriah. Tapi dinasihatkan jangan pergi waktu tengahari. Panas bakhang.
Konon nak update blog untuk korang
 Seperti yang korang sedia maklum, madu sangat bagus untuk tubuh kita. Sila amalkan makan madu setiap hari untuk sihat.
Diletakkan madu


Close-up

Empuknya pancake


Habis dah

"Eh, dia tak habis lagi. Lambat betul" Bisik hati aku


Milo panas. Aku tak suka kopi 

Kopi
Resit
Aku sangat berpuas hati dengan set breakfast yang disediakan oleh Mcdonald. Sangat merasa seperti orang putih sikit.haha. Kalau kat rumah, tak nasi lemak, nasi goreng, takpun mee goreng. Orang Malaysia sungguh. Tak hipsterlah orang kata.

Anyway, korang boleh lah cuba sendiri. Pasti tidak menyesal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...