Sunday, June 3, 2012

Breakfast di Mcdonald


Korang semua tahu tak yang breakfast itu penting? Tak tahu? Selalu skip breakfast. Tak bagus untuk korang memulakan hari yang sempurna. Sila amalkan breakfast walaupun dengan hanya meminum nestum. Ok tak nasihat aku?haha.

Itu bukan apa aku nak ceritakan hari ini. Tahu tak di Mcdonald ada menyediakan set breakfast. Dan untuk sekali dan sekala hendaknya, tak salah kalau kita ber breakfast di Mcdonald.

Pagi sabtu, crew Jom Makan-makan (JMM) telah cuba set breakfast. Ingatkan tak ramai, tapi boleh tahan juga ramai hendaknya yang breakfast kat Mcdonald. Kaya sungguh.hehe. Crew JMM telah memilih set breakfast untuk family. Dalam set tersebut terdapat 2 pinggan pancake, burger yang ada telur, kentang yang dah penyek-penyek diselaputi serbuk roti, madu, mentega dan 2 air kopi.

Kotak Set
Pancake, madu, mentega dan grape jam

Tak ingat

Sausage Mcmuffin

Pancake yang macam dorayaki


Yang bestnya bila korang breakfast kat Mcdonald ni, korang dibenarkan untuk menggunakan laptop. Bolehlah mana couple kalau nak study sama-sama dalam keadaan yang meriah. Tapi dinasihatkan jangan pergi waktu tengahari. Panas bakhang.
Konon nak update blog untuk korang
 Seperti yang korang sedia maklum, madu sangat bagus untuk tubuh kita. Sila amalkan makan madu setiap hari untuk sihat.
Diletakkan madu


Close-up

Empuknya pancake


Habis dah

"Eh, dia tak habis lagi. Lambat betul" Bisik hati aku


Milo panas. Aku tak suka kopi 

Kopi
Resit
Aku sangat berpuas hati dengan set breakfast yang disediakan oleh Mcdonald. Sangat merasa seperti orang putih sikit.haha. Kalau kat rumah, tak nasi lemak, nasi goreng, takpun mee goreng. Orang Malaysia sungguh. Tak hipsterlah orang kata.

Anyway, korang boleh lah cuba sendiri. Pasti tidak menyesal.

Monday, May 28, 2012

Telur Hancur


Aku selalu dengar orang kata masak itu susah. Betul ke? Macam-macam alasan diberikan. Konon takde masa, takde duit dan macam-macam lagi. Ok. Apa kata aku bagi satu resepi untuk korang semua. Tengok ada masa tak?.Tengok pakai duit yang banyak tak.

Bahan-bahan


1. Paling kurang 2 biji telur ayam.
Telur Ayam
Kalau kat Malaysia biasanya warna coklat tu, kalau omputih biasa-biasa telur warna putih. Ikut warna kulit agaknya.

Cara Memasak


1. Panaskan kuali korang sehingga panas. Dah kata pun panaskan kuali.
2. Pecahkan telur ayam dan isinya diletakkan ke dalam kuali yang dipanas sebentar tadi.
3. Ambil sudip dan hancurkan telur tersebut sehingga korang nampak dah masak.
4. Ambil pinggan dan letak telur hancur.
5. Makan.

Kalau ada yang katakan cara tersebut mengarut ke apa. Aku tak peduli. Untuk orang bujang, dah ok kalau macam itu. Daripada korang bazir makan kat luar, daripada korang makan maggi hari-hari. Baik korang buat je macam kat atas. Serius, simple dan cepat. Sangat kenyang.

Juga boleh dimakan bersama dengan nasi, roti dan apa-apa sahaja yang boleh ditelan bersama.

Saturday, May 26, 2012

Roti Jang, Seksyen7, Shah Alam

Depan Nasi Lemak Cinta Sayang,
25, Jalan 18/8A,
Pusat Komersial Seksyen &,
40200, Shah Alam,
Selangor.

Map

Kali ini, crew Jom Makan-makan singgah di sebuah kedai. Kami ke sana beberapa kali, tetapi tak tahu apa masalah dengan pemilik kedai yang kami ingin singgah, asyik tutup je.

"Mungkin dia dah kaya semalam kot." Kata salah seorang pelayan di restoran berdekatan membuat lawak tatkala kami bertanyakan tentang kedai itu. Takpe, demi anda semua, lebih 4kali crew Jom Makan-makan ke sana, akhirnya kami dapat juga merasa ROTI JANG.

Menurut clip video Jalan-jalan Cari Makan, mereka mengatakan sebenarnya Roti Jang ini ialah roti john tetapi telah dimelayukan namanya. Tapi owner kedai ini bernama Ujang, jadi mungkin roti ini diambil sempena nama beliau? Kalau nak percaya Jalan-jalan Cari Makan, silakan.

Crew Jom Makan-makan sampai terus melihat menu yang ada di kedai tersebut.

Menu
Terdapat 4 jenis roti di sini iaitu Roti Jang Biasa dan mini, Roti Jang Luar Biasa dan mini. Oleh kerana Crew Jom Makan-makan ini sangat luar biasa termasuk camerawoman, kami memilih Roti Jang Luar Biasa dimana menurut pemilik kedai ini perbezaan dengan Roti Jang Biasa hanyalah terdapat salad dan bawang kot. Aku lupa.


Roti Jang berada di sini

Nampak?
Maaf di atas gambar tersebut. Hanyalah gambar bermain-main ketika menunggu Roti Jang Luar Biasa kami.

Roti Jang Luar Biasa (Daging)



Setelah diperhatikan, kami mendapati ianya memang sebijik seperti Roti John yang kebiasaanya dijual di pasar malam berdekatan. Tetapi bagaimana pula rasanya?

Tu dia, penuh dengan kekusyukkan.
 Rasanya pula lebih sedap berbanding roti john, kerana daging dalam roti tersebut telah dikisar halus dan diletakkan dalam kapasiti yang sangat banyak. Itu tak termasuk salad, bawang dan lain-lain lagi. Cuma salah seorang crew kami mengatakan sosnya terlalu kurang, tiada rasa walau sedikit di dalam mulutnya.

Gembira kerana dapat Roti Jang Luar Biasa

Last Kopek of Roti Jang Luar Biasa

Habis sudah
Seperti biasa, setelah dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi kerana tidak ingat perbezaan dan lain-lain, crew Jom Makan-makan mengatakan sangat berbaloi jika anda sudi makan Roti Jang ini. Walaupun harganya sedikit mahal tetapi sangat untung. Daging penuh, salah banyak, bawang banyak, sos kurang. Opss. Sesuai dengan tagline mereka 'Bukan Harganya........... TAPI RASANYA'.

Jangan lupa untuk mencuba Roti Jang jika anda berada di sekitar Shah Alam, Selangor.

Wednesday, May 23, 2012

Nasi Lemak Cinta Sayang (Seksyen 7, Shah Alam)






Harga seperti nasi di atas yang ada nasi lemak, sambal, timun, kacang dan ayam goreng ialah RM5.00. Silap kerana tak ambil telur rebus. Sedap, ayam panas, sambal tak pedas sangat.

Sila kunjung.


Teaser lagi ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...