Wednesday, July 4, 2012

WAROENG PENYET




Did u guys ever heard ayam penyet before? Jika tidak, kami meneroka sehingga ke Mutiara Damansara untuk membawakan sajian ayam penyet untuk anda..





Alamat :

Lot 131 & 132, 1st Floor, The Curve 
No.6, Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara,
Petaling Jaya, 47800 Selangor.


Ayam penyet menjadi kegilaan salah seorang krew JMM iaitu aku. Aku memilih waroeng penyet sebab tempat ini agak best untuk melepak. Makanan dan minuman yang ada di sini pon agak menarik dan best. Mungkin kerana aku yang terlalu sukakan ayam penyet, jadi bagi aku best. Kalau korang semua nak tau best atau tak makanan di Waroeng Penyet ni, silalah datang untuk mencuba.

Kami memilih ayam penyet dan bakso penyet sebagai pilihan makanan tengahari kami. Sila lihat menu-menu yang mungkin dapat memenuhi selera korang semua.

Menu penyet-penyet yang ada.hehe











Ini pula adalah menu minuman yang terdapat di Waroeng Penyet


No giliran kami setelah kami membayar dan memesan makanan


Wajah bosan menunggu pesanan sampai


Wajah yang nak senyum setelah minuman sampai.=)


Minuman yang menjadi pilihan kami. Di sebelah kiri tu Milo Dinosour dan Soda Gembira yang menggembirakan kami..=)

Ayam penyet bersama tempe dan tauhu goreng serta sambal  yang sangat pedas dan  lazat


Yang ini namanya Bakso penyet. Juga dihidangkan bersama tempe dan tauhu goreng serta sambal pedas yang lazat


Nasi putih yang dimakan bersama kicap

Sambal pedas yang korang boleh tambah sendiri

Makanan yang kami habiskan

Sedap hingga habis..

Sampai tinggal tulang...



Makanan kat waroeng penyet ni memang sedap.. Sedap sebab aku suka.. Kalau korang suka pon mestila sedap kan? Harga makanan kat sini standard la.. Ayam penyet ditabur dengan something macam kerisik kat atas, mungkin nak hilangkan rasa pedas. Tempe dan tauhu digoreng sehingga masak dan amat sedap bila dicicah dengan sambal pedas. Bakso pula betul-betul terasa bebola dagingnya.. Air milo dinosour pula pekat rasanya. Rasa air soda gembira tak kurang hebatnya sebab boleh buat orang tersenyum bila minum.. Selamat merasa makanan di Waroeng penyet. Sekali cuba, terasa pedasnya! 











2 comments:

  1. try makan nasi ayam penyet nusantara dekat seksyen 7 shah alam.. harga lagi murah n lagi sedap rasanye..

    ReplyDelete
  2. insyallah boleh dicuba nanti. tq for suggestion.

    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...