Monday, June 3, 2013

Nasi Kukus E'D Hari Jumaat, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya SS15


Nasi kukus. Apakah itu nasi kukus? Aku pun tak tahu nak terangkan apa itu nasi kukus tapi aku tahu ramai peminat-peminat Jom Makan-makan (ada peminat ke?Kah3!) yang gemarkan nasi kukus. Setelah lama kami bertapa, akhirnya kami ketemu satu lagi tempat yang sesuai untuk dipaparkan di blog kami yang humble ini. Di mana?

Ya, di E'D Nasi Kukus, pasar jumaat, perkarangan Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya SS15 pada hari jumaat. Hari lain kami tidak tahu. Boleh try tanya kat sini.

Click untuk besarkan. Kedudukan di A
Boleh rujuk peta di atas kepada yang tak tahu mana hal masjid itu. Dalam masa yang sama korang bolehlah tunaikan solat jumaat di situ untuk lelaki.

Apa yang ditawarkan di sini? Nasi kukus bersama lauk Ayam goreng berempah. Ayam tu korang boleh pilih, either ayam biasa ataupun ayam kampung. Harga bagi ayam biasa RM6.00 manakala untuk ayam kampung pula tidak dapat kami pastikan. Mungkin RM8.00.

Korang boleh tengok sendiri yang mana kami kena beratur untuk membeli nasi kukus ini walaupun pada hari itu adalah hari cuti (Hari Wesak). Memang mantap.




Nasi dan ayam itu semua memang digoreng masa itu jugak. So, korang mesti makan yang panas-panas punya. Fuhh, berasap lidah.



Korang tengok sendiri la, berpeluh crew JMM makan. Nasib baik ada air tebu, kalau tak kami rasa crew kami tak dapat nak tunaikan solat jumaat ketika itu. Terima kasih air tebu seringgit.


Bukan kami nak bang-bang boom korang la kan, tengok bertapa sedapnya nasi kukus ni sampai tinggal tulang je kami makan. Sedap, panas, mantap! Semua cukup rasa.

Korang kalau suka dengan nasi kukus, memang ini salah satu tempat wajib korang cuba untuk memuaskan nafsu makan nasi kukus korang tu. Selamat mencuba ye.

Owh, by the way Abang Hai-O kita pun makan kat sini.

Korang bila lagi kan?

Sumber sesetengah gambar : FB Nasi Kukus E'D. Yang lain kami ambil sendiri.

Saturday, December 1, 2012

Restoran Sani seksyen 7 Shah Alam

Anda menggemari char kuew teow? Anda kaki char kuew toew Sungai Dua, Penang. Anda penggemar char kuew teow telur dibasuh Kulim. Tetapi malangnya anda berkerja dan menginap di kawasan shah alam dan sekitar? maka resyoran sani adalah termat yang terbaik untuk anda. terletak di seksyen tujuh shah alam, berdekatan dengan flat pkns shah alam dan juga berhadapan dengan sekolah ladang tamil seksyen 7 shah alam.

lokasinya adalah seperti berikut:

direction dari federal highway menghala ke kelang exit di padang jawa.

bila masuk simpang menghala ke i city tu kena u turn dahulu, lepas tu amik simpang kiri sebelum longkang besar. 50 meter jalan depan, masuk kiri lagi. kedai ni agak tersorok sikit. 


menu yang terdapat di restoran sani ini hanyalah char kuew teow dan nasi lemak. kedua-dua ini ranging dari biasa, besar dan special. harga sangat berpaturan. besar baru rm4.50. 

char kuew teow besar.

nasi lemak ayam.

konklusionya makanan kedai sini sedap terutamanya char kuew toew. tapi nasi lemak agak kurang kick skit sebab sambal dia biasa-biasa sahaja. selamat mencuba ya.




Thursday, November 29, 2012

Restoran Dee Zarifah - Part 3

Sebelum ini pernah kami paparkan makanan di restoran ini bukan? Boleh check di Part 1 dan Part 2.

Kepada yang tak pernah baca atau singgah, boleh cuba cari restoran itu di


Restoran Dee Zarifah,
No 33,
Jalan SS 15/4,
47500, Subang Jaya,
Selangor.

Kami mempunyai misi iaitu selagi tidak menunjukkan kesemua makanan dalam sesebuah restoran atau kedai, selagi itu kami akan cuba memaparkannya di sini. Oleh kerana kami Crew Jom Makan-makan hanyalah insan biasa yang mempunyai perut yang kecil sahaja berbanding manusia-manusia yang kuat makan. Haha.

