Wednesday, September 19, 2012

Nasi Lemak Makcik PotPet

Kenapa nama nya nasi lemak makcik pot pet? Sudah tentu kerana makcik ini suka sangat berpotpet sepanjang membungkus nasi lemaknya.

Bagi sesiapa sahaja yang tinggal di Sungai Petani, Taman Ria, Taman Peruda, Taman Bandar Baru, Taman Mutiara, Taman Berlian esspecially mungkin sangat mengenali nasi lemak makcik potpet. Nasi lemak ini sangat lejen kerana sewaktu saya darjah dua, dia telah establish. Sehinggalah sekarang. Hampir 15 tahun! Nasi lemak yang dijual dengan harga RM0.60 atau RM1.00 sangat berkrim dengan santan, dengan sambal nya yang sedap-sedap pedas diiringi kekacang dan ikan bilis rangup. Tudiaaa.

Untuk makluman sekalian, saya pernah juga jadi part time dealer nasi lemak ini dizaman 2000. Laku ceq oii jual kat kelas. Sehari dalam 12 bungkus habis dalam masa 5 minit. Untung boleh buat belanja main game warcraft dibelakang sekolah. Haha.

Dengar cerita segala pembiayaan anak-anak beliau melanjutkan pelajaran ke unibersiti pun menggunakan hasil keuntungan nasi lemak ini. Baru-baru ni masa cuti semester, sempat singgah beli nasi lemak makcik potpet ni. Ternyata keaslian masih sehingga kini.

Lokasi:
Jalan Taman Berlian, Sungai Petani Kedah. Depan Abe Rokib Tomyam.

Imej Google Maps. Nasi lemak adalah dikawasan yang bertanda bulatan. Landmark dia sebelah pokok apa entah. Jangan tersilap sebab area situ memang banyak makcik-makcik jual nasi lemak.


Membungkus sambil berpotpet. Selamat orang tak ramai.

Secret resipi sambal. Nasi lemak Cinta Sayang pon kalah. Serius.

Nasi lemak RM1.00. Sila kompare kuantiti dengan saiz sudu tersebut.

Makcik ni bila nak pencen gua pon tak tahu. Hari itu pergi pakcik tiada, pergi tengok kakanya sakit - kata makcik potpet. Oh, selalunya makcik potpet menjual bersama pakcik yang sering dimarahi depan orang ramai. Kesian pulak aku tengok kadang-kadang.

Siapa yang ada sedara mara-sepupu sepapat belah pekan Sungai Petani, silalah singgah di nasi lemak makcik potpet. Sekian terima kasih.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...