Monday, October 8, 2012

Lokan bakar

Di kota kinabalu,korang juga boleh mencuba lokan bakar di Jalan Sulaman,Kota Kinabalu. Ini adalah percubaan pertama kami merasai keenakan lokan bakar dan secara rasminya aku cakap sedap sebab aku sukakan makanan laut. Jadi,kalau berkunjung ke KK, jangan lupa mencuba lokan bakar ini.

Gerai yang menjual lokan bakar di Jalan Sulaman,KK

Lokan Bakar Set Besar  RM12.00
Lokan yang hanya tinggal kulit sahaja..=)

Nasi Padang Ibu, Jesselton Point, Kota Kinabalu, Sabah




Nasi Padang Ibu. Restoran Asli Indonesia


Nasi Padang Ibu

Alang-alang melancong ke sabah, bolehlah nak update tempat-tempat makan kat sana. Balik sahaja dari pulau manukan, aku singgah makan di restoran nasi padang ibu. Restoran ini menarik sebab restoran atas air, bolehlah nak tengok pemandangan laut dan bot-bot di sekitar.Jadinya, tempat ini agak menarik juga dari segi pemandangannya. Disini, korang boleh pilih samaada nak makan di dalam restoran yang berhawa dingin atau makan diluar restoran sambil dibuai angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa. 



Antara menu-menu disini










Di bawah pula adalah makanan yang menjadi pilihan santapan tengahari kami. 

Daging Dendeng Basah

Pegedil Kentang

Paru Goreng
Pecal
Sup Tulang
Carrot Susu
Coke Float

Apple

Mango

Kesimpulannya, air buah disini sedap cuma makanannya terlalu mahal. Jumlah kesemua hidangan tadi melebihi RM100. Hidangan makanan yang aku suka cuma daging dendeng basah sahaja. Yang lain tidak memenuhi selera. Ramai pelancong yang berkunjung ke kedai ini setelah habis melewati pulau di sekitarnya.







Saturday, October 6, 2012

Nasi Lemak Restoran Dee Zarifah, SS15 Subang Jaya



Anda masih ingat pada entry kami yang lepas mengenai restoran ini? Restoran apa?

Restoran Dee Zarifah. Di mana?

No 33,
Jalan SS15/4,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

Sebelum ini, kami crew Jom Makan-makan menjamah Kueh Tiow Kungfu dan Nasi goreng kerabu dan ianya sememangnya mantap. Anda semua dah try belum? Busy? Restoran ini dibuka daripada pagi sampai ke malam. Takkanlah tak dapat nak cari masa untuk cuba kan?

Ok, itu cerita lama. Kali ini aku nak cerita yang mana aku berpeluang mencuba nasi lemak restoran ini. Restoran ini menyediakan beberapa jenis makanan pada waktu pagi seperti nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, roti canai dan kuih muih selain daripada nasi lemak. Harganya pula boleh dikatakan standard bagi sebuah restoran di kawasan pusat bandar Subang Jaya.


Nampak ok kan? Pada aku, untuk menjadi sebuah nasi lemak yang mantap ianya memerlukan nasi itu berlemak, sambal yang pedas kaw pailang, ada ikan bilis dan kacang. Yang paling-paling aku pentingkan semasa makan nasi lemak ialah TIMUN. Yes, timun. Ianya wajib fresh dan tidak lembik sebab kalau lembik ianya sangat-sangat tidak ada feel makan nasi lemak itu.

Dan pada aku, di sini sambal memang pedas, ada ikan bilis dan kacang. TIMUN sedap. Nasi pun dah berlemak dah tapi masa aku makan tu ada satu yang kurang. Tau tak apa? Mestilah tak tau sebab aku yang makan kan? Yang kurang masa tu ialah nasi tu sedikit keras. Aku tak tahula itu memang resepi bagi restoran Dee Zarifah ataupun mereka tersilap pengiraan semasa menanak nasi tersebut.

Jadi jikalau diberi markah daripada 5, aku cuma boleh bagi 3 sahaja kerana 2 markah memang kepada nasi sahaja. Dan jika dibuat perbandingan antaran nasi lemak yang telah dicuba oleh aku dan mungkin crew JMM yang lain, kedudukan nasi lemak ini berada di kedudukan paling rendah. Bukanlah kerana tak sedap tetapi kerana nasi itu sahaja.

Aku dikenakan sebanyak RM3.00 sahaja untuk nasi lemak dan telur mata goreng itu.

Anda bolehlah mencuba nasi lemak itu sendiri. Selamat mencuba.

Friday, October 5, 2012

10000 Pageviews


Kami memerlukan lebih 3 bulan untuk mendapatkan 1000 pageviews manakala hampir setahun untuk mendapatkan 5000 pageviews.

Kini kami, crew Jom Makan-makan telah mendapat 10000 pageviews.

Selagi lagi kami berterima kasih kepada semua pembaca blog Jom Makan-makan ini khususnya follower-follower kami, silent readers kami dan juga hater-haters kami.

Tanpa anda semua, siapalah kami ini. Diharapkan anda dapat meneruskan pembacaan di sini.

Kami juga ingin meminta maaf dengan menyusun tiga puluh jari tangan kami jika pernah membuat anda semua marah ataupun tidak puas hati dengan entry kami.

Kami juga berharap dapat memberikan anda info-info yang menarik mengenai makanan pada masa hadapan. Insyallah.

Sekali lagi, terima kasih semua. You guys ROCK!!!

Thursday, September 20, 2012

Chatime Sungai Petani

Adakah anda suka berbual sambil menikmati minuman sejuk berasakan teh? Jika ya, Chatime adalah jawapanya. Chatime adalah kedai minuman berasaskan teh yang berasal dari Taiwan. Sehingga kini terdapat hampir 510 cawangan Chatime dari seluruh 15 negara. Walaupun teh adalah main menu bagi Chatime, ia juga menyediakan menu minuman lain seperti milk tea, smoothie, fresh tea, qq jelly, fruit tea, refreshing juice, mousse dan oriental pop tea.

Di Malaysia, terdapat beberapa cawangan Chatime dan salah satunya adalah di Sungai Petani, Kedah. Penulis bersama rakan sempat singgah untuk merasa sendiri kehebatan Chatime yang ramai orang cakap sedap.

Penulis telah mencuba strawberry choco milk tea, sementara rakan pula mencuba orange QQ Jelly.


Rasa bagi strawberry choco milk tea boleh tahan jugak sedap, ditambah pulak dengan bubble, menjadikanya lagi sedap. manakala orange QQ Jelly jugak boleh tahan sedap. Kesimpulanya betullah sedap. 

yang menariknya pasal chatime ni, ia merupakan tempat lepak sebab ada serving minuman jer, makanan tiada. jadi lepaklah dengan member-member sampai bosan dalam tu. decoration kedai jugak boleh tahan. cuma yang slack sikit kat cawangan sungai petani ni kerusi-kerusi dengan meja-meja tak banyak. jadi kena berebut juga lah. pastu tak boleh lepak lama-lama kesian dekat custemor lain.

Chatime SP

Kapel kalaw nak ngedate pon bole kat sini.

pekerja tekun menyembang.




keismpulanya, siapa yang suka coolblog, sukalah chatime. gua ada jugak terpikir nak bukak kedai macam ni. nama kedainya CikTeaMah Cafe. ok tak?

facebook chatime: www.facebook.com/chatimemalaysia
website chatime: www.ichatime.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...