Oleh itu, kami mungkin terpaksa memaparkan beberapa part untuk sesebuah tempat makan. Yakni, ini adalah kali ketiga kami sempat singgah dan makan di restoran ini. Kali ini, kami sempat mengambil beberapa makanan yang tidak pernah dicuba iaitu Nasi goreng Ayam kunyit, Yee Mee Kungfu, Kueh tiow Sup dan Meegi Goreng.

Yee Mee Kungfu 1
Kedai ini ada menawarkan pakej pada waktu tengahari. Oleh itu, Yee Mee Kungfu itu diambil bersama Teh o Ais akan menjadi set B bersamaan dengan harga RM6.90. Kira oraitla kan?

Rasanya pula boleh dikatakan OKAY. Aku sangat puas hati dengan rasanya. Tidak hampa.
Kueh tiow Kungfu
Nasi Goreng Ayam Kunyit
Yee Mee Kungfu 2
Kueh Tiow Sup


Meegi Goreng
Manakala Nasi Goreng Ayam Kunyit pula berharga RM6.00. Kueh tiow Sup pula RM5.50 dan Meegi Goreng berharga RM4.00.

Bagaimana rasanya pula? Ayam kunyit dimasak sangat tepat. Tak keras, tak lembut. Cukup masak. Kuehtiow Sup dikhabarkan rasanya ok jugak tetapi mungkin tidak menjadi pilihan orang ramai.

Meegi Gireng? Aku tidak mengesyorkannya. Pada aku, meegi yang dibuat sendiri lebih sedap. Mungkin kerana terlalu banyak sayur dan tidak merasa pedas. Hehe.

Itu sahaja kali ini daripada kami.

Silalah mencubanya.

Monday, November 26, 2012

Nasi Lemak Betul-betul Depan Shell, SS15 Subang Jaya


Bapaklah, lagi panjang tajuk aku kali ini tapi nak buat camne. Itu je description paling senang untuk korang faham. Cakap panjang pun tak guna kan.

Korang ingat tak Nasi Lemak Depan Shell, SS15 Subang Jaya yang pernah aku bagitahu sebelum ni? Kalau tak ingat atau tak pernah baca, boleh click link tu.

Kali ni, muncul gerai nasi lemak baru yang menyayangi gerai itu. Gerai nasi lemak kali ni betul-betul berhadapan Shell situ. Diusahakan oleh sepasang suami isteri yang muda-muda tua. Aku tak tahu umur sebenarnya. Lingkungan 35-40 kot.

Tak nampak pulak isteri abang tu. So, kalau nak senang, korang boleh cari papan tanda yang kat belakang abang tu. Haha.

Pernah aku kata nasi lemak yang perfect bagaimana bukan? Boleh rujuk entry-entry lama daripada kami. Nasi yang berlemak, sambal yang pedas pailang, ada kacang, ikan bilis, timun dan telur rebus. Itu adalah nasi lemak yang sebenar dan perfect.

Korang dah usha kat atas? Kalau perhatikan betul-betul dan setelah merasa sendiri nasi lemak ini, boleh dikatakan hampir sempurnya. So, apa yang tak sempurnya pulak? Diorang tak sediakan IKAN BILIS.

Itu sahaja. Aku dikenakan RM2.50. Sama sahaja seperti nasi lemak akak depan shell sebelum ni yakni jiran abang ini.

Nasi lemak abang ni boleh dikatakan ok. Nasi ok, sambal pedas, telur ada, timun ada, kacang pun tak hangus. Kalau ada ikan bilis, mungkin lebih mantap.

Jadi, korang boleh try sendiri guna lidah dan mulut korang sendiri di sana. Selama mencuba. Pada aku, korang pasti tidak akan hampa.

Monday, November 19, 2012

Mee sup, Pasar Payang,terengganu

Ini adalah antara tempat makan yang akan aku kunjungi apabila pergi ke kuala terengganu. Gerai ini betul-betul berada dalam pasar payang. Sementara menunggu kawan-kawan@ keluarga membeli belah dalam pasar ni, korang yang kelaparan bolehlah mencuba mee/bihun/ kuew teow sup di kedai ini.
Kedai ini selalu sangat penuh,nasiblah kalau ada tempat untuk korang ye.
Antara kandungan bahan yang ada dalam sup ini adalah perut lembu, daging, taugeh, daun sup dan lain-lain. Di samping itu, jikalau korang ni jenis yang makan sedikit saja, bolehlah minta mee sup separuh. Mee sup ni sedap kalau diperah limau nipis dan dicampur dengan sos lada yang mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri.
Jangan lupe mencuba ye..:-)
kuew teow sup
kedai minuman
kedai mee sup
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...