Saturday, September 15, 2012

Nasi Kandar Utara, SS15, Subang Jaya.


Nasi kandar? Hmmm, boleh dikatakan popular di sekitar belah utara khususnya Pulau Pinang. Kadang-kadang bila kita makan tu, rasa macam makan dadah. Asyik nak lagi dan lagi. Tapi kalau tinggal di area Lembah Klang, takkan la kita nak ke utara Semenanjung Malaysia semata-mata untuk Nasi Kandar bukan?

Ok, kali ini aku nak bagitahu kat korang semua kat mana boleh dapat nasi kandar terbaik punya.

Kalau korang ingat entry aku mengenai Restoran Dee Zarifah yang lalu, restoran Nasi Kandar Utara ini boleh didapati berhadapan dengan Restoran Dee Zarifah itu. So, senang jela nak pergi kan? Pergi jangan tak pergi.

Nasi kandar yang disediakan boleh dikatakan sangat popular di sekitar SS 15, Subang Jaya ini. Dikhabarkan ada pelanggan daripada Shah Alam, Klang, Petaling Jaya malahan daripada Cheras datang ke kedai ini untuk mendapatkan Nasi kandar mereka (Ok, orang yang bekerja kat situ).

Nasi Kandar Utara berlaukkan ayam goreng

Terdapat pelbagai lauk-pauk lain yang disediakan di sini seperti daging, sotong, kambing, ikan dan banyak lagi tetapi melalui kaji selidik yang dilakukan secara rambang mengatakan pelanggan mereka suka memilih lauk ayam berbanding yang lain. Kat sini ayam yang disediakan terlalu besar, jadi kebiasaannya pelanggan akan meminta separuh daripada seketul ayam. Kalau ambil seketul besar bayar mahal. Hehe.

Boleh mintak kuah asing

"Ermm, sedapnya nasi kandar ini." Hati pelanggan dari Klang berkata-kata 



 Kebiasaanya restoran Nasi Kandar Utara ini dipenuhi pelanggan pada waktu puncak iaitu tengahari.


Air paling sedap kalau makan nasi kandar.

Restoran ini beroperasi setiap hari dan dibuka daripada awal pagi sehingga maghrib, juga ditutup pada waktu solat jumaat.

Aku dikenakan untuk nasi dan air suam itu sebanyak RM5.50. Dikatakan dahulu lebih murah tetapi mungkin mereka tidak dapat menampung kerugian dialami disebabkan harga barang naik jadi mereka juga terpaksa menaikkan harga. Yang bestnya, orang tetap penuh.

Satu lagi tentang restoran ini, pelanggan datang ke sini memang untuk makan. Kenapa aku kata gitu? Ok, bayangkan restoran yang tiada tv, tiada radio, tiada wifi, tiada awek. Dah? Yang tinggal makan jela kan? So, betul lah aku kat tadi. Hehe.

Oleh itu, jangan lupa singgah ke Restoran Nasi Kandar Utara ini jika berkesempatan. Pasti tidak menyesal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...